Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.2.09




3
RAHSIA KEJAYAAN ANDA
- Oleh Sebandi Le

Ramai orang nak berjaya (khususnya pelajar) dalam pelbagai bidang tapi ada halangan yang mereka tidak ketahui. Tiga rahsia dibawah perlu difikir dengan mendalam dan buat perubahan. Nescaya anda akan berjaya.

1. Sedar Diri
Masih ramai individu yang tidak sedar diri. Misalnya keluarga miskin (Sepatutnya jadi penentu kejayaan keluarga), keputusan tidak baik (tiada inisiatif untuk memperbaiki pelajaran), tidak diterima rakan (tidak memperbaiki pergaulan @ personaliti diri), akan gagal dalam exam PMR, SPM, STPM (masih meneruskan pembelajaran seperti biasa walhal cara perlu diubah) dan banyak lagi.
Anda harus sedar. Ambil masa untuk meneliti hidup anda. Cari kelemahan dan kekuatan anda dan berubahlah.

2. Sikap
Anda akan berjaya jika anda ingin ditolong, sebaliknya tiada siapa dapat menolong anda jika anda sendiri tidak mahu ditolong. Sikap amat susah diubah. Dibawa dari usia muda hingga dewasa. Sikap degil, tidak mahu perubahan @ pembaharuan, berfikiran negatif dan sebagainya. Bila anda sedar akan sikap anda yang tidak elok, ia harus di ubah. Walaupun mungkin berasa malu @ rendah diri, tak apa, sebab anda sedang membina hidup anda yang baru, menuju ke arah kecemerlangan.

3. Berdaya Saing
Rata-rata para pelajar kita kurang berdaya saing. Kita selalunya bersikap sederhana sahaja. Namun, ini tidak bersesuaian dalam mengejar ilmu. Kita seharusnya proaktif dan bersifat kreatif, rajin dan tidak mudah mengalah. Jika tidak kita tidak akan ada keinginan yang mendalam untuk mencapai kejayaan itu. Justeru, dengan ada semangat berdaya saing itu, kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh lagi.

Semoga, anda terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Thanks

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...