Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.2.09





Bermula kembali Program Orientasi Tingkatan 6 bawah setelah lama menunggu ketibaan second intake dan terpaksa ditangguhkan kerana ada program lain. Dengan kerjasama Guru Ting.6, Kaunselor sekolah berharap kumpulan pelajar ini akan berusaha mengorak langkah menuju era kecemerlangan.

Dengan 3 S sebagai isi penting, beberapa perincian dikongsikan oleh kaunselor.

S - Sedar Diri. Pelajar harus sedar pelbagai perkara dan berubah. Namun, berubah sahaja tidak cukup.

S - Sikap. Bila dah berubah, sikap dulu kena tinggalkan. Mulakan sesuatu yang baru. Tak kisah apapun yang pernah berlaku tapi yang penting sekarang ini.

S - Saing. Untuk menjadi yang terbaik/ berjaya dalam STPM, sikap berdaya saing harus ada dalam diri masing-masing. Segala input semasa hendaklah dihujung jari. Budaya disuap oleh guru seharusnya tiada lagi. Pelajar harus bersikap proaktif, keratif dan rajin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...