Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.2.09

HARI KEMERDEKAAN




Macam2 yang akan dibuat sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antaranya :
  • Baru di langsungkan sebentar tadi ialah Perasmian Pameran Oleh Badan Beruniform sempena Hari Kemerdekaan. Acara ini turut dimeriahkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat bahagian Kapit.
  • Jumaat/ Pagi: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah. Ia disambut oleh semua yang terdiri dari pelajar, guru sesi pagi dan petang, staf bukan akdemik, bahagian dapur dll. Wah .. meriah sungguh dan ada kelainan nampak gaya sambutan kali ini.
  • Sabtu/ Pagi : Pertandingan KAWAD KAKI antara semua badan beruniform sekolah. Selirik sememangnya sudah terkenal dengan kebitaraannya yang tersendiri iaitu dalam Kawad kaki. Justeru, pertandingan ini diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan kemerdekaan kali ini. Semoga aktiviti seperti ini akan memantapkan lagi jati diri pelajar.
  • Sabtu/ malam : Sambutan ambang kemerdekaan. Program ini akan diadakan di sebelah malam dengan pelbagai acara menarik dilakukan termasuk:
1. pertandingan ngajat-lelaki dan perempuan,
2. sajak khas oleh guru dan pelajar,

3. tarian oleh badan tertentu dan penari2 sekolah,

4. pertunjukan silat

5. karaoke oleh guru dan pelajar

6. laungan detik kemerdekaan

Selirik . . All the best !! (By:Andy Le)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...