Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.2.09



KURSUS ASAS Pembimbing Rakan Sebaya

Nampak gayanya PRS sekolah ni semakin sibuk. Selain aktiviti lain, PRS telah berjaya mengadakan Kursus asas di bilik Gerakan Wawasan Gemilang. Peserta seramai 40 orang telah disajikan bukan sahaja dengan minuman kordial percuma tapi dipenuhi input berguna dari wakil PRS ke Khemah peringkat Negeri, ceramah dari guru penasihat - Cikgu Sebandi. Selain ceramah lain, LDK, riadah juga turut diadakan.

Aktiviti PRS tidak setakat itu sahaja. Para ahli telah digesa untuk bersifat proaktif dan kreatif. Ahli-ahli turut diminta untuk berucap di hadapan sewaktu perhimpunan sekolah. Selain itu, aktiviti membuat buku skrap juga turut diadakan. Bagi memastikan bilik kaunseling bersih dan tersusun pula, jadual bertugas setiap hari telah diwujudkan. Tak lama lagi (Julai) lawatan muhibbah akan dibuat ke SK Amang. Dekat, jimat, namun bakal memberi pengalaman berguna buat ahli-ahlinya.

Para ahli juga telah memiliki Badge PRS (dua jenis - plastik dan besi) hasil usaha guru penasihat kelab yang membelinya di KL. Apapun . . All the best

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...