Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.2.09



Mulakan kejayaan anda hari ini - SebandiLe

Jika dialah ayah/ datuk anda, bersusah payah nampaknya dengan chainsaw dan tong minyak. Pastinya bukan kerja senang untuk meneruskan kehidupan. Kita bukanlah nak mengata tetapi realitinya ialah bila anak2 sekolah tiada keinginan untuk bersekolah/ menyambung sekolah, maka haluan anda tidak akan jauh. Malah mungkin menjadi seperti dia.

M'sia dah lama merdeka namun memang ada segelintir masyarakat/ ibu bapa/ anak2 muda belum merdeka mindanya untuk mengejar kemajuan. Agaknya mungkin cukuplah jika jadi office boy sahaja. Jika begitulah agenda kita, maka semakin lambatlah kita kepada kemajuan dan ketamadunan.

Hari yang cerah esok harus bermula dari usaha hari ini. Usaha yang cekal demi kejayaan harus dimulakan dengan mengambil keputusan untuk bersekolah hari ini.
Anak2 harus melakukan beberapa perkara berikut:
  1. Teruskan persekolahan
  2. Sewaktu di sekolah, elakkan ponteng
  3. Sewaktu belajar, minda harus ingin mendapatkan informasi (tidak ponteng minda)
  4. Jika ada masalah, berjumpa dengan guru @ guru kaunseling sekolah (mereka sedia mendengar)
  5. Cari rakan yang bersifat positif (sama ada untuk belajar, rutin harian yang baik dll)
  6. Bersemangat kental sebab akan banyak cabaran yang akan ditempuhi. Namun itu adalah asam garam kehidupan bertujuan mematangkan anda
  7. banyak lagi sebenarnya tetapi cukuplah ini dulu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...