Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.2.09




Rahsia Anda Berhenti Merokok - Sebandi Le
Jika hendak seribu daya; tak hendak seribu dalih. Bagi anda yang mahu berubah . . . lakukan ini.
  1. Catat tarikh : anda ingin berhenti; anda rasa berjaya mengharungi masalah berhenti merokok dan lain2. Ia boleh dilakukan dalam kalendar besar yang diletakkan ditempat anda selalu merokok, di dapur dll

  2. Penilaian Diri: Lakukan penilaian kendiri contohnya apakah tahap sikap rokok anda; apa kelemahan anda untuk berhenti dll. Ini penting agar anda tahu apa hendak dibuat selepas ini @ bagaimana menghadapi cabaran tersebut. Tak la sesuka hati berhenti. Perlu ada matlamat.

  3. Sediakan Hari Bebas Rokok Anda: Ini memberi pelbagai alternatif untuk menghadapi masalah anda. Misalnya sehari dalam seminggu @ tempoh dalam satu hari @ berapa hari dalam sebulan. Bergantung kepada tahap anda.

  4. Latihan mendesak: Ini perlu agar anda tidak mengulang semula tabiat merokok anda. Buat desakan pada waktu2 tertentu sehingga anda akan biasa dengan keadaan sebegitu

  5. Selain itu :
  • Dapat bantuan dari agensi kesihatan seperti makan ubat yang bersesuaian

  • Berkawan dengan rakan yang tidak merokok. Ini adalah satu pengorbanan

  • Guna kaedah kerohanian sebagai penguat kehendak dalaman.

  • Berkongsi/ bercerita dengan sesiapa kisah usaha anda untuk berhenti, sebagai satu janji umum di kalangan rakan, keluarga dll.

  • Jika sukar sangat, buat pengurangan dalam jumlah rokok yang dihisap. Namun, ia perlu ada target

Semoga berjaya !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...