Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.2.09



Sepanjang pagi ni, rutin harian menjadi semakin sibuk bila PASCA PMR masih berlangsung. Di tambah lagi dengan Program SAFARI Membaca dan HALATUJU SPM/ STPM. Apa yang nak ditekankan disini ialah betapa para pelajar perlu terus bersaing bukan sahaja untuk hebat dala Exam tapi berjuang terus dalam aspek kemahiran. Maklumlah bukan semua pelajar nak sekolah. Yang ponteng, kaki bising, tidak perduli dengan exam/ sekolah memang ramai. Ini berlaku hampir di semua sekolah. Apa pun, ini saranan saya buat budak2 SPM/ STPM:
  1. Biasa2 kan diri pergi cyber, library setempat untuk membuka laman pendidikan, kemahiran dan yang berkaitan dengan pendidikan anda. Ini kerana dunia sekarang ni kebanyakkannya nak isi borang secara online.
  2. Kongsi ilmu/ info dengan rakan - jangan kedekut. Bantu rakan anda; begitu juga rakan anda mebantu anda
  3. Berada di kawasan bandar - ada line telefon, suratkhabar, TV - senang dapat info terkini dari pelbagai sumber @ rakan
  4. Kalau perlu; bekerja di kawasan pasar/ bandar - agar semangat untuk maju terus ada. Selain itu, agar peluang2 pekerjaan/ persekolahan sentiasa dalam genggaman anda. Anytime boleh apply. Tidak salah kalau bekerja di pasar 3-4 bulan sambil menunggu/ mencari pelbagai peluang kerja/ pendidikan yang ada.
  5. Bagi pelajar yang pandai - teruskan usaha kejayaan anda dalam bidang akademik. Bagi yang sederhana @ kurang, mula lihat bidang kemahiran. Anda juga mampu ke peringkat yang lebih tinggi kemudian (Nak seribu daya; tak nak seribu dalih)
Semoga berjaya. Lain masa, saya sambung lagi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...