Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

1.2.09




Terkenang semasa dulu
(sebahagian dari peserta program - yang ada pangkah betul tu, aku la)

Program Kembara Muda (masa tingkatan 6 dulu/ tahun 1995) cukup meninggalkan kenangan berguna buat saya dalam menambah pengalaman hidup. Walaupun dah ke Semenanjung/ KL 2 kali sebelum tu, kelainan tetap ada, misalnya handphone masih sukar dimiliki pada masa tu. Kamera pun lebih kurang la. So, xde la gambar. Ini pun keratan akhbar Utusan. Sepanjang 10 hari mengembara dari bandar2 utama di sesetiap negeri, bermula dari KL hingga ke Perlis meninggalkan pelbagai jenis memori. Perjalanan secara hitch hike dan 'urusan sendiri' cukup mendebarkan kerana setiap hari kami diarahkan untuk ke Public Bank bagi menerima elaun RM20 bagi keperluan harian. Jika tak jumpa. . . alamatnya susah la.
3 orang mewakili Sarawak (termasuk saya) bersama peserta2 lain, berhimpun di KL bagi acara pelepasan. bersama 2 orang dari semenanjung, kami berjalan, menumpang kereta dll lagi. saya senaraikan je la pelbagai perkara ok.
  • ada yang sanggup menukar neck tie mereka dgn topi kembara kami
  • pernah menumpang kereta/ lori sayur
  • pernah masuk dalam kepala lori bersama pekerjanya hingga 8 orang dalam
  • pernah bermalam pantai batu feringgi namun lari ke kaki lima kedai2 sebab hari hujan
  • pernah berjalan berjam2 di kawasan Salim, Perak. ingatkan dalam peta dekat tapi amboi jauhnya. lagipun dah nak malam, orang takut nak berhenti. mana tidak berjalan ikut barisan dengan kembang di bahagian belakang (beg galas) dan pakai topi kemudian dilitupi oleh baju hujan. (Macam ninja turtle pun ada). U nak berhenti tidak?? hehehe
  • pernah tidur di barrack bujang polis. Konon nya supaya selamat nak tidur dalam penjara tapi polis x benarkan
  • pernah tidur di taman2 bunga. bila tgh malam sekumpulan budak2 datang dgn motor dan merayau2.
  • pernah sesat di Komtar Pulau pinang, almaklum la besar sangat
  • berjama selama 2 jam di jambatan pulau pinang dari seberang prai ke penang. Kononnya nak catat sejarah walaupun ada yang nak bagi tumpang. Malah polis peronda datang dan memberi teguran agar tidak berbuat demikian. Tapi akhirnya dapat juga la buat rekod
  • pernah tertidur sambil berjalan. bayangkan la amazing race, penat oi. berjalan, melihat sekeliling dll. Kalu disuruh sekarang, belum tentu nak
  • pernah makan ketam laut, akhirnya gatal2. mana tau, boleh makan @ tidak. bedal je
  • kawan ditangkap di shopping comlpex kerana dikatakan nak mencuri. macam2
  • pernah main piano besar di rumah kawan di penang. maklumla dulu sakai sikit
  • menjadi low self esteem disana bila bersama rakan2 orang bandar yang bersepur air liur bercakap omputih
  • APa yang baik ??
  • aku seorang lelaki, senang sikit, x perlu takut tidur dimana2. nak mandi pun senang
  • aku lelaki - tough sikit sebab asyik berjalan je, kalau tidak jauh betul perlis tu
  • aku berfikiran positif - kalau tidak asyik mengomel je sampai perlis buat apa
  • air paipsi (minuman kegemaran) - mana tidak RM 20 nak buat apa. nasib baik ada RM sikit (backup). Apa yang ada bedal aje la
Rumusan:
1. nasib badan memang ada, x siapa yang tahu, anytime je boleh berlaku. So expect the unexpected
2. belajar la bahasa Inggeris, senang melancong
3. berfikirn positif - apa2 berlaku kita tetap OK punya; kalau berlaku apa2 yang buruk pun xpe sebab akan baik juga lepas tu.
4. belajar rajin sikit, lulus exam, dapat ilmu, dapat kerja, dapat duit, senang gi jalan2. takan nak harapkan mak bapa je. it's your time la

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...