Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

10.4.09

Gambar Diana Danielle Daftar Masuk Program Latihan Khidmat Negara



Selamat menjalani kursus di Kem PLKN untuk pelakon jelita Diana Danielle. Melangkah masuk ke kem Program Latihan Khidmat Negara bermakna, Diana terpaksa menolak banyak tawaran dan kerja yang datang.
Dalam hatinya sangat berdebar, bukan kerana takut dengan situasi yang akan dihadapinya nanti, sebaliknya perasaan rindu terhadap ibu kesayangan yang membuak-buak pasti akan dirasainya nanti.
Tak takut kena buli ke nanti? Bagi Diana, dia lebih suka jika program ini difikirkan secara positif. Biarpun ada sedikit perasaan gusar di hati, tidak bermakna ia boleh menghilangkan semangatnya sebagai salah seorang daripada peserta PLKN.
Detik menyertai program itu di Kem Princess Haliza, Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh Diana, namun kerisauan memikirkan terpaksa meninggalkan ibunya, Norsiah Ramli sendirian, membuatkan perasaan sedih dirinya tidak mampu disorokkan.


Namapun Selebriti. Aktres Jelita Diana Danielle Menjadi Tumpuan Ramai Sebelum Berlepas Ke Plkn Sepang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...