Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

10.4.09

Kabinet: Yang gugur, tukar dan masuk




Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan Kabinet yang dinamakan sebagai 'Pasukan Baru'dengan dianggotai oleh 28 pemimpin politik Barisan Nasional(BN). Seramai 40 orang terdiri daripada Timbalan Menteri.Kabinet baru ini memperkenalkan dua kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Perpaduan.Beliau juga mengumumkan pembubaran dua kementerian dan seorang Penasihat Ekonomi Negara bertaraf menteri diwujudkan.
Najib memegang potfolio Menteri Kewangan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang turut menjadi Menteri Pelajaran.Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi pula bertukar potfolio sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri. Datuk Mohd Shafie Apdal pula pula sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut bersama Kabinet baru ini ialah anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
SEMENTARA ITU, lapan menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, petang ini. Mereka ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Azalina Othman, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Seri Mohamed Zin, Datuk Shahrir Samad dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Manakala Datuk Ismail Sabri yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan bertukar potfolio sebagai Menteri Perdagangan dan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Datuk Ahmad Shabery Cheek juga bertukar kementerian sebagai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shaziman Abu Mansor sebagai Menteri Kerja Raya dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Lain2:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...