Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

5.4.09

Kelab Fotografi Kenyalang (KFK) Kuching





Sekitar Photography Workshop V2. di Kuching 4-5April 2009 (Flickr)

(Sunrise di tebingan kuching)

Penyertaan dalam KFK dan bengkel V2 ini memberikan satu kenangan dan pengalaman yang amat berfaedah khususnya dalam dunia fotografi. Banyak teknik, kemahiran, tunjuk ajar, sesi praktikal, komunikasi dunia foto, mengalami dunia dari kacamata seorang jurugambar dan pendedahan telah diberikan.


Justeru, jika sekarang ini seorang jurugambar kelihatan membawa kamera dan begnya, akan terlintas di minda ini . . . adakah dia tahu tentang fotografi. Jawapannya mungkin subjektif namun ia penting kerana dunia tanpa jurufoto adalah hambar dan suram.


Jurufoto mampu menceriakan, menghambarkan, meninggalkan kenangan dan menyajikan banyak imej yang tidak terlintas di mata orang biasa. Sehingga ada yang mengatakan bahawa peralatan mahal sahaja tidak cukup @ tidak dapat menjanjikan sesuatu melainkan bagaimana kita menggunakan peralatan itu demi menjanjikan suatu imej luarbiasa.


Jurufoto dalam bengkel itu terdiri dari pelbagai jabatan, pelbagai hobi dan pelbagai keunikkan tersendiri. Namun, kami disatukan dalam dunia yang berbeza iaitu - Fotografi.


Berjalan dan shooting di tebingan kuching, tanpa mengendahkan persekitaran dan dengan semua ahli memegang kamera (ada yang duduk, bongkok, berdiri, atas bangku, di tangga) lalu mencari objek cukup menarik sebab di akhir hari itu nanti, sesi review akan memaparkan pelbagai imej menarik, unik, hebat, dan lain2 kategori lagi.


Buat geng2, hanya dalam forum saja la kita akan membina jaringan ilmu sehingga bertemu kembali dalam sesi outing yang lain. Thank you to all of you and especially to our SIFU@ and to those who really share their ideas, manage our program etc. All d best !!


* buat geng2 WV.2, gambar2 kenangan belum sempat di simpan situk. klak2 agi pok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...