Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.5.09

Ciri-ciri seorang kaunselor



Ciri-ciri seorang kaunselor yang berkesan mengikut persepsi murid-murid dan guru.
Ehsan SPPK: Sekadar info bersama

1. Ramai murid-murid yang mengatakan seorang guru kaunselor perlulah seorang yang beriman, jujur dan bertaqwa.

2. Jujur, seorang guru kaunseling perlulah seorang yang jujur, mempunyai akhlak yang mulia. Ini kerana setiap guru, lebih-lebih lagi guru bimbingan dan kaunseling merupakan “roll model” kepada murid-murid mereka.

3. Boleh dipercayai, setiap orang tentunya ingin mencurahkan segala perasaan dan masalah kehidupannya kepada orang yang boleh dipercayai, boleh menyimpan rahsia dan memberikan rasa keamanan kepada klien.

4. Menyayangi, sifat kasih-sayang yang sangat menonjol adalah perlu. Ini kerana dari sifat tersebut, tergambarlah sang guru tadi, benar-benar ingin menolong dan membantu setiap orang yang ia temui dan datang bertemu dengannya. Dengan itu ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurang atau membuang bebanan mental yang sedang dipikul oleh sang klien.

5. Benar kata-katanya, seorang guru ketika di dalam kelas melarang anak muridnya dari merokok, tetapi ketika berada di kantin, guru itu pula telah melanggar kata-katanya tadi, murid akan hilang kepercayaan dan nilai kepatuhan kepadanya akan berkurang.

6. Ikhlas, guru kaunseling perlu ikhlas di dalam memberi pertolongan kepada murid-muridnya dengan tidak mengharap apa-apa imbalan dari jasa dan perkhidmatannya tersebut.

7. Sabar menghadapi apa jua keadaan, ini kerana banyak masalah dan persoalan hidup orang lain yang akan diselami oleh guru-guru kaunseling dan banyak pula masalah dari keluarga orang lain yang akan menjadi sebahagian dari hidupnya, tepatnya sikap penyabar amat perlu dan penting bagi guru-guru kaunseling.

8. Penampilan menarik, kemas dan rapi. Setiap orang akan menilai orang lain pada pandangan kali pertama apabila bertemu adalah pada pakaian dan penampilannya. Pakaian guru ini haruslah kemas, rapi dan bersih. Sentiasa lengkap dengan perlengkapan seperti pen, jam, tali leher, berstoking dan sebagainya.

9. Berwajah tenang dan ceria. Bukannya menampakkan kebengisan atau ketidakceriaan. Personaliti ini akan menjadikan klien lebih mempunyai perasaan yakin dalam usaha mendapatkan bimbingan dan kaunseling tentang masalah yang dihadapinya.

10. Sentiasa mewujudkan suasana persekitaran dan hubungan yang mesra dan ceria, suka menegur setiap orang yang ditemui dengan ramah-tamah dan kasih-sayang.

11. Sentiasa mesra apabila berbincang dan tidak mengedepankan perasaan apabila buntu menghadapi permasalahan yang sangat sulit.




Sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling, penampilan diri saya sebagai guru kaunseling perlulah menepati cita-rasa sebagai seorang kaunselor.

i. Penampilan, rambut perlu kemas dan rapi, tidak panjang, tetapi pendek dan kemas.

ii. Pakaian, dari aspek pakaian,saya perlu berpakaian kemas, dengan memakain tali leher setiap hari, serta baju kemeja berlengan panjang

iii. Berkomunikasi, saya harus ramah dan menegur semua orang ketika bertemu dengan nada yang sopan, ceria dan mewujudkan suasana bahagia ketika berbual.Guru kaunseling harus menyempatkan diri untuk berbual dengan guru-guru sama ada di kantin maupun dalam bilik guru untuk berbincang perkara-perkara berrkaitan pendidikan dan sebagainya.

iv. Berilmu, cintakan ilmu dan sentiasa menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan berkenaan psikologi, kaunseling dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa.

Kebersihan, bilik guru kaunseling perlu bersih, rapi dan teratur. Ini menggambarkan ketenangan yang dimiliki olehnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...