Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.5.09

Kerjaya Di bidang Perguruan



Keterangan Kerja

Profesional perguruan menjalankan tugas bagi membentuk perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, emosi dan rohani atau pun mengajar teori dan amali satu disiplin atau lebih pada peringkat pendidikan yang berlainan, menjalankan penyelidikan dan mempertingkatkan atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas-kertas dan buku ilmiah.

Pekerjaan Yang Tergolong Atau Di kelaskan Dalam Bidang Perguruan Seperti Berikut :-

Professional perguruan universiti, politeknik dan pendidikan tinggi,

Profesional perguruan prauniversiti dan pendidikan menengah,

Profesional perguruan pendidikan khas,

Profesional perguruan yang tidak dikelaskan dimana-mana.


Keterangan Tugas Perguruan

Mereka bentuk dan mengubah suai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan,

Memberi kuliah dan mengadakan tutorial, seminar dan seksi makmal,

Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dikalangan pelajar,

Menyelia kerja uji kaji dan amali yang di jalankan oleh pelajar jika perlu,

Mentadbir, menilai dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan,

Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar selepas ijazah atau kakitangan lain jabatan berkenaan,

Menyelidik dan membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi bagi kegunaan dalam lapangan perindustrian dan lain-lain,

Menyedia buku , kertas atau artikel ilmiah,

Menghadiri seminar dan persidangan,

Membantu dalam aktiviti kokurikulam,

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan,

Menyelia pekerja lain.

Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Profesional Perguruan

Sikap sabar dan kebolehan berjenaka,

Harus sentiasa peka dari segi fizikal dan mental,

Memerlukan kepakaran akademik yang baik dan berkeupayaan menyampai, pengentahuan dengan jelas, berkesan dengan mengguna kaedah yang menarik,

Bersedia menjalin perhubungan yang baik dengan pelajar dan bersedia memikul tanggungjawab yang berat,

Berkebolehan mengawal dan memahami pelajar,

Menepati masa,

Sebagai kaunselor,

Menjadi lambang moral serta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
Kelulusan Yang Diperlukan

Diploma perguruan lepasan Maktab Perguruan dan Universiti.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan (berijazah) - RM1281.00- RM 3494.70

(bukan ijazah) - RM 717.20- RM 2123.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan bergantung kepada permintaan semasa .


Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan bagi guru adalah baik, dimana guru berkelulusan Maktab yang berpengalaman berpeluang di naik pangkat kejawatan Guru Besar, Penolong Kanan Sekolah, Pengelola Sekolah-Sekolah atau Pegawai Pelajar. Selain daripada itu guru juga berpeluang meningkat kerjayanya melalui :-

1. Melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memohon dilantik sebagai guru siswazah,

2. Menghadiri kursus tambahan 1 tahun di maktab perguruan dalam bidang khas selepas 5 tahun mengajar,

3. Mengadiri kursus yang berkaitan di dalam atau luar negeri.

Bagi guru iswazah pula peluang dinaikan pangkat ke tingkatan kanan dan seterusnya ke gred tingkatan tertinggi. Mereka juga boleh menyertai kursus ijazah lanjutan seperti sarjana, dan doktor falsafah dalam bidang pendidikan. Dengan kelulusan tambahan mereka boleh menjadi pensyarah di Maktab perguruan atau kenaikan pangkat seperti pengetua sekolah, maktab dan pengarah pelajaran. Sekiranya anda mempunyai kelulusan dan kualiti peribadi yang di perlukan anda patut mencuba kerjaya yang mulia ini.

Institut Pengajian Tinggi/Maktab Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

Universiti Teknologi Mara (guru seni lukis),

Universiti Malaya,

Universiti Sains Malaysia,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Universiti Putra Malaysia ,

30 buah Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.


Syarat Kemasukan

Maktab Perguruan / Universiti Teknologi Mara - SPM/MCE/SPVM atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Memiliki kepujian Bahasa Malaysia atau kelulusan yang setaraf, mempunyai 3 kepujian dalam satu peperiksaan dan kepujian mata pelajaran kursus yang dipohon dan umur tidak melebihi 27 tahun.

Universiti - Mempunyai pelajaran asas SPM/MCE, lulus STPM dengan 2 mata pelajaran di peringkat prinsipal dan lulus kertas am atau Ijazah Sarjana Muda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...