Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.5.09

TAKUT BERTANYA



TAKUT BERTANYA
Ehsan rakan bloggers

Sebab-sebab tak faham :
  • Tidak memberi tumpuan dari awal.
  • Banyak masalah yang difikirkan.
  • Belum bersarapan pagi / perut lapar.
  • Mengantuk.(tidur lewat malam)
  • Mata Pelajaran ini baru bagi kita, maka sulit untuk difahami.

Kita perlu bertanya untuk
  • Mengetahui apa yang belum diketahui
  • Memahami apa yang tidak difahami
  • Menambah kefahaman apa2 yang masih kabur
  • Menambah ingatan pada hal yang telah diketahui
  • Supaya orang lain yang belum tahu menjadi tahu
Punca Pelajar Takut Bertanya
  • Tidak pernah dilatih untuk bertanya
  • Tidak berfikiran kreatif dan kreatis
  • Bimbang kawan2 akan tahu dia bengap atau sangat bodoh
  • Beranggapan guru terlalu garang
Akibat Malu Bertanya
  • Tidak memahami apa yang cikgu ajar
  • Tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan
  • Didenda oleh Guru
  • Akan mendapat MALU
  • Benci pada guru / mata pelajaran tersebut
  • GAGAL dalam mata pelajaran itu.
  • Menyesal ….
Apa Kelebihan Bertanya ???
  • Kita akan mendapat ilmu tambahan yang lebih berbanding kawan-kawan
  • Daya Ingatan akan lebih kuat. Memori kita akan menyimpan ilmu lebih lama sampai pada hari peperiksaan.
  • Menampakkan sikap berani
  • Mempunyai ciri-ciri pelajar cemerlang dan bermotivasi tinggi dalam pelajaran
  • Menunjukkan minat dan cintakan ilmu pengetahuan yang tinggi
Tips untuk Tidak Malu Bertanya
  • Ketahuilah bukan anda seorang yang tidak faham. Rakan-rakan yang lain juga sebenarnya ada yang tidak faham
  • Ingatlah betapa ruginya diri kita, andainya kita tidak dapat memahami sst ilmu
  • Kita tidak akan merasa seronok lagi untuk meneruskan belajar bab berikutnya
  • Fikirkan masa dan tenaga yang habis begitu saja selama sejam guru mengajar, sedangkan anda tidak memahaminya
  • Fikirkan kesempatan hanya sekali, anda tidak mungkin akan dapat kesempatan seperti ini lagi, kerana masa lain guru akan mengajar mata pelajaran lain.
  • Fikirkan wang ringgit yang terpaksa ibu dan bapa anda habiskan untuk anda, dengan harapan anda akan mendapat keputusan yang cemerlang atau setidaknya lulus dengan markah yang memberangsangkan
  • Kecemerlangan kita akan membuatkan ibu dan bapa merasa GEMBIRA terhadap usaha kita
  • Semoga kamu dapat mengubah sikap dari takut bertanya kepada ingin cuba bertanya, walaupun mungkin soalan kamu agak tidak tepat dengan apa yang sepatutnya kamu tanyakan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...