Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.5.09

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan



Maklumat Pekerjaan

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam)

Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik)

Juruteknik Awam

4. Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )

5. Juruteknik Mekanikal

6. Mekanik Jentera Am

7. Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik )

8. Juruteknik Elektrik

9. Penjaga Elektrik

10. Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia )

11. Pembantu Kejuruteraan Kimia ( Pembantu Teknik )

12. Juruteknik Kejuruteraan Kimia

13. Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik)

14. Jurutera Kawalan Kualiti

Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam)


Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Keterangan Tugas

Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan kaedah yang baru;

Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi, saluran paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan industri dll;

Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti piawaian binaan serta mengarahkan kerja pembinaan;

Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan fungsi struktur serta keselamatan dan perlindungan alam sekitar;

Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh yang diperlukan bagi projek pembinaan;

Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan;

Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar yang berkaitan;

Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan.


Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

jurutera awam

jurutera awam pembinaan bangunan

jurutera awam lebuh raya dan jalan raya

jurutera awam geoteknik

jurutera awam pembinaan jambatan

jurutrra awam pengairan

jurutera awam hidraulik

jurutera awam kumbahan dan sanitari



Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kerbolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian.


Kelulusan

Ijazah dalam kejuruteraan awam

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1591.70

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1850.00 - RM 4856.00



Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam.

Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi Mara
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

1. Universiti Tenaga Nasional
2. Adorna Institute Of Technology
3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
4. Institut Teknologi Pertama
5. Inti College
6. Kolej Ikram
7. L & G - Twintech Institute Of Technology
8. Sepang Institute Of Technology Dll


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan..

Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik)



Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.

Keterangan Tugas

Membantu dalam penyiasatan ditapak binaan;

Mengambil dan merekod ukuran;

Menguji sampel tanah dan menyediakan laporan;

Membantu penyediaan rekabentuk dan spesifikasi untuk pembinaan;

Memeriksa dan menguji bahan pembinaan yang diterima dari pembekal;

Menentukan kuantiti dan kualiti bahan pembinaan mengikut piawaian;

Membantu penyediaan jadual kerja;

Memeriksa kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan agar spesifikasi dipatuhi;

Menyelesaikan masalah yang berbangkit;

Menganggar kuantiti dan kos bahan pembinaan dan buruh yang diperlukan



Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

penyelia tapak

kerani tapak bina


Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik

Meminati profesion ini

Mempunyai pengetahuan dalam bidang sains, matematik dan teknikal

Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan waktu

Mahir dalam bidang komputer

Boleh terdedah kepada keadaan cuaca, bising, habuk

Bersedia menggunakan alat-alat keselamatan seperti kasut, topi keledar, sarung tangan dan lain-lain peralatan yang dibekalkan oleh pihak majikan.


Kelulusan

Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1113.20

ETP

RM 135.00

EKA

RM 115.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1200.00 - RM 2500.00



Prospek Kerjaya

Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi.
Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek perumahan dan lain-lain.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-
1. Universiti Teknologi Malaysia
2. Universiti Teknologi Mara
3. Politeknik-Politeknik (Jabatan Pendidikan)
4. Kolej Tunku Abdul Rahman
5. Institut Teknologi Tun Hussein Onn


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Inti College
2. Kolej Ikram
3. L & G - Twintech Institute Of Technology


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM/SPMV sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris ,Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau mata pelajaran sains yang lain.

Juruteknik Awam


Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.

Keterangan Tugas

Menjalankan atau membantu dalam ujian terhadap tanah dan bahan binaan yang dilakukan di luar atau di makmal;

Memberikan bantuan teknik berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta kaji ukur atau penyediaan laporan kaji ukur;

Mewakili arkitek bangunan dan jurutera awam ditapak pembinaan bagi memastikan pematuhan spesifikasi reka bentuk dan pengekalan piawaian yang diperlukan keatas bahan dan kerja;

Menggunakan pengetahuan teknik berhubung dengan prinsip dan amalan bangunan dan kejuruteraan awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

Membantu dalam penyediaan anggaran kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;

Mengelola penyelenggaraan dan pembaikan;

Menjalankan tugas-tugas berkaitan;

Menyelia pekerja lain.



Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaraanya:

penyelia kerja

juruteknik kaji ukur

penganggar


Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai minat dalam bidang teknik

Cekap mengenalpasti punca masalah

Mampu membuat penyelesaian,

Berkebolehan untuk mmengenalpasti masalah dan mampu membantu menyelesaikan masalah

Tegas dalam membuat keputusan,

Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan

Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan

Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat

Mampu berhubungan dengan personel sokongan


Kelulusan

Lulus SPM/SPMV kepujian Bahasa Malaysia, matematik dan lulus sains. Lulus sijil dari politeknik/SKM lebih berfaedah.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 599.50

ETP

RM 135.00

EKA

RM 80.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 850.00 - RM 1500.00



Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan, pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.

Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh.
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan, jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain.

Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Awam

SPM/SPMV

--------->POLITEKNIK (SIJIL)

---------->JURUTEKNIK AWAM

Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )


Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian.
Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.

Keterangan Tugas

Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain;

Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain;

Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain.

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem gantungan, brek, komponen-komponen lain;

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta penyejukan;

Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll;

Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian;

Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan cekap dan selamat;

Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada;

Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses;

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar lain yang berkaitan;

Menyelia pekerja yang berkaitan.



Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

Jurutera Kuasa Nuklear

Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

Jurutera Kenderaan /Automotif

Jurutera Mekanik/Aeronautik

Jurutera Marin Dll



Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keushawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Boleh bekerja berpasukan secara berpasukan

Mempunyai minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.


Kelulusan

Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1591.70

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 2500.00 - RM 8000.00



Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Teknologi Malaysia
4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5. Universiti Teknologi Mara
6. Universiti Sains Malaysia
7. Universiti Putra Malaysia
8. Universiti Malaysia Sarawak
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Universiti Multimedia Malaysia
4. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
5. Institut Teknologi Pertama
6. Kolej Ikram
7. Inti College
8. Kolej Linton
9. L & G Twintech Institute Of Technology
10. Sepang Institute Of Technology Dll


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Juruteknik Mekanikal


Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.

Keterangan Tugas

Membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemasangan, pemanasan, pengalihudaraan dan penyejukan serta loji dan peralatan lain yang berfungsi secara mekanik;

Mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin dan jentera;

Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan;

Membantu dalam penyeliaan teknik berkenaan dengan jentera serta prinsip dan amalan kejuruteraan mekanik supaya dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

Membantu dalam pembangunan serta mengawasi perlaksanaan piawaian dan prosedur keselamatan bagi kerja kaji ukur marin berhubung dengan badan, peralatan dan muatan kapal;

Menjalankan kerja-kerja berkaitan serta menyelia pekerja-pekerja lain.



Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Juruteknik Motor Dan Enjin

Juruteknik Kereta

Juruteknik Aeroangkasa Atau Aeronautik

Jeruteknik Sistem Dan Peralatan Penyejukan Dan Penyaman Udara

Juruteknik Marin

Juruteknik Penganggar/Mekanik

Juruteknik Ujian

Mekanik Jentera Am



Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.


Kelulusan

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian Bahasa Malaysia serta lulus matematik dan mata pelajaran sains.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 599.50

ETP

RM 135.00

EKA

RM 80.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 750.00 - RM 2000.00



Prospek Kerjaya

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi.

Pusat-Pusat Latihan Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Politeknik Di Bawah Kementerian Pendidikan

Institut Latihan Jabatan Tenaga Rakyat

Institut Latihan Belia Negara

Institut Kemahiran Mara/Pusat Giat Mara


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM/SPMV lulus Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains

Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Mekanikal

SPM/SPMV

-------------> IKM ------------->

JURUTEKNIK

------------- IKBN ------------->

-------------> POLITEKNIK (SIJIL) ------------->

-------------> ILJTR ------------->

Mekanik Jentera Am


Membuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian, menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan mempastikan ianya berfungsi dengan baik.

Keterangan Tugas

Mekanik Jentera Am membuat kerja-kerja membaiki perbagai jenis mesin jentera dan alat mekanikal.

Memasang dan memastikan pemasangan dilakukan dengan betul.

Menguji dan membuat penyelarasan keatas alat atau mesin yang telah siap dipasang untuk memastikan jentera atau mesin tersebut berfungsi.


Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

Mekanik Mesin Pejabat

Mekanik Mesin Tekstil

Mekanik Mesin Pembinaan

Mekanik Mesin Perlombongan

Mekanik Mesin Percetakan

Mekanik Mesin Turbin

Mekanik Alat Penyejukan/Pendinginan Udara

Mekanik Enjin Disel

Mekanik Enjin Kapal Laut

Mekanik Mesin Jahit

Mekanik Otomotif

Mekanik Penyelenggara Loji Dll.


Ciri-Ciri Peribadi

Individu yang berminat dalam bidang ini perlu mempunyai kecenderungan bekerja dengan peralatan mekanikal serta mempunyai semangat tidak mudah berputus asa.

Individu yang berminat bekerja didalam bengkel/kilang dan kadangkala terpaksa bertugas diluar.

Keadaan tempat kerja biasanya kotor dan berminyak.


Kelulusan

Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional/Teknik ) atau Sijil dari institusi-institusi latihan kemahiran awam.

Sijil kemahiran daripada institusi-institusi kemahiran swasta.


Jurugegas Jentera Am


Pekerja-pekerja dalam kumpulan ini menjalankan kerja-kerja membuat, menyusun dan memasang dengan menggunakan peralatan tangan dan membuat pelarasan pada mesin/jentera, menempat dan memasang berbagai jenis mesin/jentera, enjin dan kelengkapan mekanikal (Kecuali kenderaan motor, enjin kapalterbang, peralatan elektrik dan alat-alat jitu).

Keterangan Tugas

Jurugegas Jentera Am bertugas membuat, menggegas dan memasang pelbagai jenis jentera, enjin dan peralatan mekanik.

Meneliti lukisan dan spesifikasi barang yang akan dibuat dan mengira ukurannya

Mengesat dan mengendalikan perkakas mesin untuk memotong dan membentuk bahagian logam menurut spesifikasi tertentu

Memeriksa dan menanda dimensi ditempat tertentu atas logam untuk dipotong dan bentuk bahagian logam mengikut spesifikasi dengan mengguna mesin pemotong dan sebagainya.

Memeriksa dengan teliti benda kerja dengan mengguna mikrometer, alat pengukur metri melas, saparuh lindup dan berkaitan.



Ciri-Ciri Peribadi

Berminat bekerja di bengkel/kilang dan bekerja diluar, ditapak binaan dan lombong

Boleh bekerja dalam keadaan panas dan bunyi bising.

Tempat kerja yang berselerak dengan berbagai peralatan tangan, alat pengukur, serpihan-serpihan logam yang telah dipotong dan diasah.

Perlu berkotor dengan minyak pelincir dan geris.

Boleh menggunakan alat-alat keselamatan seperti sarung tangan, cermin mata keselamatan, kasut keselamatan dan sebagainya.



Kelulusan

Lulus SPM/SPMV dari sekolah vokesional/teknik atau lulusan SKM dari Institut Latihan Kemahiran dalam bidang yang berkaitan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 489.50

ETP

RM 135.00

EKA

RM 65.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 600.00 - RM 1500.00



Prospek Kerjaya

Peluang kerjaya dibidang ini terbuka luas dan boleh meningkat keperingkat penyelia juga membuka perusahaan sendiri setelah mempunyai pengalaman dan kemahiran serta modal.

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, KTM Berhad, Percetakan Nasional Negara, Jabatan Penerbangan Awam dan Lembaga-Lembaga Pelabuhan, Badan-Badan Berkanun dan Penguasa-Penguasa Tempatan.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di bengkel/kilang industri tekstil, kejuruteraan jentera dan kilang yang membuat alat ganti.

Pusat-Pusat Latihan Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:

Institut Latihan Perindustrian (JTR)

Institut Kemahiran Belia Negara

Institut Kemahiram Mara

Pusat Giat Mara

Pusat Latihan Kemahiran Swasta Seperti Midas, Fit Dll.



Syarat-Syarat Kemasukan

Tamat tingkatan 5

Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik )


Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik.
Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Keterangan Tugas

Menganalisa dan menyelesaikan masalah kejuruteraan;

Merancang dan mereka bentuk pembuatan dan pemasangan peralatan dan kemudahan kuasa elektrik;

Menentukan jenis dan susunan litar, transformer, litar pintas, talian penghantaran dan peralatan lain;

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem bagi motor elektrik, kuasa tarikan elektrik dan peralatan lain atau perkakas elektrik domestik;

Mentafsir spesifikasi, lukisan, piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan perlatan kuasa elektrik dan peggunaannya;

Menyusun dan mengurus sumber yang digunakan dalam membekalkan komponen, mesin perkakas dan peralatan elektrik;

Menyediakan jadual penghantaran dan pemasangan mesin, suis gear, kabel dan kelengkapan;

Menyelia operasi penyelenggaraan stesen kuasa, sistem penghantaran dan pengagihan dan loji perindustrian;

Menyediakan piawaian dan prosedur kawalan untuk memastikan sistem penjanaan dan pengagihan, motor dan peralatan elektrik berfungsi dengan cekap dan selamat;

Mengesan dan membaiki kerosakan;

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaiatan;

Membuat kerja-kerja penyeliaan dll.



Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaraanya:

Jurutera Penjanaan Kuasa

Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa

Jurutera Pencahayaan Elektrik

Jurutera Peralatan Elektromekanik


Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Analisa, minda yang analitik

Cekap mengenalpasti punca masalah

Mampu membuat penyelesaian,

Berkebolehan untuk menganalisa kesulitan dan mampu menterjemahkan kepada bentuk yang praktikal

Tegas dalam membuat keputusan,

Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan

Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan

Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat

Profesional dalam hubungan dengan personel sokongan

Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar



Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan elektrik

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1591.70

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1850.00 - RM 4850.00



Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk jurutera elektrik amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, pemesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.

Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau Pengurus Besar. Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji DLL . Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Teknologi Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sabah
7. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
8. Universiti Teknologi Mara
9. Politeknik-Politeknik
10. Kolej Tunku Abdul Rahman


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

1. Universiti Tenaga Nasional
2. Inti College
3. Kolej Bandar Utama
4. Kolej Ikram
5. L & G - Twintech Institute Of Technology
6. Pusat Teknologi Dan Pengurusan Lanjutan (Ptpl)
7. Sedaya College
8. Sepang Institute Of Technology
9. Taylor's College


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Matematik Tambahan atau lulus STPM Gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau yang berkaitan.

Juruteknik Elektrik


Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik.

Keterangan Tugas

Membantu membuat kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan sistem, peralatan dan kemudahan elektrik serta menguji prototaip;

Membantu menyediakan reka bentuk dan susur atur pemasangan dan litar elektrik;

Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan;

Membantu penyeliaan teknik bagi pembuatan, pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik;

Menggunakan pengetahuan teknik berhubung dengan teori dan amalan kejuruteraan elektrik bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

Juruteknik Voltan Tinggi

Juruteknik Kuasa

Juruteknik Ppenghantaran Kuasa Elektrik

Juruteknik Penganggar


Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai minat dalam bidang teknikal

Cekap mengenalpasti punca masalah

Mampu membantu membuat penyelesaian,

Tegas dalam membuat keputusan,

Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan

Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan

Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat

Berkebolehan dalam hubungan dengan personel sokongan

Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar


Kelulusan

Lulus SPM/SPMV, kepujian Bahasa Malaysia serta kepujian dalam matematik serta dalam mata pelajaran sains. Memiliki sijil politeknik/SKM lebih berfaedah.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 599.50

ETP

RM 130.00

EKA

RM 80.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 800.00 - RM 1500.00

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan dan tertinggi.

Boleh melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau luar kampus atau pengajian jarak jauh di IPTA dalam negara bagi meningkat kejawatan yang lebih tinggi.

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji DLL .

Penjaga Elektrik




Pekerja-pekerja dalam kumpulan ini menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki janakuasa elektrik dan peralatan elektrik di tempat ia digunakan. Menjalankan tugas sebagai jurugegas dan ditambah dengan kerja-kerja menyelenggara dan membaiki peralatan tersebut umpamanya stesyen janakuasa besar dan kecil.

Tugas-tugas termasuk

Memasang, menyelenggara dan membaiki sistem pendawaian elektrik dan peralatan yang berkaitan di pelbagai bangunan seperti sekolah, hospital, pertubuhan komersil, bangunan kediaman dan struktur lain;

Memasang, melaraskan dan membaiki pelbagai jenis jentera dan motor elektrik, penjaga, gear suis dan perkakas kawalan, peralatan atau bahagian elektrik lif dan peralatan yang berkaitan;

Memasang, melaraskan dan membaiki bahagian elektrik perkakas rumah, mesin perindustrian dan perkakas yang lain atau perkakas elektrik kapal terbang, kapal dan kenderaan;

Memasang, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik di panggung dan studio radio atau televisyen;

Memeriksa dan menguji produk keluaran elektrik;

Merancang dan menjalankan penyelenggaraan pencegahan dan berjadual bagi pemasangan elektrik;

Menjalankan tugas-tugas berkaitan;

Menyelia pekerja-pekerja lain.


Contoh Pekerjaan Yang Dikelas Di Sini:

Jurugegas Elektrik

Juruelektrik Lif/Peralatan Yang Berkaitan


Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kesihatan yang baik

Tidak cacat anggota, mempunyai penglihatan yang baik dan tidak rabun warna

Boleh bekerja di luar pejabat

Bekerja di stesyen janakuasa besar atau kecil

Boleh bekerja dengan teliti dan sentiasa mempastikan tidak ada sebarang kerosakan berlaku

Mampu mengambil langkah-langkah segera sekiranya berlaku sebarang kerosakan

Boleh bekerja dalam semua keadaan cuaca

Tidak gentar dan berani memanjat tempat-tempat tinggi

Perlu menjaga keselamatan diri sentiasa berwaspada semasa menjalankan tugas


Kelulusan

Sekurang-kurang SRP/PMR dan memiliki SIJIL PENJAGA ELEKTRIK dari Jemaah Bekalan Elektrik dan Gas

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 599.50

ETP

RM 135.00

EKA

RM 80.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1500.00++ (Dibincangkan mengikut kelulusan dan pengalaman)



Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya untuk bangunan-bangunan kerajaan. Di jabatan yang terdapat janakuasa elektrik kecil atau besar.

Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi di kebanyakan sektor. Memandangkan kemajuan pesat dari segi keperluan tenaga elektrik dalam bidang ini semakin baik, seseorang yang berpengalaman dan cekap akan mudah dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.

Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia )


Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya. Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru. Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial. Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya. Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-proses lain.

Keterangan Tugas

Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain;

Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik;

Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;

Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras dengan spesifikasi;

Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;

Mengesan dan membaiki kerosakan;

Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada;

Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses-proses berkaitan;

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;

Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan.



Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Kimia Petroleum Dan Gas

Jentera Kimia Cat Dan Varnis

Jurutera Kimia Baja

Jurutera Kimia Produk Farmaseutikal

Jurutera Kimia Makanan

Ahli Teknologi Plastik

Ahli Teknologi Getah, Dll


Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik

Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan kaedah saintifik

Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan

Berminat membuat uji kaji di makmal

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.


Kelulusan

Ijazah Kejuruteraan Kimia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1591.70

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 2500.00 - RM 8000.00



Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan..

Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Teknologi Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya :-

1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Inti College Malaysia
4. Kolej Linton
5. L & G Twintech Institute Of Technology


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Pembantu Kejuruteraan Kimia ( Pembantu Teknik )


Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.

Keterangan Tugas

Membantu dalam penyelidikan bagi mencipta proses dan loji pembuatan yang baru;

Memperbaiki atau mencipta proses baru untuk mengeluarkan bahan-bahan secara kimia atau fizik pada tahap skel komersil;

Membantu dengan penyeliaan teknik pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji;

Menggunakan pengetahuan teori dan praktik kejuruteraan kimia bagi mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berbangkit semasa menjalankan kerja;

Memeriksa dan menguji kerja yang telah siap bagi memastikan kepatuhan kepada spesifikasi dan piawaian keselamatan;

Boleh menggunakan topi keledar, sarung tangan, kasut keselamatan serta pakaian seragam.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Di Bidang Ini Antaranya:

Pembantu Kejuruteraan Kimia Petroleum

Pembantu Kejuruteraan Kimia Gas Asli, Dll.



Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik;

Berkecenderungan dan berminat dalam penggunaan praktik ilmu kimia, fizik dan matematik;

Boleh berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan;

Berminat menbuat uji kaji dimakmal;

Boleh menyelesaikan masalah;

Boleh bekerja berpasukan;

Minda yang kreatif. Dll


Kelulusan

Diploma Kejuruteraan Kimia atau petroleum atau setaraf dengannya.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1113.20

ETP

RM 135.00

EKA

RM 115.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1500.00 - 2500.00



Prospek Kerjaya

Disektor awam peluang adalah baik.
Mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia pengeluaran atau penyelengaraan. Berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan, khas dan seterusnya ke jawatan tertinggi mengikut skim perkhidmatan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS tempatan ke peringkat ijazah secara sepenuh masa, sambilan, pengajian luar kampus dan pengajian jarak jauh. Jawatan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dll.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di kilang-kilang memproses bahan-bahan mentah kepada barang-barang seperti baja, barang-barang farmasi, cat, plastik, petroleum, serbuk pencuci, bahan kimia industri dan lain-lain

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Kolej Universiti Terengganu

Universiti Teknologi Mara



Perancangan Kerjaya Sebagai Pembantu Jurutera Kimia

JURUTEKNIK RENDAH(PMR))

------

JURUTEKNIK(SPM/SPMV/ SIJIL POLITEKNIK

------ PEM. JURUTEKNIK(DIPLOMA)

Juruteknik Kejuruteraan Kimia


Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia

Tugas-tugas termasuk

Membantu dalam penyelidikan untuk membangunkan proses dan loji pembuatan yang baru atau yang lebih baik bagi tranformasi bahan secara kimia atau fizik pada sekala komersil

Mereka bentuk dan menyediakan susun atur loji kimia mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan loji

Memberi khidmat penyeliaan teknik bagi pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan

Mengemukakan pengetahuan teknik berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan kimia supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja

Menjalankan tugas-tugas berkaitan

Menyelia pekerja-pekerja lain



Contoh Pekerjaan Yang Dikelas Di Sini:

Juruteknik Kejuruteraan Petroleum

Juruteknik Kejuruteraan Gas Asli

Juruanalisa Teras (Petroleum/Gas)

Pengaggar

Pembantu Makmal



Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik

Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan kaedah saintifik

Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan

Berminat membuat uji kaji di makmal

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll



Kelulusan

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian Bahasa Malaysia serta kepujian dalam Matematik, Kimia atau mata pelajaran sains

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 599.50

ETP

RM 135.00

EKA

RM 80.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 800.00 - RM 2000.00
(Dibincangkan mengikut kelulusan dan pengalaman)

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan - jabatan lain yang berkaitan.

Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi. Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka boleh berbuat demikian samada belajar sepenuh masa, atau sambilan dan pengajian jarak jauh di IPTA/IPTS tempatan. Setelah memiliki kelulusan tersebut mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi.

Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi diindustri petroleum, carigali minyak serta syarikat-syarikat pembuatan yang berasaskan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja penyelidikan dimakmal.

Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik)


Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.

Keterangan Tugas

Memberi nasihat dan merekabentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik pengguna yang lain; Membuat penyelidikan serta merekabentuk proses-proses yang diperlukan untuk pembuatan barangan;

Mengurusselia dan menyelaras kerja-kerja para teknik dalam rekabentuk produk atau pengeluaran;

Merekabentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan mereka untuk menghasilkan model produk yang akan dibangunkan dan mengubahsuainya mengikut keperluan pasaran,

Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasang sistem elektronik juga memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut standard serta memenuhi spesifikasi dan piawaian keselamatan yang ketat;

Memberi nasihat dan serta mengkaji cadangan rekabentuk, mendraf laporan dan mengemukakan syor tentang rekabentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan system yang boleh dipasarkan;



Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

Jurutera Kuasa Nukleur

Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

Jurutera Kenderaan /Otomotif

Jurutera Mekanik/Aeronautik

Jurutera Marin Dll


Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.


Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1591.70

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 2500.00 - RM 8000.00



Prospek Kerjaya

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Teknologi Malaysia
4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5. Universiti Teknologi Mara
6. Universiti Sains Malaysia
7. Universiti Putra Malaysia
8. Universiti Malaysia Sarawak
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Kolej Ikram
4. Inti College Malaysia
5. Kolej Linton
6. L & G Twintech Institute Of Technology


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Jurutera Kawalan Kualiti


Menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat, atau membangunkan kecekapan pengeluaran perindustrian dan kajian masa dan gerakan, kajiukur kuantiti serta mengkaji dan memberi nasihat mengenai aspek teknologi berhubung dengan bahan, produk dan proses pembuatan yang tertentu. Memeriksa dan menguji bahan-bahan mentah dan barang-barang siap dalam kilang bertepatan dengan piawaian yang telah ditentukan. Menjalankan ujian fizikal bahan-bahan yang berpadan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. Memeriksa barang-barang siap dan separuh siap mengikut kaedah-kaedah kawalan kualiti dalam ujian beban, kelenturan, daya tahan, kekerasan dan lain-lain ujian yang tertakluk kepada nilai komponen atau kepentingan barang.

Keterangan Tugas

Menyelia dan mengawal pengeluaran untuk mengekalkan peratus penolakan yang minima;

Menyimpan rekod kerja dengan menunjukkan jenis barang yang diperiksa, peratus penolakan dengan alasan yang kukuh;

Mengesahkan barang-barang berpadanan dengan piawaian yang ditentukan;

Menjalankan kaedah-kaedah kawalan kualiti dalam ujian beban, kelenturan, daya tahan, kekerasan dan lain-lain ujian mengikut kepentingan barang-barang.



Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

Jurutera Kawalan Mutu

Jurutera Pengeluaran

Jurutera Kimia

Jurutera Proses

Ahli Kimia


Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Cenderung dan berminat dalam kerja kajian sains

Mahir berbahasa Inggeris

Tegas, dedikasi dan bertanggunjawab terhadap kerja

Boleh memberi arahan dan cadangan yang berkesan

Boleh bercampur gaul dengan luar


Kelulusan

Ijazah dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan. Seperti Kejuruteraan Mekanikal/Kimia/Awam/Elektrikal/Elektronik/Industri/Pengeluaran/Pengeluaran/Pembuatan dll.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1591.70

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1850.00 - RM 4500.00



Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan bagi jawatan ini amat baik. Disektor awam jawatan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, SIRIM dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Berpeluang dinaikkan pangkat ke tingkatan kanan dan seterusnya ke gred-gred tingakatan tertinggi.

Disektor swasta jawatan ini banyak terdapat di kilang-kilang pembuatan, sektor pembinaan, firma-firma juruperunding. Berpeluang kenaikkan pangkat kejawatan jurutera kanan, Pengurus Pengeluaran, Pengurus Kawalan Mutu, Pengurus Loji sehingga ke Pengarah Urusan.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

Universiti Malaya

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Mara

Universiti Sains Malaysia

Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Malaysia Sabah

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Institut Teknologi Tun Hussein Onn

Kolej Tunku Abdul Rahman



Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

Universiti Tenaga Nasional

Adorna Institute Of Technology

Institut Teknologi Pertama

Inti College

Kolej Ikram

L&G-Twintech Institute Of Technology

Sepang Institute Of Technology . Dll



Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Matematik Tambahan atau STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik dan mata pelajaran berkaitan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...