Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.5.09

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)



LATIHAN KEMAHIRAN

Antara agensi yang mengendalikan latihan kemahiran adalah seperti berikut :-

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)


Pengenalan

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia sekolah bagi membolehkan mereka mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu.
Antara institut yang terdapat di jabatan ini adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknologi Jepun Malaysia (JMTI) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

ILP

Pada masa ini terdapat 14 buah ILP di seluruh negara yang menyediakan sebanyak 33 jenis kursus keseluruhannya. ILP adalah sebuah institusi lepasan sekolah yang menawarkan kursus latihan sepenuh masa di samping program perintis untuk berbagai kursus-kursus kemahiran di peringkat tinggi. ILP telah menjadi sumber utama pendidikan dan latihan teknikal di Malaysia yang menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

Kelayakan masuk

Tamat tingkatan 5
Lulus SPM atau SPMV dengan kepujian dalam Matematik atau Matematik Tambahan dan Sains atau Fizik dan lulus Bahasa Inggeris.

Jenis dan tempoh kursus

Terdapat 33 kursus yang ditawarkan dengan tempoh antara 12-18 bulan. Antara kursus-kursus tersebut seperti:-

Mekanik Industri
Pemesinan Am
Pemesinan CNC
Pembuat Acuan & Alat Pemotong
Pembuat Acuan Pembentuk
Teknologi Foundri
Pembuat Arka & Gas
Fabrikasi Logam
Pemasangan Paip Gas
Automotif
Kenderaan Perdagangan Berat
Pemeriksaan Kejuruteraan
CADD-Mekanikal
Juruelektrik
Penyejukbekuan & Penyaman Udara
Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah - AO


Yuran Pendaftaran dan Yuran Tambahan

Yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 hendaklah dibayar apabila mendaftar untuk kursus di ILP. Manakala yuran tambahan adalah seperti berikut:-

Deposit untuk kemudahan -

RM50.00

Yuran insuran -

RM10.00

Pakaian seragam -

RM40.00

Yuran pendaftaran -

RM10.00

Lain-lain yuran -

RM50.00



Kemudahan

Pelatih-pelatih layak mendapat kemudahan seperti berikut:

Tempat tinggal
Makanan dan minuman
Rawatan sakit
Peralatan tangan dan kelengkapan disediakan
Insuran
Pengangkutan untuk kurikulum tambahan dan lawatan perindustrian
Wang saku


Kemasukan

Dua kali setahun, setiap Januari dan Julai. Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pos.


ADTEC



Penubuhan Pusat Latihan Teknologi Tinggi bertujuan menyediakan kursus-kursus kemahiran dan teknikal peringkat diploma kepada lepasan sekolah. Ianya dapat mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi di samping meningkat kualiti kemahiran tenaga mahir dalam sektor industri.

Kelayakan Masuk

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik, lulus Bahasa Inggeris, satu matapelajaran lain atau;

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik, lulus Bahasa Inggeris serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dalam salah satu bidang berkaitan.

Jenis dan tempoh kursus .

Antara kursus yang disediakan:-

Teknologi Pengeluaran
Teknologi Pemesinan
Kejuruteraan Jaminan Mutu
Teknologi Kimpalan
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Teknologi Elektrik
Teknologi Mekatronik
Teknologi Elektronik
Teknologi Komputer
Teknologi Telekomunikasi

Tempoh kursus antara 2 - 3 tahun.

Pembiayaan kursus

Pelatih yang berjaya boleh membuat pinjaman daripada Tabung Pembangunan Kemahiran dengan jumlah pinjaman RM5000 setahun.


Kemasukan

Dua kali setahun, setiap Januari dan Julai

JMTI



Institut Teknikal Jepun Malaysia yang didirikan di Taman Perindustrian Bukit Minyak bertujuan mengeluarkan tenaga kerja mahir bertaraf teknologis yang mempunyai pengetahuan kejuruteraan, berkemahiran teknikal dan berketerampilan tinggi. Pusat ini mengendalikan program latihan berasaskan sistem latihan teknikal dan vokasional dengan menggunakan teknologi terkini Jepun.

Kelayakan Masuk

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik, lulus Bahasa Inggeris dan satu matapelajaran lain atau

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik, lulus Bahasa Inggeris serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dalam salah satu bidang berkaitan.

Jenis dan Tempoh Kursus

Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti:-

Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Komputer
Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

Tempoh kursus adalah selama 3 tahun.

Pembiayaan kursus

Pelatih yang berjaya boleh membuat pinjaman daripada Tabung Pembangunan Kemahiran dengan jumlah pinjaman RM5000 setahun.


Kemasukan

Dua kali setahun, setiap Januari dan Julai

CIAST



CIAST iaitu Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan menawarkan kursus latihan pengajar, penyelia dan kemahiran lanjutan untuk pengajar, penyelia dan pekerja-pekerja mahir dari sektor awam dan swasta. Pusat ini bertujuan melahirkan tenaga pengajar berkemahiran di peringkat diploma bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar di institut kemahiran negara.

Kelayakan masuk

Lulus SPM dan diploma dalam bidang berkaitan atau
Lulus SPM dan tahap 2 MLVK atau tahap tertinggi MLVK

Jenis dan tempoh kursus

Kursus yang ditawar adalah seperti berikut:-

Teknologi Pengeluaran
Teknologi Pemesinan
Teknologi Jaminan Mutu
Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
Teknologi Kejuruteraan Automotif
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Komputer
Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi
Teknologi Maklumat

Tempoh kursus adalah selama 3 tahun

Pembiayaan kursus

Pelatih-pelatih diberi elaun sebanyak RM400.00 sebulan.


Kemasukan

Dua kali setahun, setiap Januari dan Julai.




Sumber Maklumat

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:

Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 6, Blok D4, Parcel D,
62502 Putrajaya

Tel: 603-88865584
Laman Web: http//www.jtm.gov.my
Email:mailto:jtrhg@jtr.gov.my


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...