Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.5.09

LATIHAN KEMAHIRAN



Institut Kemahiran MARA

Latar Belakang:-

Objektif

Objektif Latihan Kemahiran MARA adalah menambahkan bilangan gunatenaga mahir Bumiputera dalam pelbagai bidang dan tahap kemahiran untuk sektor perdagangan dan perindustrian di samping mewujudkan sumber bakal usahawan.

Dasar dan Halatuju

Halatuju Program Latihan Kemahiran MARA adalah bagi memenuhi dan melaksanakan perancangan pembangunan perindustrian negara. Khususnya dalam rangka memenuhi dan melaksanakan perancangan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Profil gunatenaga perindustrian negara memerlukan professional, separa professional dan pekerja mahir dalam memastikan kesenambungan pembangunan perindustrian.

Halatuju latihan kemahiran MARA menekankan aspek pengeluaran pekerja separa professional, juruteknik, pengurusan dan penyeliaan.

Kejuruteraan Awam (Bangunan)
Kejuruteraan Awam (Kerja Paip)
Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri)
Kejuruteraan Elektrik (Penjaga Jentera)
Teknologi Lukisan Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Senibina
Teknologi Kimpalan & Fabrikasi
Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Teknologi Rekabentuk & Pengeluaran Perabot
Teknologi Upholsteri dan Hiasan Dalaman
Kejuruteraan Automobil
Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan


Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak

Institut Kemahiran MARA Lumut telah mula beroperasi semenjak 1977 di atas sebidang tanah seluas 48 ekar. Bangunan Institut telah dirasmikan pada 23 Jun 1979 oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Abd.
Manan bin Othman, PPN, Menteri Perusahaan Awam Malaysia ketika itu.

Pelan lokasi Institut Kemahiran MARA Lumut terletak di Bandar Sri Manjung iaitu lebih kurang lima (5) km ke Pekan Lumut. Kursus-kursus yang dijalankan pada ketika itu ialah :

Kimpalan Gas dan Arka
Pemesinan Am
Elektrik


Bilangan pelatih pada ketika itu seramai 45 orang dan di bawah bimbingan lapan (8) orang tenaga pengajar. Pada ketika ini bilangan pelatih Institut Kemahiran MARA adalah seramai 800 orang termasuk lelaki dan perempuan di dalam 12 bidang kemahiran yang dijalankan di bawah bimbingan satu ratus dua puluh (120) orang tenaga pengajar.

Dalam membentuk sahsiah peribadi yang mantap di kalangan pelatih-pelatih, mereka didedahkan dengan aktiviti ko-kurikulum, aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong, projek rakyat termiskin dan projek awam.

Objektif Institut Kemahiran MARA (IKM)

Melengkapkan para belia Bumiputera dengan ilmu pengetahuan kemahiran dan perdagangan supaya mereka boleh berdikari dan bersedia menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan perusahaan secara langsung.

Mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja mahir dan separa mahir di sektor swasta dan awam.

Meningkatkan kemahiran dan kebolehan para belia yang sedang atau yang sudah berkecimpung dalam lapangan ini.

Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia bumiputera dengan mengwujudkan lebih banyak lagi Institut Kemahiran MARA.

Mempergiatkan lagi penyertaan bumiputera di bidang pekerjaan mahir dan perdagangan di setiap peringkat dan bidang pekerjaan.

Membentuk pelatih-pelatih ke arah pengujudan usahawan secara lebih efektif dengan cara memberi latihan urusan perniagaan di samping latihan kemahiran.

Falsafah Institut Kemahiran MARA (IKM)

Latihan kemahiran di Institut Kemahiran MARA (IKM) adalah merupakan satu usaha yang berterusan bagi melahirkan pelatih-pelatih yang berkemahiran seimbang dengan keperluan industri serta melahirkan usahawan muda untuk meningkatkan taraf ekonomi bumiputera.

Usaha ini adalah bertujuan bagi melahirkan insan yang berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, amanah serta berketrampilan dalam kemahiran untuk mencapai kesejahteraan diri bagi memenuhi keperluan masyarakat dan negara.

Visi Institut Kemahiran MARA (IKM)

Institut Kemahiran MARA (IKM) mempunyai visi "Kearah Kecemerlangan dan Kesempurnaan"

Kecemerlangan bermaksud cemerlang dari segala segi, pelajaran teknikal, akademik, sahsiah diri dan kerohanian

Kesempurnaan bermaksud sempurna sebagai seorang insan yang berakhlak mulia dan berilmu

Misi Institut Kemahiran MARA (IKM)

Mengwujudkan pengurusan yang aktif, berkualiti dan berwawasan bagi meningkatkan prestasi pencapaian pelatih ke tahap yang boleh diterima oleh industri

Meningkatkan prestasi pelatih dalam bidang sukan, kelab dan badan berpakaian seragam ke tahap cemerlang

Mengwujudkan budaya penyayang bagi melahirkan warganegara yang inovatif dan kreatif

Pelanggan Institut Kemahiran MARA (IKM)

Pelanggan Institut Kemahiran MARA (IKM) ialah pelatih-pelatih dan ibu bapa/penjaga pelatih

Pengurusan dan Pentadbiran Institut Kemahiran MARA

Pengetua selaku Pegawai Mengawal Pusat sentiasa dibantu oleh Pegawai Tadbir, Penolong Pengetua, Ketua Jabatan, Ketua Kursus dan Pengajar serta anggota sokongan dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan institut

Pengurusan dan Pentadbiran Institut Kemahiran MARA (IKM) ini sesungguhnya berpegang teguh kepada Objektif Latihan Kemahiran MARA iaitu membimbing dan melatih belia bumiputera dengan ilmu pengetahuan kemahiran dan keusahawanan

Kurikulum

Bagi melancarkan program latihan kemahiran, semua kursus di institut ini diperuntukkan dengan buku panduan kursus yang disediakan oleh Unit Kurikulum, Bahagian Kemahiran MARA sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran.

Isi kandungan kurikulum ini dipersetujui bersama dalam mesyuarat MARA Technical Committee (M-TEC) yang dilaksanakan oleh pihak Unit Kurikulum, Bahagian Kemahiran MARA

Selain dari itu IKM telah menggunakan Standard Kemahiran Kebangsaan (National Occupational Skill Standard "N OSS") yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

Ko-Kurikulum

Unit ko-kurikulum memainkan peranan yang penting untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dengan bertujuan untuk pembentukan peribadi dan sahsiah bagi melahirkan pekerja mahir yang berkualiti tinggi.
Penglibatan setiap pelatih dalam aktiviti ko-kurikulum adalah sebagai syarat persijilan IKM. Untuk menjalankan aktiviti ini penyelaras Kelab, Pasukan Pakaian Seragam dan Sukan diwujudkan bagi menyelaraskan kegiatan aktiviti tersebut

Adalah menjadi tanggungjawab mereka merancang dan merangka segala aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan kecuali bagi kursus-kursus Kejuruteraan Elektrik selama 24 bulan ke 36 bulan

Disiplin

Bagi memastikan Objektif IKM tercapai dan terlaksana maka Disiplin dan Akhlak pelatih adalah diutamakan untuk mencapai tujuan tersebut. Unit Disiplin di peringkat Jabatan dan kursus ditubuhkan bagi membantu pelatih mematuhi arahan dan berdisiplin sepanjang masa.
Manakala di peringkat Institut pula diwujudkan Lembaga Tatatertib Institut Kemahiran MARA bagi mendengar kes-kes pelanggaran disiplin dan Lembaga Rayuan Tatatertib Institut Kemahiran MARA bagi mendengar rayuan dari pelatih yang dijatuhkan hukuman selain dari diberhentikan dari laltihan. Pelatih yang dihukum diberhentikan dari latihan boleh merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Bahagian Kemahiran MARA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...