Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

18.6.09

MOTIVASI KHAS PMR, SPM & STPM



sekali lagi program rasmi sekolah (Motivasi Khas Ting 3, 5 dan 6) akan berlangsung selama 3 hari 2 malam di sini. Penyertaan ramai pelajar2 sekolah ini adalah bagi menyahut seruan kecemerlangan sekolah dalam usaha menjadikan sekolah ini sebuah sekolah contoh di Kapit.


Jamuan ringan bersama
Pengerusi mahasiswa/i sarawak
Pengarah program - bekas pelajar

Gabungan bersama pelajar2 UUM (seramai 59 orang) termasuk Timbalan Naib Canselor UUM akan memeriahkan lagi program ini. Selain itu, kerjasama dari Yayasan Sarawak juga menjadikan program ini sungguh bermakna bagi warga sekolah dalam menjalin hubungan dan kerjsama di masa2 hadapan.
Kesungguhan pihak sekolah dalam menjayakan program ini tampak melalui persediaan2 yang telah dirancang. Di antaranya persembahan khas, masakan 'pansuh' dan santapan di 'restoran' sekolah dan hiasan dewan yang penuh. Kebiasaannya, persediaan sebegini jarang dilakukan dalam mana2 program motivasi sebelum ini.

Harapan saya ialah agar para pelajar mengambil peluang ini untuk membina jati diri dan mempunyai keinginan untuk menjejakan kaki ke menara gading. Pada masa yang sama ia akan mengharumkan nama sekolah di persada dunia pendidikan di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...