Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

1.7.09

3 Proses Belajar



3 Proses Belajar (Sekadar perkongsian)
  • A - mendapatkan info dan bahan dari pelbagai sumber seperti buku, media cetak dan elektronik, dll. Kebiasaannya ia dilakukan disekolah dari guru dan secara persendirian di rumah @ di mana2 sahaja. Kadang2 usaha yang lebih diperlukan untuk belajar lebih (tuisyen).
  • B - menjadikan sumber yang diperolehi lebih berguna dan bersesuaian dgn apa yang dikehendaki. Pada peringkat ini, pelbagai cara boleh dilakukan, misalnya menulis nota dgn cantik dan kemas, berwarna. Malah ia boleh diperhalusi lagi dgn cara yang padat, ringkas namun penuh makna. Cara ini adalah usaha pelajar agar pembelajaran boleh dilakukan dimana2 sahaja, walaupun ke bandar dll.
  • C - menguji diri. Adakah usaha selama ini berbaloi, betul atau perlu diubah serta dimantapkan lagi. Dari langkah ke 3 ini seseorang pelajar itu akan dapat menilai kemampuan diri iaitu sama ada dia akan gagal, ala kadar sahaja, berjaya @ cemerlang.

Nasihat berguna :

  • kalau dah nak mengantuk waktu belajar, sila ke dapur, minum air, tengok jauh dari verandah rumah anda, hirup udara dalam2 utk beberapa minit dan kemudian sambung belajar semula dgn keinginan yang sungguh. Apapun, pastikan aktiviti harian anda tidak terlalu meletihkan sehingga menyebabkan badan anda letih dan perlukan rehat.
  • Jika mengantuk di dalam kelas - minta izin dari guru utk ke tandas, cuci muka, berkumur, lap air di tengkuk dan di dahi agar segar sedikit.
  • Jika keadaan kelas bising . . jangan cuba nak belajar dgn aman, sebaliknya ubah strategi belajar seperti sekadar mencatat nota, belajar secara berbincang atau2 tanya2 soalan dgn rakan, berkongsi pendapat dll.
  • sekarang dah bulan julai . . maknanya usaha anda perlu lebih sikit dan bertahan cuma utk kira2 3-4 bulan sahaja lagi.
  • Masa belajar - jika dulu 3-4 jam sehari, sekarang ini ia wajib digandakan. Tiada alasan lagi. Jika anda sibuk, anda harus bayar masa tersebut utk belajar. Jika banyak koko, ia harus dikurangkan. Jika terlalu lama menonton TV, tontonlah siaran tertentu shj. Gunalah jadual waktu belajar peribadi anda dgn lebih disiplin mulai sekarang sebab pelbagai alasana adalah jalan menuju kegagalan anda.
  • Jangan over confident . Ini selalunya utk pelajar2 senior yang dah mulai tahu byk perkara ttp kadang2 terleka menjawab soalan ttg apa yang dia tahu dan bukan menjawab mengikut kehendak soalan.
  • Kalau rasa subjek tu susah sgt . . Ingat orang lain pun dah boleh score A utk subjek tersebut. Anda hanya perlu sukakannya, lebih banyak masa utk subjek itu dan sentiasa melakukan sesuatu berkaitan dgn subjek tersebut. Selain itu, ambik tuisyen la
  • Tulis nota . . merupakan satu cara belajar. Jika anda tidak cukup buku rujukan, x pe. pergi sahaja ke perpustakaan, pinjam @ tulis nota anda dgn baik. Selain itu, pinjam buku dari guru @ rakan utk menambahkan info nota anda. Sesudah itu, barulah ia boleh ditulis semula @ diperkemaskan ke dalam kad kecil/ nota kaki dll. Ia boleh pula dibawa kemana2 termasuk sewaktu ada pertandingan kokurikulum @ menunggu bas @ orang tua datang menjemput pulang. Bila ada masa tenang, barulah anda menguji apa yang telah dipelajari tadi. Beginilah sebahagian dari proses pembelajaran harus berlaku.
  • Panik sewaktu menduduki ujian - Ada kesan psikologinya jika anda membawa peralatan exam/ nota ringkas anda ke dewan. Kadang2 bila dah lambat, perasaan gemuruh akan menyebabkan apa yang diingat mudah hilang. Justeru dgn adanya bahan tersebut, ia akan membuatkan anda berasa terus yakin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...