Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

6.7.09

Penetapan MATLAMAT



Penetapan MATLAMAT (sekadar perkongsian)

Selalunya jika pelajar ditanya tentang matlamat, mereka akan memberi jawapan standard seperti ingin berjaya, ingin cemerlang atau lebih spesifik ingin mendapat semua atau 6 A dalam exam. Namun, jika difikirkan benarkah jumlah A seperti yang dijangkakan. Mari mengupas idea ini.

Jika ada 9 subjek dalam SPM. Seseorang itu ingin dapat 6 A, sedangkan jika ditanya berapa subjek yang akan gagal dan lulus. Mungkin dijawab 2 gagal dan 2 sekadar lulus (kerana susah la). Bermakna 4 subjek dah bahaya. Tinggal lagi 5. macamana nak dapat 5 A. Apalagi jika 2 tu belum tentu dapat A atau B. Tinggal lagi 3 A sahaja.

Pelajar harus memperincikan ia sebegini agar melihat realiti keputusan anda. Sesudah itu baru lah anda melihat usaha anda iaitu bagaimana cara anda mahu menjayakan keputusan itu. Jika ia teruk sangat, gandakan masa dan usaha. jika mahu dapat A, cuba tuisyen atau semaki banyak bertanya soalan kepada guru di dalam kelas atau pergi sahaja ke bilik guru. Ataupun banyakkan berbincang sesama rakan. Atau cari lagi bahan rujukan tambahan dan buat latihan tambahan. Semua nya itu adalah usaha setelah anda mengetahui halatuju keputusan anda.

Kalau tinggal 5 bulan sahaja lagi maka usaha serta strategi kena gandakan sebab SPM akan menentukan hidup akademik anda malah mungkin juga hidup anda. Kalau belajar sambil mendengar musik, jangan sampai menghentak-hentakkan pen pula sebab itu macam belajar beat musik pula. Mungkin juga belajar depan TV. betul la tu belajar sebab buku di deapan tapi yang diingat pula adalah jalan cerita dgn penghayatan emosi anda kepada cerita tersebut. Lari lah fokus anda pada subjek yang dipelajari. Carilah tempat yang tenang. belajar lah waktu anda tenang sambil tambah2kan daya ketahan diri agar lebihbanyak input diperolehi. Dan last sekali jangan lupa test diri anda dgn pelbagai cara.

Untuk itu . . selamat berjaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...