Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

12.7.09

Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2009



Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2009 berlangsung kembali sejak khamis jumaat lepas dan majlis penutupannya dilakukan pada hari ini (Ahad). Peserta yang terdiri dari wakil setiap persatuan terdiri dari pelajar ting 1 hingga 6 atas. Berpanas dan pelbagai aktiviti fizikal cukup mengajar para peserta tentang ketahanan diri. Bagi yang agak lemah ternyata mereka mula longlai dgn muka kemerahan. Apapun semuanya bertujuan menjatikan diri mereka dari pelbagai aspek.

Unit kaunseling juga tidak ketinggalan dalam memberikan input dalam prog ini. Ceramah dari aspek seorang pemimpin dilakukan dgn strategi yang agak berbeza oleh saya sendiri. Maklumlah bila dah letih agak kurang sesuai lah jika input terlalu bercorak akademik. Malah pada masa yang sama, prog spt ini memerlukan pendekatan fizikal dan kerahan. Justeru, pendekatan 3 dalam 1 dilakukan iaitu memberi ceramah, pelaksanaan aktiviti dan pemberian dendaan dilakukan serentak. Ini perlu agar semua peserta mendapat input, kekal fokus (kerana dah letih) dan bersikap serius dalam melakukan aktiviti spt ini. Aspek2 APLILKASI seorang pemimpin dititikberatkan oleh saya sepanjang slot tersebut. Kemahiran komunikasi diselitkan dikalangan peserta dalam memberikan pendapat masing2.

Apapun, biarlah pelajar2 yang ingin berubah itu menjadi seorang pemimpin yang berkaliber pada tahap kepimpinannya sdiri dan bagi yang kelihatan sukar utk berbuat begitu, berusahalah memimpin diri sdiri ke arah melakukan hal2 yang baik dan menjurus kepada kejayaan masing2

All d best (Gambar akan disertkan kemudian)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...