Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

21.7.09

Tips berbicara depan orang ramai



(Ehsan : Internet)
Inginkan penyampaian atau ucapan kamu mendapat tempat di hati para pendengar seperti majikan, rakan sekerja atau teman-teman kamu? Ha, di sini ada caranya! Kamu hanya perlu mengikuti 4 langkah mudah ini untuk mencuri minat kesemua responden kamu itu.

• Perhatikan diri kamu yang sebenar ketika berucap. Jangan sesekali kamu cuba berbicara seperti orang lain!
• Lahirkan senyuman yang ikhlas. Senyuman, perlakuan yang cukup mudah. Senyuman mampu menggambarkan diri kamu berada dalam keadaan tenang dan penuh yakin.
• Jangan mudah mengalah dengan perasaan gugup. Majoriti penceramah popular atau terbaik turut mempunyai perasaan gugup di awal penyampaian mereka. Jadi jangan khuatir sekiranya kamu memiliki perasaan gugup ini, walau bagaimanapun kamu perlu bijak mengawal perasaan gugup kamu itu.
• Ingin perhatian dari khalayak? Mudah saja! Kamu perlu pelbagaikan intonasi ucapan kamu. Jangan biarkan ucapan kamu kedengaran mendatar sahaja.


CEMAS

Yang perlu dilakukan. Biasakan diri memulakan perbualan dengan senyuman. Harus diingat, orang lebih suka mendekati atau berbual dengan anda sekiranya anda mempamerkan senyuman.
  • Apabila berbual dengan seseorang, lihat muka orang yang bercakap itu. Jangan lemparkan pandangan ke merata tempat kerana ada orang menganggap anda tidak berterus-terang sekiranya anda tidak memandang muka orang yang bercakap.
  • Duduk tegak atau berdiri lurus apabila bercakap. Anda akan bernafas dengan betul dan dapat bercakap dengan jelas. Setiap patah perkataan hendaklah diucapkan dengan jelas dan jangan bercakap terlalu perlahan atau seolah mengomel. Jangan bercakap terlalu cepat, ia boleh menyebabkan pendengar tidak dapat menerima semua perkataan anda.
  • Tarik nafas seketika dengan cepat sebelum anda memulakan percakapan. Hal ini akan membuatkan anda berasa lebih selesa dan lapang.
  • Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan perkataan. Mana tahu ada perkataan yang mungkin menyakitkan hati teman-teman yang lain.
  • Berhati-hati dengan perkara yang mahu dicakapkan kerana hal ini dapat membantu melancarkan perbualan anda.
  • Menyampuk ialah satu perbuatan yang tidak disenangi. Biarkan dia habis memberikan pandangan atau pendapatnya dahulu.
  • Belajar mengawal suara anda dan anda akan dapati cara itu boleh mempengaruhi tumpuan orang.Jika berasa tidak tenang atau menggigil, cubalah juga untuk bercakap.
  • Jika tidak, tumpukan perhatian dengan mendengar dan bernafas dengan betul sehingga hilang perasaan gementar

Yang perlu dielakkan

  • Bersungut atau bercakap seperti bercakap seorang diri boleh menyebabkan anda kehilangan rakan berbual. Mereka tidak berminat untuk mendengarnya. Melatih otot-otot muka ketika berseorangan dapat membantu masalah ini.
  • Suara mengikut perasaan. Sekiranya perasaan anda tertekan, anda tentu bersuara tinggi. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan. Hal ini akan mengurangkan tekanan perasaan anda.
  • Elakkan daripada terlalu riang atau bercakap terlalu banyak kerana ia hanya akan menyebabkan orang lain tidak memahami apa yang anda perkatakan.
  • Jangan meninggikan suara apabila bercakap. Jika anda menggunakan kata-kata berupa arahan, marah atau merajuk, orang lain akan menerimanya dengan agresif dan mereka akan menyampah dengan perangai anda.
  • Jangan kelihatan malas atau becakap sambil lewa. Keadaan ini hanya akan mengeruhkan suasana dan orang akan memandang negatif terhadap anda.

10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap

Kebolehan berucap menjadi kriteria utama mengukur kemampuan anda berhadapan degnan sesiapapun. Sebagai contoh, pembentangan kertas kerja di hadapan ahli lembaga pengarah, pelanggan atau rakan sekerja memerlukan keberanian dan keyakinian diri yang tinggi. Contoh terdekat dalam Islam dan perlu dipraktikkan ialah apabila melihat kelantangan dan keberanian Asma' bt Yazid, seorang pemidato wanita terulung kerana keberanian dan kepandaiannya berhujah.Perasaan gementar adalah perkara biasa bagi anda yang jarang memberikan ucapan di khalayak ramai. Ini menunjukkan anda seorang yang mahu melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun, perasaan gementar yang keterlaluan tidak akan membantu anda untuk maju kerana pihak atasan gagal melihat kebolehan anda berucap. Berikut adalah cara sesuai untuk anda mengawal perasaan gementar dan menjadikan ucapan anda lebih berkesan dan sukar dilupakan.

1. Biasakan diri dengan ruang atau tempat berhujahBagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.

2. Kenal pasti penontonUcapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurangan apabila anda berdiri di hadapan mereka nanti.

3. Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkanSekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.

4. BersantaiJangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti. Jika tidak, anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.

5. Bayangkan diri anda sedang berucapBayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan meyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya. Insya Allah.

6. Yakini diri bahawa orang lain mahu anda berjaya menyampaikan ucapanPenonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya ucapan anda mempunyai kriteria ini, pastinya anda akan berjaya.

7. Jangan memohon maafSekiranya anda menyatakan kegementaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda hanya akan membuatkan penonton mengimbas kembali dan cuba mengenal pasti di manakah kesilapan tersebut. Jangan sekali-kali melakukan perkara ini.

8. Tumpukan perhatian kepada isu utama Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda memberi penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.

9. Tukarkan perasaan gementar kepada tenaga positifKekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.

10. Kutip pengalamanPengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...