Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

17.8.09

MERDEKA !!!!!!!



Nampak gaya sekali lagi ruang minda kita digegarkan oleh perkataan ini. Tarikh keramat yang menyingkap pelbagai kerja, cetusan idea dan pengalaman silam. Yang pasti si pemuisi akan mula bermadah pujangga dalam mencoretkan kata2 berbisa dgn bersenjatakan pena. Si kontraktor pula akn sibu melayan kerja2 yang memerlukan mereka memasang bendera dan menjalankan kerja2 upgrade di kawasan2 setempat.

  • Aku . . memerhati
  • Yang aku nampak semangat semakin pudar dipersekitaran ku
  • Laungan semangat makin sayup2 kedengaran
  • Lambaian bendera merah, kuning putih makin sedikit dijalanan dan didada bangunan
  • Tebaran bendera di kedai2 cina tidak semerah dulu
  • Sapaan bendera di hujung2 buritan perahu dan bot air semakin kurang menyerlah
  • KENAPA ???????
  • adakah sememangnya semangat kemerdekaan itu memang kian pudar
  • adakah kerana angkara politik yang menjadi petualang kemerdekaan itu
  • adakah kerana hidupnya dizaman moden mengikis kesan penjajahan itu
  • adakah kerana dek pertarungan parti2 pemerintah
  • atau . .
  • adakah dek kerana H1N1
dimana gurisan terakhir nada merdeka anda kini . . .

12.8.09

H1N1



Melihat kepada perkembangan H1N1 di sekolah. Ia semakin membimbangkan bila ramai guru dah berubah menjadi pegawai kesihatan (bila pakai penutup mulut) dan ramai belajar mula melawat kaunter pelajar dgn meminta pas keluar (klinik) dll.

Justeru, saya nak bagi satu nasihat buat semua. Jika dah takde kain, tisu, lakukan cara ini agar anda tidak menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

1. Amalkan tutup mulut bila batuk. W/pun itu sekadar batuk2 kecil @ berdehem.
2. Kalau nak batuk, angkat baju (atas, bhgn dekat dagu) dan batuklah ke dalam baju anda. Paling tidak pun percikan air liur akan melekat di baju dan tidak beterbangan di udara.
3. Kalau dah rasa badan tu lain macam je, sentiasa bawa tuala kecil @ sapu tangan kemana2 shj. Hormati orang lain dalam menangani situasi ini.
4. Jarakkan kedudukan anda semasa bercakap dgn orang ramai.

9.8.09

Pelajar Bijak - Oleh Dr. Ismail Zain



Ramai dalam kalangan pelajar yang cuba membanding-bandingkan tahap pencapaian antara mereka. Dalam keadaan ini apabila prestasi seseorang itu tinggi, ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "pandai", dan jika prestasi seseorang itu rendah ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "bodoh".

Sebenarnya dalam proses pembelajaran tidak ada siapa yang dianggap "pandai" atau "bodoh". Seseorang pelajar yang menganggapkan dirinya pandai akan berakhir dengan sikap yang angkuh serta tidak mahu bekerjasama dengan pelajar lain. Pelajar ini juga sering kali enggan menghadiri kelas tambahan dengan alasan mereka sudah memahami topik pembelajaran tersebut.
Begitu juga dengan pelajar yang menganggapkan diri mereka "bodoh" berakhir dengan perasaan rendah diri serta tidak mampu bersaing dengan pelajar lain. Mereka juga sering ponteng dalam kelas-kelas tambahan dengan alasan mereka tidak mampu belajar dan menganggapkan pelajaran itu amat susah untuk difahami.

Dalam hal ini kita harus menjadi seorang pelajar yang "bijak". Pelajar bijak akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk membaiki diri. Walaupun mereka sudah memahami pelajaran yang diajar oleh guru tetapi sanggup datang semula ke kelas-kelas tambahan, bertanya dengan guru, mencari bahan di pusat sumber serta berbincang dengan rakan-rakan dengan harapan prestasi yang baik itu dapat dikekalkan.
Bagi pelajar yang prestasinya rendah tetapi bijak akan sentiasa berfikiran positif. Mereka tidak berputus asa malah berusaha dengan sepenuh jiwa untuk menghadiri sebarang kelas tambahan atau sanggup mencari pelbagai bahan untuk dijadikan rujukan ke arah membuat penambahbaikan diri.

Sebagai semakan pelajar bijak mempunyai ciri-ciri diri seperti berikut:
Percaya kepada kebolehan diri yang dianugerahkan Allah. Walaupun Allah menentukan segala-galanya tetapi manusia harus merancang. Kita dilahirkan bukan untuk gagal tetapi untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk berjaya usaha harus dilakukan secara sepenuhnya dengan menggunakan kebolehan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
Tidak menyalahkan sesiapa dalam sesuatu situasi. Tuduh menuduh atau salah menyalahi antara satu sama lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Apa yang harus dilakukan ialah pelajar sendiri harus menerima hakikat sebenarnya, mencari jalan penyelesaian serta membuat penambahbaikan pada diri sendiri.
• Beranggapan bahawa setiap yang susah itu dapat diatasi dengan cara berusaha untuk mengatasinya. Kesusahan dan kesukaran itu ialah cabaran dalam kehidupan. Cabaran pula ialah pengalaman yang mampu mematangkan fikiran serta memperkasakan diri dalam proses mencapai kejayaan.

Justeru, setiap pelajar harus mempunyai sifat yang bijak ketika belajar. Kebijaksanaan mampu mengikis sifat yang negatif serta memupuk sifat jati diri di jiwa pelajar.

Rahsia pelajar super



Percaya pada diri, strategi yang betul dan bertindak berdasarkan matlamat masing-masing merupakan rahsia menjadi pelajar super yang didedahkan oleh pakar pembelajaran dari Singapura, Adam Khoo di Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.
Menurut beliau, kajian menunjukkan sikap, tindakan dan perilaku setiap individu dipengaruhi oleh kepercayaan serta pemikirannya.
Oleh itu, katanya, langkah pertama dan paling penting ialah dengan
menanam tekad serta keyakinan di minda bahawa kita boleh berjaya dengan cemerlang.
"Hal ini akan mempengaruhi usaha dan komitmen kita menjadi pelajar super," kata Adam kepada 1,300 pelajar
sekolah menengah dari 26 sekolah sekitar Lembah Klang.
Justeru, katanya, pelajar perlu percaya kepada potensi dan kebolehan diri masing-masing.
Seterusnya, beliau menasihatkan pelajar supaya bijak memilih rakan dan belajar secara konsisten sejak hari pertama sesi persekolahan.
Syamsyul Azizi Annuar
"Elakkan belajar pada saat-saat akhir kerana ia boleh memberi tekanan," nasihatnya lagi.
Sementara itu, Syamsyul Azizi Annuar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Seremban, Negeri Sembilan, memberitahu, seminar itu bermanfaat untuk membentuk jati diri dan membuka minda pelajar.
"Program ini umpama satu ingatan kepada pelajar untuk sentiasa memperbaiki diri," kata guru Bahasa Inggeris itu.
Selain itu, tambah Syamsyul Azizi, Kelab Domino's yang ditubuhkan di sekolahnya banyak membantu pelajar meningkatkan
kemahiran insaniah dan membina keyakinan diri.Murni Idayu Mat Hassan
Ketua Pelajar SMAP, Mohd Zubair Mustafa, 17, mengakui aktiviti Kelab Domino's berjaya menjadikannya multi tasking dan bijak mengurus organisasi.
"Ia turut meningkatkan kemahiran
keusahawanan saya," katanya.
Manakala rakannya Murni Idayu Mat Hassan, 17, berpendapat, program kendalian Adam Khoo itu berjaya memberi kesedaran dan boleh dijadikan pedoman serta panduan untuk menjadi insan cemerlang.
Zainaba Mohd Hanifa Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama, Zainaba Mohd Hanifa, 16, berkata, program itu seronok dan padat dengan teknik belajar secara berkesan.
"Penuh pengajaran dan memberi inspirasi," ujarnya ringkas.
Bagi Nik Mohd Haqimi Nik Zamani, 16, rahsia pelajar cemerlang sebenarnya terletak pada diri individu itu sendiri.
Nik Mohd Haqimi Nik Zamani
"Jika kita tidak berusaha, segala teknik dan tip yang disampaikan tidak memberi
apa-apa makna," kata pelajar SMK tinggi Kajang, Selangor ini.
Bagaimanapun, dia berhasrat untuk mencuba strategi belajar yang disarankan seperti super memory dan speed reading.

Beware of El Nino, again!




THE arrival of the El Nino phenomenon in the months ahead must ring the alarm bells for public authorities to make thorough preparation in anticipation of water shortage, especially in the remote areas of Sarawak.


The State Meteorological Services has warned that rainfall is expected to fall from 20 to 40 per cent from normal, and that the dry spell is expected to last until end of September and early October.

As wells, water-storage tanks, and water-catchments areas dry up, getting clean water for daily household use will be a problem for rural Sarawak. Once again, we can expect to see the army of trucks and boats carrying water tanks from JKR ferrying this precious necessity from house to house in the outlying areas. Very often, they are the only lifeline for the local residents.

5.8.09

DI PERSIMPANGAN



Kadang2 terfikir juga saya jika ini perlu di'blog'kan, memandangkan ia sesuatu yang kecil

Simpang jalan selirik, airport dan jalan bleteh amat mengelirukan orang diperingkat awalnya bila ia di ubah. Jika dari selirik, ada yang takut berhenti di laluan berhenti (jika nak ke airport). Malah ada kes dimana sebuah kereta cepat2 mengelak (ke kanan) bila melihat ada motosikal berhenti sebentar disana. Sambil itu dia macam marah2. dalam hati saya (saya dari beleteh) . . tak nampak ke dia garisan2 di jalan raya.

Jika dari bleteh dan ke airport pula, ramai yang leka @ jenis yang memang tidak kisah untuk memberi SIGNAL LIGHT ke kiri (airport). Perasaan geram disuarakan orang lain bila mereka terpaksa menunggu untuk tahu sama ada kenderaan akan jalan lurus @ belok kiri. Jika tidak memberi signal, maknanya ia akan bergerak lurus, tapi di saat akhir, dgn selambanya kenderaan itu membelok ke kiri sedangkan dah beberapa SAAT orang menunggu dgn tidak bergerak kerana disangka akan bergerak lurus.

Itulah kesannya bagi orang yang sukar @ lambat nak bagi SIGNAL LIGHT. jadi . . lihat dan teliti lah tanda serta garisan di jalan raya dan bertindak dn bijak bila berhadapan dgn pelbagai keadaan.

Rumput dan Lalang



Berbicara tentang 2 subjek ini mengingatkan saya tentang cara mendekati @ mengatasi individu @ kelompok tertentu. Selain itu, ia memberikan keinginan untuk saya berkongsi kepada semua.

Jika dipadang, bukit @ huma kita, 2 benda ni akan pasti akan hidup. Namun, ia berkait rapat dengan bagaimana kita bertindak terhadapnya. Selalunya jika kawasan tertentu @ huma DIBAKAR, semua hidupan akan lenyap. Jika ia dibiarkan begitu untuk satu tempoh, apa akan berlaku ? Rumput @ lalang yang akan tumbuh dulu? Pastinya lalang. Kerana benihnya diterbangkan oleh ribut dari pelbagai tempat dan terlekat lalu hidup di situ. Sedangkan rumput akan lambat tumbuh kerana akar yang masih hidup ada jauh di dalam tanah. Lalang akan mula tumbuh dan jika dibakar lagi, proses sama akan tetap berlaku dan lalang akan tumbuh lagi.

Sebaliknya, jika DIPOTONG (mesin rumput), rumput yang kental akan mula tumbuh. Akar2 yang dah stabil di dalam tanah akan terus hidup walapun dipotong. Lama-kelamaan, lalang akan terhad kawasan pertumbuhannya dan rumput2 cantik akan berterusan hidup. Walaupun lalang agak kelihatan cantik bila ditiup angin. Kadang2 dicelah lalang itu terhimpun sampah, besi, kayu tajam namun dan lain-lain. Saya pasti kita lebih suka rumput yang pendek dan hijau, dimana kita boleh duduk dan berehat di atasnya.

PEMBAKARAN kadang2 memberi simbol signifikan dalam hidup kita. Jika kita menghadapi sesuatu perkara dan mengambil tindakan membakarnya, ia seolah2 melampiaskan kemarahan kita kepada seseorang @ objek. Ini selalunya bukan penyelesaian terbaik. Dengan keadaan marah, ia memberi kesan kepada kita dan pihak yang satu lagi. Kalaupun masalah diselesaikan (kawasan rumput dibakar) tapi mungkin kesan lain akan wujud (seperti lalang yang mula wujud jika dibiarkan seketika waktu).

Sebaliknya jika tindakan MEMOTONG (pendekatan disiplin/ kasih/ prihatin/ bersabar pada setiap masa) dilakukan, ia mungkin payah bagi sesetengah orang tapi kesannya adalah rumput2 hijau yang baik (akan dapat wujud nilai kasih, hormat berterima kasih dan bangga) selepas @ semasa sesuatu perkara itu ditangani.

Fikirkan semula bagaimana anda bertindak selama ini. Adakah rumput @ lalang yang anda saksikan dalam persekitaran hidup anda.

'CUBAAN FONT LARGE'


Ini hari saya



Hari ini saya sangat bangga dengan hasil kerja saya selepas mendapat feedback dari pihak berkenaan. Bukan sebelum ni tak de tapi rasanya bagus sekarang ini ia dicoretkan dalam bolg ni sebagai ingatan kepada saya di suatu masa nanti.
Beberapa kes yang lepas membuat saya terfikir dan berasa bangga bila ada klien yang membuat tindakan baik/ positif setelah berjumpa dengan saya. Misalnya meluangkan masa dengan berbincang dengan guru, memohon maaf. Malah sampai guna mesej/ telefon lagi tu, meminta maaf dari guru2 mereka. Jadi bila benda ini sampai kepada saya saya mengandaikan USAHA semua itu sangat penting bila ada guru yang refer pelajar-pelajar pada saya (selain mengambil tindakan lain yang dirasakan sesuai). Budak2 ni tidak semestinya jahat. Ada yang terleka, terlalai, mudah hilang fokus. Cuma bila ‘silap hari bulan’ je ada kes bergaduh, sumpah dan lain-lain terjadi.
Saya percaya sebagai seorang individu yang normal, niat jahat seperti itu memang hanya sekelumit Cuma. Yang ada hanya pencarian jalan penyelesaian yang kadang2 tidak dipersetujui bersama kerana nilai berbeza, status tidak sama @ masalah yang pelbagai. Justeru, bagi saya sebagai seorang kaunselor, ia adalah lumrah dan adat di dunia ini yang akan MEMATANGkan dan. Asam garam itu perlu dalam mencorakkan dunia anda agar lebih matang dan ceria lagi. Termasuk dengan rakan guru. Bagi saya ia adalah satu pengalaman baru untuk kita pada setiap hari tentang bagaimana menghadapi karenah budak, bagaimana menilai tahap kesabaran kita selama ini. Ini kerana menyebutnya adalah amat mudah. Mengajar tentang kesabaran amat senang tetapi dikala kita menghadapi kemarahan yang amat sangat, adakah kita mampu bersabar. Adakah sesuatu nilai itu ada pada kita sewaktu kita betul2 perlukannya. Jika belum . . laluilah semua situasi yang ada agar menjadi lebih baik. Namun, jika nilai2 itu berlambak2 dalam kita maka, anda adalah individu yang kaya dengan nilai2 yang baik dan kongsi2kan itu dengan semua orang termasuk murid2 kesayangan anda.
Buat budak2 pelajar, terima kasih sebab membiarkan diri anda melalui cabaran hidup anda dan menjadi semakin matang setiap hari. Jika seorang individu yang merokok di zaman sekolahnya boleh berhenti bila dah dewasa ia adalah kerana faktor keadaan semasa. Dan individu tersebut masih ada kuasa untuk mengubah dunianya menjadi lebih indah dan lebih baik.

3.8.09

MGKK - Ceramah Di SK Kampong Baru, Kapit



MGKK - Ceramah Di SK Kampong Baru, Kapit
Walaupun bertindak sebagai guru kaunseling, namun pembawaan MGKK tidak ditinggalkan. Atas kerjasama bersama cikgu Francis, prog ini dapat dilaksanakan sesuai dgn keperluan dan masa. Semoga anak2 tahun 6 ini akan berjaya dalam UPSR masing2
Penyampaian cenderamata oleh YDP PIBG SK Kpg Baru, turut kelihatan (Kiri) ialah En Francis (PK KK)
Murid sekolah diajak menyanyikan lagu Gemilang sebelum sesi dimulakan bagi mengambil mood motivasi
Siap angkat2 tangan lagi tu
3 kumpulan pelajar digunakan bagi mengajar tentang 'teknik belajar yang betul'

Rumusan : Seramai 32 orang murid telah terlibat sama bersama para penceramah yang pelbagai termasuk YDP PIBG dan Jab Polis Kapit.
Semoga anak akan melakukan apa yang telah diajar oleh guru2 dan dorongan dari semua penceramah. Usaha anda tidak akan sia2. Lakukan yang terbaik dan SELAMAT BERJAYA dalam UPSR 2009.

1.8.09

JALAN2 ambik GAMBAR



Gambar - ikan2 dgn harga bermula dari RM10 sekilo, buah durian dah mula banyak dgn harga bermula RM10 seikat. Cili berwarna ungu, sesuai pula dgn plastik alasnya. Bunga2 liar- di laluan airport. Pau - sarapan sementara menukar 4T motosikal. Binatang (Musang) - siap dibuang bulu. Ikan tialpian - memang besar (sekilo lebih kali seeokr ia)

Gambar: PSKPP main bola kat belakang rumah. I tgk2 je. Ekspress khas angkat barang2 ke hulu sungai. JJ dgn spec hitam. Kren - paling diminati J. Aksi jual menjual barang. sapa rajin n kurang malu, banyak la rezekinya. Cili ungu - si penjual tersenyum bila i ambik gambar

Alkisah : Pagi sabtu ni rasa2nya xde apa nak buat. So nak spend time dgn anak2, so i bawa JJ jalan2 sambil ambik gambar. Selain tu nak tengok kemeriahan para pemain PSKPP yang bertandang ke Kapit dan gelagat manusia di pasar. Memang sibuk nampaknya bila ramai yang dah nak balik ke Sibu. sampai ada dah duduk di bumbung ekspress. Bukan itu sahaja, di Market Teresang, jualan pelbagai hasil2 hutan Kapit turut meriah dgn gambar2 spt kat atas tu. Ada yang main alat muzik tradisonal iban (sebab x berkesempatan sebelum ini) dll lagi. Wharft ekspress turut sibuk dgn gelagat orang ramai yang membeli barang, angkat barang, menjual, membeli, parking kereta, melepak, berbual2, terjerit2, memberi tanda isyarat dll.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...