Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

5.8.09

Ini hari saya



Hari ini saya sangat bangga dengan hasil kerja saya selepas mendapat feedback dari pihak berkenaan. Bukan sebelum ni tak de tapi rasanya bagus sekarang ini ia dicoretkan dalam bolg ni sebagai ingatan kepada saya di suatu masa nanti.
Beberapa kes yang lepas membuat saya terfikir dan berasa bangga bila ada klien yang membuat tindakan baik/ positif setelah berjumpa dengan saya. Misalnya meluangkan masa dengan berbincang dengan guru, memohon maaf. Malah sampai guna mesej/ telefon lagi tu, meminta maaf dari guru2 mereka. Jadi bila benda ini sampai kepada saya saya mengandaikan USAHA semua itu sangat penting bila ada guru yang refer pelajar-pelajar pada saya (selain mengambil tindakan lain yang dirasakan sesuai). Budak2 ni tidak semestinya jahat. Ada yang terleka, terlalai, mudah hilang fokus. Cuma bila ‘silap hari bulan’ je ada kes bergaduh, sumpah dan lain-lain terjadi.
Saya percaya sebagai seorang individu yang normal, niat jahat seperti itu memang hanya sekelumit Cuma. Yang ada hanya pencarian jalan penyelesaian yang kadang2 tidak dipersetujui bersama kerana nilai berbeza, status tidak sama @ masalah yang pelbagai. Justeru, bagi saya sebagai seorang kaunselor, ia adalah lumrah dan adat di dunia ini yang akan MEMATANGkan dan. Asam garam itu perlu dalam mencorakkan dunia anda agar lebih matang dan ceria lagi. Termasuk dengan rakan guru. Bagi saya ia adalah satu pengalaman baru untuk kita pada setiap hari tentang bagaimana menghadapi karenah budak, bagaimana menilai tahap kesabaran kita selama ini. Ini kerana menyebutnya adalah amat mudah. Mengajar tentang kesabaran amat senang tetapi dikala kita menghadapi kemarahan yang amat sangat, adakah kita mampu bersabar. Adakah sesuatu nilai itu ada pada kita sewaktu kita betul2 perlukannya. Jika belum . . laluilah semua situasi yang ada agar menjadi lebih baik. Namun, jika nilai2 itu berlambak2 dalam kita maka, anda adalah individu yang kaya dengan nilai2 yang baik dan kongsi2kan itu dengan semua orang termasuk murid2 kesayangan anda.
Buat budak2 pelajar, terima kasih sebab membiarkan diri anda melalui cabaran hidup anda dan menjadi semakin matang setiap hari. Jika seorang individu yang merokok di zaman sekolahnya boleh berhenti bila dah dewasa ia adalah kerana faktor keadaan semasa. Dan individu tersebut masih ada kuasa untuk mengubah dunianya menjadi lebih indah dan lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...