Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

9.8.09

Rahsia pelajar super



Percaya pada diri, strategi yang betul dan bertindak berdasarkan matlamat masing-masing merupakan rahsia menjadi pelajar super yang didedahkan oleh pakar pembelajaran dari Singapura, Adam Khoo di Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.
Menurut beliau, kajian menunjukkan sikap, tindakan dan perilaku setiap individu dipengaruhi oleh kepercayaan serta pemikirannya.
Oleh itu, katanya, langkah pertama dan paling penting ialah dengan
menanam tekad serta keyakinan di minda bahawa kita boleh berjaya dengan cemerlang.
"Hal ini akan mempengaruhi usaha dan komitmen kita menjadi pelajar super," kata Adam kepada 1,300 pelajar
sekolah menengah dari 26 sekolah sekitar Lembah Klang.
Justeru, katanya, pelajar perlu percaya kepada potensi dan kebolehan diri masing-masing.
Seterusnya, beliau menasihatkan pelajar supaya bijak memilih rakan dan belajar secara konsisten sejak hari pertama sesi persekolahan.
Syamsyul Azizi Annuar
"Elakkan belajar pada saat-saat akhir kerana ia boleh memberi tekanan," nasihatnya lagi.
Sementara itu, Syamsyul Azizi Annuar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Seremban, Negeri Sembilan, memberitahu, seminar itu bermanfaat untuk membentuk jati diri dan membuka minda pelajar.
"Program ini umpama satu ingatan kepada pelajar untuk sentiasa memperbaiki diri," kata guru Bahasa Inggeris itu.
Selain itu, tambah Syamsyul Azizi, Kelab Domino's yang ditubuhkan di sekolahnya banyak membantu pelajar meningkatkan
kemahiran insaniah dan membina keyakinan diri.Murni Idayu Mat Hassan
Ketua Pelajar SMAP, Mohd Zubair Mustafa, 17, mengakui aktiviti Kelab Domino's berjaya menjadikannya multi tasking dan bijak mengurus organisasi.
"Ia turut meningkatkan kemahiran
keusahawanan saya," katanya.
Manakala rakannya Murni Idayu Mat Hassan, 17, berpendapat, program kendalian Adam Khoo itu berjaya memberi kesedaran dan boleh dijadikan pedoman serta panduan untuk menjadi insan cemerlang.
Zainaba Mohd Hanifa Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama, Zainaba Mohd Hanifa, 16, berkata, program itu seronok dan padat dengan teknik belajar secara berkesan.
"Penuh pengajaran dan memberi inspirasi," ujarnya ringkas.
Bagi Nik Mohd Haqimi Nik Zamani, 16, rahsia pelajar cemerlang sebenarnya terletak pada diri individu itu sendiri.
Nik Mohd Haqimi Nik Zamani
"Jika kita tidak berusaha, segala teknik dan tip yang disampaikan tidak memberi
apa-apa makna," kata pelajar SMK tinggi Kajang, Selangor ini.
Bagaimanapun, dia berhasrat untuk mencuba strategi belajar yang disarankan seperti super memory dan speed reading.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...