Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

5.8.09

Rumput dan Lalang



Berbicara tentang 2 subjek ini mengingatkan saya tentang cara mendekati @ mengatasi individu @ kelompok tertentu. Selain itu, ia memberikan keinginan untuk saya berkongsi kepada semua.

Jika dipadang, bukit @ huma kita, 2 benda ni akan pasti akan hidup. Namun, ia berkait rapat dengan bagaimana kita bertindak terhadapnya. Selalunya jika kawasan tertentu @ huma DIBAKAR, semua hidupan akan lenyap. Jika ia dibiarkan begitu untuk satu tempoh, apa akan berlaku ? Rumput @ lalang yang akan tumbuh dulu? Pastinya lalang. Kerana benihnya diterbangkan oleh ribut dari pelbagai tempat dan terlekat lalu hidup di situ. Sedangkan rumput akan lambat tumbuh kerana akar yang masih hidup ada jauh di dalam tanah. Lalang akan mula tumbuh dan jika dibakar lagi, proses sama akan tetap berlaku dan lalang akan tumbuh lagi.

Sebaliknya, jika DIPOTONG (mesin rumput), rumput yang kental akan mula tumbuh. Akar2 yang dah stabil di dalam tanah akan terus hidup walapun dipotong. Lama-kelamaan, lalang akan terhad kawasan pertumbuhannya dan rumput2 cantik akan berterusan hidup. Walaupun lalang agak kelihatan cantik bila ditiup angin. Kadang2 dicelah lalang itu terhimpun sampah, besi, kayu tajam namun dan lain-lain. Saya pasti kita lebih suka rumput yang pendek dan hijau, dimana kita boleh duduk dan berehat di atasnya.

PEMBAKARAN kadang2 memberi simbol signifikan dalam hidup kita. Jika kita menghadapi sesuatu perkara dan mengambil tindakan membakarnya, ia seolah2 melampiaskan kemarahan kita kepada seseorang @ objek. Ini selalunya bukan penyelesaian terbaik. Dengan keadaan marah, ia memberi kesan kepada kita dan pihak yang satu lagi. Kalaupun masalah diselesaikan (kawasan rumput dibakar) tapi mungkin kesan lain akan wujud (seperti lalang yang mula wujud jika dibiarkan seketika waktu).

Sebaliknya jika tindakan MEMOTONG (pendekatan disiplin/ kasih/ prihatin/ bersabar pada setiap masa) dilakukan, ia mungkin payah bagi sesetengah orang tapi kesannya adalah rumput2 hijau yang baik (akan dapat wujud nilai kasih, hormat berterima kasih dan bangga) selepas @ semasa sesuatu perkara itu ditangani.

Fikirkan semula bagaimana anda bertindak selama ini. Adakah rumput @ lalang yang anda saksikan dalam persekitaran hidup anda.

'CUBAAN FONT LARGE'


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...