Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

31.10.09



PANDUAN MEMBINA BLOG 2 (BLOGGER)

Posted by Cikgu Khai December 22, 2008
Pada postingan yang lalu saya telah pun memberikan panduan bagaimana membina blog. Tetapi saya rasakan ianya kurang kemas. Pada kali ini saya berikan panduan yang lebih detail dan jelas semoga dapat membantu kepada mereka yang ingin mula berblogging.Klik gambar untuk lihat lebih jelas.


Langkah pertama. Sila buka laman web Google Blogger. Anda akan dapati laman dengan gambar seperti di atas. Klik anak panah warna merah "CREATE YOUR BLOG NOW" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah Kedua. Anda akan lihat paparan muka "Create a Google Account" seperti dalam gambar di stas. Untuk mendaftar sila isi semua ruangan yang disediakan:-

  • Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar. Bagi yang belum ada buatlah emel samada di Google, Yahoo, Hotmail dsbg...

  • Retype Email Address: Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.

  • Enter a Password: Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger.

  • Retype Password: Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.

  • Dispaly Name: Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti.

  • Word Verification: Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul.

Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik panah "CONTINUE" untuk langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.

Klik gambar untuk lihat yang lebih jelas.

Langkah ketiga. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di atas untuk menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-

  • Blog Title. Isikan ruangan ini dengan tajuk (title) yang berkaitan dengan isi tulisan bakal ditulis dalam blog anda. Sebarang Tajuk. Tajuk ini akan dipaparkan nanti dalam 'dashboard' anda, dalam blog anda dan dalam profil anda.

  • Blog Address (URL). Pilih nama yang sesuai dan masukkan nama blog anda dalam ruangan ini (http://NamaBlogAnda.blogspot.com). Alamat URL ini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membuka dan membaca blog anda, jadi anda kena catatkan alamat ini. Selepas menaip nama blog anda klik dulu "Check Availability untuk menyemak nama yang anda taip belum digunakan oleh orang lain serta dibenar untuk digunakan.

  • Word Verification. Masukkan huruf-huruf yang sedia dipaparkan diatas itu dalam ruangan ini, sama dan tepat seperti huruf yang dipaparkan.
Setelah lengkap ditaip sila klik panah "CONTINUE" unruk langkah berikutnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keempat. Memilih 'template' untuk blog anda. Dalam paparan muka ini ada disediakan gambar dua belas (12) jenis template dengan gambar contohnya, (lihat gambar di atas), skroll keatas dan kebawah untuk melihat semuanya dan pilih satu yang anda suka. Nama dua belas template tersebut adalah seperti berikut:-

  • Minima

  • Minima Black

  • Dots

  • Son of Moto

  • No.897

  • Scribe

  • TicTac

  • Thisaway Rose

  • Snapshot

  • Rounders 3

  • Dots Dark

  • Sand Dollar

Klik pada butang bulat gambar blog tersebut untuk memilih satu yang anda suka kemudian klik "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.


Langkah kelima. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di atas. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat URL blog anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.

Klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keenam. Akhir anda telah berjaya sampai di sini, dimana dalam paparan bahagian ini anda akan menulis dalam ruang yang disediakan apa-apa sahaja cerita-cerita yang ingin anda tulis dan sampaikan kepada pembaca blog anda nanti. Sila beri tajuk artikel yang akan anda tulis dan masukkan dalam ruangan "Title:" di atasnya. Selesai menaip anda kena klik pada "PUBLISH POST" untuk dipaparkan dalam blog anda. Google akan 'save' pos anda selepas itu dan anda boleh klik pada "View Blog" untuk melihat rupa blog yang anda tulis.
Anda mungkin juga meminati:

30.10.09



SPA di dewan suarah

sampai tak sempat nak upload - macam2 berlaku
sewaktu membawa budak2 untuk menyertai SPA



pameran AADK



khidmat percuma dari jabatan kesihatan



PASCA PMR 2009

ini beberapa gambar yang sempat di ambil. tunggu je la yang lain

banyak benda budak2 ni buat, dari games ceramah dll lagi


ini pula senaman, poco2 dan tarian



opps apesal pulak ni masuk sini. suasana di kantin sekolah.



kreativiti pelajar dgn bimbingan guru




PBSM pun buat gempak dgn demo cpr ni
yang lain tu tunggu je ye

29.10.09



'runtuh sekelip mata'

Laporan oleh Ridzuan Yop, Shamsul Kamal Amarudin, Jalal Ali Abd Rahim, Nurhayati Abllah, Haspaizi Mohd Zain, Rosdalilah Zahari dan Yusliza Yakimir Abd Talib


KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin.

  • 1 maut
  • 2 hilang
  • 294 murid

    Murid terselamat sempat berpaut pada kabel, terhumban dalam air cetek

    KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin.

    Menceritakan detik cemas itu, Mohd Azid Teng, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bemban, berkata dia bernasib baik kerana terhumban ke kawasan air cetek berhampiran tebing sungai dan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang mengorbankan seorang murid, manakala dua lagi masih hilang.

    Kejadian jam 10.30 malam berlaku ketika 30 hingga 50 murid dan seorang guru yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia, di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan sedang menyeberangi jambatan selepas jamuan lewat malam di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di seberang tapak perkhemahan itu.

    Sebahagian lagi murid berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada kabel jambatan sepanjang 50 meter yang baru siap kira-kira sebulan lalu, sebelum diselamatkan oleh beberapa guru serta seorang pengawal keselamatan yang terjun ke sungai.



  • Mayat mangsa yang lemas, Dina Deve a/p Nathan, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, di sini ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 8.30 pagi semalam, berhampiran loji bekalan air sungai berkenaan, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

    Dua murid yang belum ditemui ialah M Darapharshini, 11, dari sekolah yang sama dan N Divyahshree, 12, dari SJKT Gopeng.

    Ketika kejadian paras sungai yang biasanya agak cetek, meningkat sehingga 1.5 meter dan berarus deras kerana hujan lebat di kawasan Gopeng yang terletak di hulu sungai.

    Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga jam 3 pagi, tiada maklumat mengenai anak mereka.

    Suasana bertambah kelam- kabut apabila penganjur perkhemahan membuat kiraan dan mendapati 22 murid didapati hilang, tetapi berubah tenang apabila pihak berkuasa mengesahkan hanya tiga yang hilang.

    Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, ketika ditemui di tempat kejadian berkata operasi mencari dihentikan jam 7 petang berikutan hujan serta cuaca yang semakin gelap dan sambung jam 7 pagi ini.

    Mangsa adalah antara 294 murid Tahun Empat, Lima dan Enam dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai kokurikulum perkhemahan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

    Perkhemahan yang membabitkan 23 guru itu dijadualkan bermula semalam hingga esok dan mula mendaftar sejak jam 3 petang kelmarin. Ia adalah yang kedua dianjurkan PPD Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya, minggu lalu. Perkhemahan yang sama diadakan serentak di daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

    Peserta perkhemahan daripada pelbagai bangsa untuk menggalakkan mereka berinteraksi.

    Bongkah konkrit tapak tiang besi yang mengikat kabel tercampak kira-kira 10 meter, manakala sebahagian lantai jambatan masih di permukaan sungai.

    sumber : Berita Harian

    berita utama di akhbar Berita Harian...
    aku copy & paste aje...

    26.10.09

    Tahukah Anda? : R-A-H-M-A-N



    Tahukah Anda? Ehsan internet


    Selesainya upacara Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun pagi tadi, maka lengkaplah susunan yang yang dikesan sejak pelepasan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir kepada Abdullah Ahmad Badawi iaitu RAHMAN.


    R – Tunku Abdul Rahman

    A – Tun Abdul Razak

    H – Tun Hussein Onn

    M – Tun Mahathir Mohamad

    A – Tun Abdullah Ahmad Badawi

    N – Datuk Seri Najib Razak

    Beauty of Math



    1 x 8 + 1 = 9
    12 x 8 + 2 = 98
    123 x 8 + 3 = 987
    1234 x 8 + 4 = 9876
    12345 x 8 + 5 = 98765
    123456 x 8 + 6 = 987654
    1234567 x 8 + 7 = 9876543
    12345678 x 8 + 8 = 98765432
    123456789 x 8 + 9 = 987654321

    1 x 9 + 2 = 11
    12 x 9 + 3 = 111
    123 x 9 + 4 = 1111
    1234 x 9 + 5 = 11111
    12345 x 9 + 6 = 111111
    123456 x 9 + 7 = 1111111
    1234567 x 9 + 8 = 11111111
    12345678 x 9 + 9 = 111111111
    123456789 x 9 +10= 1111111111

    9 x 9 + 7 = 88
    98 x 9 + 6 = 888
    987 x 9 + 5 = 8888
    9876 x 9 + 4 = 88888
    98765 x 9 + 3 = 888888
    987654 x 9 + 2 = 8888888
    9876543 x 9 + 1 = 88888888
    98765432 x 9 + 0 = 888888888
    987654321 x 9 – 1 = 8888888888
    9876543210 x 9 – 2 = 88888888888

    Brilliant, isn’t it?
    And look at this symmetry:

    1 x 1 = 1
    11 x 11 = 121
    111 x 111 = 12321
    1111 x 1111 = 1234321
    11111 x 11111 = 123454321
    111111 x 111111 = 12345654321
    1111111 x 1111111 = 1234567654321
    11111111 x 11111111 = 123456787654321
    111111111 x 111111111=12345678987654321

    Now, take a look at this…101%
    From a strictly mathematical viewpoint:What Equals 100%?What does it mean to give MORE than 100%?Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.
    How about ACHIEVING 101%?
    What equals 100% in life?

    Here’s a little mathematical formula that might help answer these questions:
    If:A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
    Is represented as:1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

    If:H-A-R-D-W-O-R- K
    8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
    And:K-N-O-W-L-E-D-G-E
    11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
    But:A-T-T-I-T-U-D-E
    1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
    THEN,look how far the love of God will take you:

    L-O-V-E-O-F-G-O-D
    12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

    Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
    While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there,It’s the Love of God that will put you over the top!

    21.10.09

    TABAH



    TABAH
    [info net]
    Walaupun saya berjanji nak bagi info tentang SPPDa (dadah) tapi info ini menarik hati saya untuk berkongsi dgn anda semua. Ia bukan bertujuan mengaibkan tapi saya kagum dgn KETABAHAN dan semangat nya. inilah produk yang dijualnya
    inilah dia pakcik penjual tu
    inilah gelagat serta usahanya
    inilah kenderaannya utk berjaja. Terfikir pula saya tentang hal ini. Adakah kerana dia terbawa2 dgn semangat kerja sehingga ke tua. adakah dia terdesak utk terus mencari duit sehingga tak pernah berhenti mencari rezeki. atau dia seorang yang tabah dan semangat kerja yang tinggi. Fikirkan . .

    20.10.09

    Seminar Pendidikan Pencegahan Peringkat Negeri di SMK Kapit 2



    Setelah menggantung banner di pintu masuk SMK Kapit No.2 bersama cikgu Mohd. Danial
    Cikgu Steward (orang kuat SPPDa Kapit) bersama aweks2 Kapit

    Seminar Pendidikan Pencegahan Peringkat Negeri di SMK Kapit 2 kini bermula. Program yang akan berakhir pada hari Jumaat ini akan diisi dgn pelbagai aktiviti menarik. Saksikan pelayarannya dari blog ini.
    Gambar . . . tunggu . . .

    15.10.09



    PASCA PMR 2009
    Ia telah bermual dan SM Teknik Sibu telah mengaktifkan pengisian program tersebut dgn ceramah promosi untuk pelajar2 k.
    terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi
    sesi soal jawab sedang berlangsung

    para pelajar ting. 3 sedang asyik mendengar ceramah tersebut

    Rumusan:
    borang2 ada disediakan oleh pihak sekolah, namun borang boleh juga didapati secara online.
    PMR 2009
    inilah antara gelagat dan kenangan bergambar PMR tahun ni
    agaknya excited dgn jawapan yang telah diberikan
    Semoga para pelajar akan terus mara menuju kejayaan di masa depan
    guru kaunseling SMK Selirik

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...