Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

7.10.09

Jom Masuk U



MAKLUMAN

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP JPT) bagi semua kategori telah ditutup.
  • Ambilan Disember akan dikendalikan sendiri oleh IPTA berkaitan tetapi tidak semua IPTA membuat pengambilan kedua atau second intake.
  • Sila hubungi Bahagian Akademik IPTA atau merujuk laman web IPTA untuk mendapatkn maklumat yang tepat berhubung pengambilan kedua ini.


PANDUAN UJIAN MEdSI
  • Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web http://www.mpm.edu.my/ mulai 13 April 2009.
  • Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.
  • NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web upu.mohe.gov.my
  • SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).
  • TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  • MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line.
  • Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  • Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
    JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
  • Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
  • Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
  • Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

LAMAN WEB RASMI (MOHE)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...