Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

5.10.09

PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)



PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)AMBILAN 20091

PENGENALAN
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.

2 PROGRAM YANG DITAWARKAN
Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan beberapa program latihan keguruan praperkhidmatan untuk calon lepas SPM seperti tersebut dibawah :

A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara. A1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : Bachelor of Science (Honours) - Mathematics Bachelor of Science (Honours) - PhysicsBachelor of Science (Honours) - ChemistryBachelor of Science (Honours) - BiologyBachelor of Science (Honours) - Clinical Speech TherapyBachelor of Science (Honours) - Occupational Health TherapyBachelor of Science (Honours) - AudiologyBachelor of Science (Honours) - Clinical PsychologyProgram ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru bagi sekolah menengah dalam mata pelajaran berikut :MatematikFizik Kimia Biologi Pendidikan Khas (Clinical Speech Therapy, Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology) Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 7A termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran yang lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan. Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 2 - 4 semester di institusi pengajian/ kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara. Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat Kursus Persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti United Kingdom, Australia atau New Zealand, selama 6 - 7 semester. Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara selama 2 semester. A2. Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) : a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. b. Institut Kajian Liberal (IKAL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang, Selangor. c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka di luar negara. Aktiviti Tempat Tempoh semester Pengajian Persediaan Kolej Persediaan KPM 2 - 4 semester (mengikut kolej pengajian) Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Khas) Universiti Terkemuka Luar Negara (UK, Aust atau NZ) 6 - 7 semester (mengikut universiti pengajian) Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institusi Pendidikan Guru Malaysia akan ditetapkan oleh KPM 2 semester B. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP).

B1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French as a Foreign Language Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Perancis. Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Perancis. Calon hendaklah telah menduduki ujian kompetensi bahasa Perancis dan memiliki DELF 1. Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 4A termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya B3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 4 semester di institusi pengajian/kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara. Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka negara Perancis, selama 6 semester. Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam negara selama 2 semester. Program Kembar Bahasa Perancis. Aktiviti Tempat Tempoh semester Pengajian Persediaan Institut/ Kolej Pengajian yang ditetapkan oleh KPM 2 semester Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis) Universiti Terkemuka Negara Perancis 6 semester Kursus Diploma Perguruan Institusi akan ditetapkan oleh KPM 2 semester

C. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ). C1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Dengan Pendidikan (Kepujian) - Bahasa Jerman Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Jerman. Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Jerman. Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 4A termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya B3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon perlu mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Calon yang lulus dengan jayanya di kedua-dua peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama dalam bahasa Jerman di institut pengajian tinggi tempatan selama tiga tahun (tahun 1, 2 dan 3) dan di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) selama satu tahun (tahun 4). Program Kembar Bahasa Jerman. Aktiviti Tempat Tempoh semester Pengajian Persediaan 1 Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 semester Pengajian Ijazah Pertama Universiti Tempatan Dalam Negara 6 semester Kursus Perguruan Lepas Ijazah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan 2 semester

D. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). D1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam pelbagai bidang bagi keperluan sekolah rendah kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya enam kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal, Sejarah dan satu mata pelajaran yang lain di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon-calon yang terpilih, dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon-calon yang lulus kursus persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama selama lapan semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia/ Institut Pengajian Tinggi Awam yang ditetapkan. Kementerian Pelajaran Malaysia boleh membuat penempatan semula calon-calon ke bidang pengajian yang lain, yang lebih sesuai mengikut keputusan peperiksaan calon di IPGM setelah tamat kursus persediaan. Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan/Bachelor in Education (TESL). Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut : Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Rendah.Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Menengah.Bahasa Cina Pendidikan Rendah.Bahasa Tamil Pendidikan Rendah.Pengajian Islam Pendidikan Rendah.Pengajian Sosial Pendidikan Rendah.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah.Pendidikan Khas Pendidikan Rendah.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah.Sains Pendidikan Rendah.Matematik Pendidikan Rendah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...