Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

7.10.09

Soal jawab SPA



SOALAN - SOALAN LAZIM

1. Bagaimana memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri?
Jawapan:
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam negeri hendaklah dibuat dengan mendaftar ke sistem e-recruitment menggunakan Borang SPA 2 atau secara atas talian di laman web www.e-recruitment.gov.my

2. Adakah saya perlu memohon semula sekiranya terdapat jawatan kosong yang diiklankan, walaupun pernah mengisi Borang SPA 2?
Jawapan:
Ya. Tetapi dengan hanya mengemukakan Borang SPA 3 atau memohon terus secara atas talian.

3. Apakah itu ID Pengguna dan bagaimanakah para pemohon boleh mengetahui ID masing-masing?
Jawapan:
ID Pengguna merupakan nombor pengenalan khas yang digunakan dalam sistem e-recruitment dan para pemohon boleh menghubungi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri atau melayari laman web www.e-recuitment.gov.my untuk mengetahui ID Pengguna masing-masing.

4. Di manakan Borang SPA 2 dan Borang SPA 3 boleh diperolehi?
Jawapan:
Borang SPA 2 dan Borang SPA 3 boleh diperolehi di Pejabat SPA Negeri, Tingkat 1, Bangunan MASJA dan semua Pejabat Daerah semua Bahagian (tidak termasuk Pejabat Daerah Kuching).

5. Adakah saya perlu menghantar salinan dokumen yang telah disahkan sekiranya memohon secara online atau menggunakan Borang SPA 2?
Jawapan:
Sekiranya anda mendaftar pertama kali, anda perlu mengemukakan salinan sijil yang telah disahkan ke Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Sarawak, Tingkat 1, Bangunan MASJA, Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching.

6. Dimanakah saya perlu menghantar borang?
Jawapan:
Semua borang boleh dihantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Sarawak, Tingkat 1, Bangunan MASJA, Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...