Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

7.10.09

SOALAN LAZIM - Kemasukan Ke IPTA



SOALAN LAZIM > JPT (Kemasukan Ke IPTA)
Soalan Lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA (UPU) Jabatan Pengajian Tinggi.

01.Bilakah pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009 disiarkan? Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009:
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori Diploma/Setaraf): 06 Januari 2008
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori STPM 2007/STAM): 03 Februari 2008
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: 03 Februari 2008

02.Bilakah pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA ?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut:
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori Diploma/Setaraf): 07 Januari 2008 (mulai 12 tengah hari)
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori STPM 2007/STAM): 04 Februari 2008 (mulai 12 tengah hari)
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: 04 Februari 2008 (mulai 12 tengah hari)

03.Bilakah tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2008/2009?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
Kategori Diploma/Setaraf : 07 Februari 2008
Kategori STPM 2007 : 10 hari bekerja dari tarikh pengumuman keputusan STPM tahun 2007
Kategori STAM 2007, 2006, 2005 : 10 hari bekerja dari tarikh pengumuman keputusan STAM tahun 2007
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
Lepasan SPM Kategori B, C dan D) 03 Mac 2008
Lepasan SPM 2006 10 hari bekerja dari tarikh pengumuman keputusan SPM tahun 2006

04.Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009? Mulai Sesi Akademik 2008/2009, TIADA penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sepenuhnya.

05.Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penyertaan aktiviti kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

06.Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan? Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Hanya Kategori Diploma/Setaraf SAHAJA yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D SAHAJA yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

07.Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 diumumkan? Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2008.Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2008.

08.Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA sahaja.

09.Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf? Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT (UPU) untuk permohonan kemasukan ke IPTA.

10.Adakah pemohon dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan IPTA?
Tidak dibenarkan.

11.Adakah pemohon dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
Tidak dibenarkan.

12.Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
Tidak dibenarkan.

13.Apakah perlu saya buat jika kehilangan Nombor Unik ID?
Anda perlu membeli semula Nombor Unik ID anda di Bank Simpanan Nasional.

14.Adakah pemohon perlu menghantar salinan keputusan SPM/Setaraf atau STPM setelah mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian? Pemohon kategori STPM 2007, STAM dan SPM (Kategori A dan B) TIDAK perlu menghantar salinan keputusan yang telah disahkan ke BPKP JPT kerana semua keputusan peperiksaan diperolehi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)Hanya Kategori Diploma/Setaraf dan SPM (Kategori C dan D) SAHAJA yang perlu menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

15.Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil lahir atau sijil lahir hilang? Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara terdekat ATAU dapatkan surat sumpah dari mahkamah.

16.Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009?
Pemohon perlu mendapat tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.

17.Bagaimanakah untuk mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf? Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui kaedah berikut:a. Laman Web• http://www.mohe.gov.my• http://www.jpt.uum.edu.my• http://www.jpt.utm.my

18.Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Height 50490 Kuala Lumpur Tel : 03-2098 3731/3732 Fax : 03-2098 3769

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami:
upu@mohe.gov.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...