Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

25.11.09

Demam




Pengenalan

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.

Penyebab Demam

  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

Rawatan

Rawatan dirumah :

  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :

  • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan

  • Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Soalan Lazim

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

  • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
  • Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
  • Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
  • Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
  • Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
  • Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.

Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?

  • Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
  • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...