Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

25.11.09

Lidah Pendek




Pengenalan

Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal.

Selain membantu dalam pertuturan, lidah juga penting untuk mengunyah, menelan dan merasa makanan serta membersihkan bibir (mulut) daripada sisa makanan.

Bagaimana Untuk Mengesan keadaan Ini Pada Anak Anda?

Lidah tidak boleh dikeluarkan jauh melepasi gigi bawah, tidak boleh digulung ke arah gigi atas untuk menyapu bibir dan tidak boleh bergerak ke kiri atau ke kanan.

Bentuk v atau bentuk hati boleh dilihat bawah lidah jika lingual frenum melekat sehingga ke hujung lidah.



Lidah pendek adalah keadaan kongenital (sejak lahir) dan tidak boleh dicegah.


Kesan-kesan Lidah Pendek

  1. Perkembangan Pertuturan
  2. Lidah pendek tidak semestinya memberi kesan terhadap pertuturan. Terdapat ramai individu yang berlidah pendek dapat mengatasi masalah ini dan pertuturan mereka adalah normal.

  3. Masalah Pergigian
  4. Karies gigi dan keradangan gusi (gingivitis) boleh berlaku kerana sisa makanan tidak dapat dibersihkan dengan baik oleh lidah dan air liur.

  5. Kebersihan Mulut
  6. Nafas mungkin berbau disebabkan karies gigi dan sisa makanan yang lebih mudah terjadi.

  7. Pemakanan dan Penghadaman
  8. Sesetengah kanak-kanak ini mempunyai tabiat pemakanan yang kurang kemas. Keadaan ini disebabkan oleh pergerakan lidah terbatas yang tidak dapat membersihkan mulut luar dan dalam. Mereka juga yang tidak dapat menjilat sekeliling bibir mereka. Pada kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.


Rawatan Untuk Lidah Pendek

  1. Pembedahan tidak diperlukan sekiranya fungsi mulut tidak terganggu. Sebaliknya khidmat nasihat akan diberikan.
  2. Rawatan pembedahan akan dilakukan jika fungsi mulut dan pertuturan bermasalah.

Lidah pendek selepas pembedahan lekatan

Nasihat

Bawalah anak anda berjumpa Pakar Pergigian Pediatrik atau Ahli Terapi Pertuturan pada peringkat awal lagi, untuk menentukan keperluan rawatan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...