Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

25.11.09

Penyakit Ginjal Kronik dan Kegagalan Ginjal




Mengapakah buah pinggang (ginjal) sangat penting ?

Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah :

  1. Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
  2. Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
  3. Mengawal tekanan darah.
  4. Mengawal asid dalam darah.
  5. Mengawal mineral di dalam darah.
  6. Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Kekerapan penyakit kegagalan ginjal?

Di Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Sehingga 31 Disember 2004 pesakit yang mendapat rawatan dialysis berjumlah 11544 orang. 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat samada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah.

Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan:- Tahap 1 hingga tahap V

Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap ke V

Apakah punca-punca utama kegagalan ginjal di Malaysia?

  • Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%
  • Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
  • Penyakit batu karang
  • Hypertensi (tekanan darah tinggi)
  • Lain-lain punca seperti ADPKD, toxins.

Jadual 1: Rawatan Kegagalan Ginjal - Punca Penyakit Ginjal

Tahun

2000

2001

2002

2003

2004

Pesakit Dialysis Baru

1833

2071

2310

2540

2538

% Tidak diketahui punca-punca

28

30

30

29

28

% Kencing manis

45

46

50

52

54

% glomerulonephritis and SLE

11

7

7

6

5

% Hypertensi

12

9

7

7

8

% polycystic kidney disease

1

2

1

1

1

% obstructive nephropathy

3

3

3

3

3

% toxic nephropathy

0

1

0

0

1

% lain-lain

1

1

1

1

1

Bagaimana saya mengetahui saya mengidap penyakit ginjal?

Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.

Anda merasa syak mengidap kegagalan ginjal bila mempunyai tanda-tanda berikut:

  1. Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  2. Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  3. Gatal seluruh badan
  4. Sakit tulang
  5. Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
  6. Pucat
  7. Kencing yang berbuih
  8. Darah keluar bersama air kencing
  9. Jangkitan salur kencing berulang-ulang
  10. Pengeluaran kencing berkurangan
  11. Kerap kencing terutama sebelah malam
  12. Mengalami hypertensi pada usia muda

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal? Apakah faktor-faktor risiko?

  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
  • Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
  • Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
  • Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
  • Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
  • Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
  • Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga
  • Jika anda pengidap sakit jantung

Apakah ujian-ujian yang perlu dijalankan untuk mengesan penyakit ginjal kronik?

Ianya berbeza di antara satu individu dengan individu lain tertakluk kepada punca atau sebab.

Ujian yang perlu termasuklah:

  • Ujian air kencing
    • mengesan kehadiran protein
    • mengesan darah
    • mengesan kandungan bakteria
  • Ujian darah
    • Mengesan tahap kerosakan ginjal
    • Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti diabetes, SLE
    • Mengesan komplikasi penyakit ginjal seperti kekurangan darah, penyakit tulang dan lain-lain
  • Anda mungkin dikehendaki menjalani ujian Ultrabunyi ginjal

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengidap penyakit ginjal peringkat akhir (ESRD)?

Anda memerlukan rawatan gantian fungsi ginjal oleh itu anda perlu berjumpa dengan pakar nefrologi.

Ini dapat dicapai melalui salah satu dari kaedah rawatan berikut:

  1. Rawatan Dialysis
    • Hemodialysis (menggunakan saluran darah)
    • Peritoneal dialysis (menggunakan peritonium)
  2. Pemindahan ginjal
    • Cadaver donated
    • Living-relative donated

Pakar Nefrologi yang merawat anda akan berbincang tentang semua pilihan rawatan untuk anda pilih. Walau bagaimana pun ia bergantung kekosongan dan juga kesesuaian kepada masaalah kesihatan anda.

Bilakah masanya saya perlu memulakan rawatan dialysis?

Rawatan dialysis diperlukan apabila:

  • Tanda-tanda keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan.
  • Ujian darah "renal profile" menunjukan paras creatinine, urea dan potassium yang tinggi.
  • Peningkatan pengumpulan air dalam badan, malnutrition atau kadar hemoglobin rendah (anaemia)
  • Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10 - 15mls/min

(Pesakit sesak nafas)


(Pesakit kurang zat makanan)

Bagaimana saya boleh mencegah kegagalan ginjal?

Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhir dapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal, pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawal paras gula dan mengawal kandungan protein dalam air kencing.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian air kencing dan ujian darah. Mereka yang berisiko tinggi ialah:

  • Pengidap kencing manis (Diabetes mellitus)
  • Darah tinggi (Hypertension)
  • Penyakit ginjal batu karang (renal stones)
  • Sejarah penyakit ginjal dalam keluarga
  • Pesakit yang mempunyai satu ginjal sahaja yang berfungsi
  • Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan

Untuk maklumat lanjut sila lawat : www.nkf.org.my.

Kumpulan Sokongan

Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan National Kidney Foundation of Malaysia sedang menjalankan satu program Kesedaran Penjagaan Ginjal Program yang telah dilancarkan pada 16/6/2005. - di dalam laman web www.msn.org.my.

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) - laman web, www.nkf.org.my.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...