Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

25.11.09

senarai tugas GBK



SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA

  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
  9. Menjadi ahli jawatakuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV/AIDS.
  10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa , guru ,kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah .
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan .
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan PIBG.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga / Badan Pengawas.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan pelajar seperti kolokium, motivas, kem jaya dir, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.
  23. Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa penempatan ( Kemasukan ) pelajar di sekolah.
  24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri.
  25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Sekadar perkongsian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...