Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

29.12.09



Baju dadah

Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my

Penyeludup guna taktik baru rendam syabu, ditampal pada pakaian

PETALING JAYA: Penyeludup dadah, terutama dari Asia Barat dan India kini menggunakan taktik baru menyeludup syabu ke negara ini dengan merendam dadah itu dalam air untuk dijadikan cecair pekat seperti kanji dan ditampal pada pakaian sebelum dikeringkan.

Baju itu kemudian dipakai ketika memasuki negara ini dan selepas berjaya melepasi pemeriksaan, ia direndam untuk mendapatkan semula dadah sebelum diedarkan kepada sindiket pengedaran tempatan.

Taktik itu dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu, Sabtu dan Ahad lalu berikutan kepekaan pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bertugas ketika itu.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar, berkata dalam kejadian itu, pegawai kastam bertugas menyedari taktik itu ketika memeriksa tiga lelaki yang mencurigakan ketika melepasi mesin pengimbas.

"Ketika pemeriksaan, pegawai kita curiga kerana baju yang dipakai kelihatan terlalu berat dan tidak munasabah dengan saiz dan jenis kain.

"Selepas diteliti kita dapati pakaian itu keras seperti berkanji. Pegawai kita menahan lelaki itu dan memeriksa pakaiannya. Kita mendapati dadah itu direndam terlebih dan dilekatkan pada baju bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, berat dadah yang kita rampas belum dipastikan kerana perlu mengikut proses yang sama dilakukan anggota sindiket untuk mendapatkan kembali syabu yang dikeringkan itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penguatkuasaan Semalaysia KDRM dan pelancaran buku bertajuk Compendium of Customs Legislations and Cases, di sini semalam.

Ibrahim berkata, pihaknya juga mengesan taktik menyembunyikan dadah jenis ketamine dalam kolar baju yang disimpan dalam bagasi milik seorang wanita warga India.

"Mereka memang licik. Baju yang ditemui dalam bagasi disusun rapi, tetapi menerusi alat imbasan, lebih 20 helai baju mengandungi dadah," katanya.

sl : mACAM2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...