Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

29.1.10

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING



UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1 PDF Print E-mail
Written by Angriani

DEFINISI BIMBINGAN

* Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. (DBP)
* Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996)
* Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996)
* Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
* Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.
* Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu.
* Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
* Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela.
* Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Tiga istilah yang sering dikelirukan ;

* NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran
* BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu
* KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling

Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya

* Kaunseling adalah nasihat
* Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja
* Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja
* Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
* Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku
* Kaunseling untuk orang kaya sahaja
* Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja
* Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor
* Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor
* Habis terbongkar semua rahsia



DEFINISI KAUNSELING

* Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris “Counseling”.
* Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.
* Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.
* Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya.
* Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan.
* Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ;
~ Memahami dirinya yang sebenar
~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan
~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah
~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah
~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung
* Secara ringkasnya, kaunseling ialah suatu proses ;
~ Pertolongan yang profesional
~ Perhubungan dan interaksi dua hala
~ Pembelajaran semula
~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA

* Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat.
* Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.
* Slide 12 .O {font-size:149%;}

Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri.
~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.
~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.
~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.
~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.

TUJUAN KAUNSELING

Memberi Maklumat

* Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
* Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
* Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya

Menggalakkan Celik Akal

* Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)
* Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
* Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien
* Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya

Memberi Sokongan

* Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

Penyelesaian Konflik

* Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
* Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat

* Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain
* Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.

MATLAMAT KAUNSELING

* Menolong mengubah tingkah laku
* Membantu membuat keputusan
* Membentuk kemahiran daya-tindak
* Mempercepatkan seseorang menjadi rasional
* Memperbaiki hubungan interpersonal
* Memahami dan mengelolakan kecemasan

KESIMPULAN

Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ;

* Memahami diri dan situasinya
* Mengenal pasti keperluanya
* Menerima realiti hidupnya
* Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya
* Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
* Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...