Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

1.1.10



Tips-Tips Sebagai Jurugambar - petikan dari SaifulNang

Disini saya kongsikan bersama-sama anda semua apa yang saya telah baca, amalkan dan pelajari daripada salah seorang jurugambar terkenal negara kita.
Dengan 5 Fototips ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dan diri saya sendiri dalam bidang jurugambar perkahwinan ini.


FOTOTIPS NO.1

Sebagai jurugambar perkahwinan, berjumpalah dengan client anda dahulu sebelum menerima apa2 tempahan. Kebanyakan jurugambar lebih selesa mengambil client melalui email atau panggilan telefon dan client membayar melalui cara bank-in atau online. Dengan perbincangan bersemuka, jurugambar dan client akan dapat kenal mengenal (ice-breaking) dan di situ kita boleh nilai chemistry anda dengan client.

Saya sama seperti ini, amat pentingkan cara ini supaya kerja lebih mudah. Dengan adanya chemistry dan hubungan baik dgn client, itulah antara rahsia besar bagaimana gambar atau hasil kerja menjadi lebih baik.



FOTOTIPS NO.2

Jika anda seorang jurugambar perkahwinan, ingatlah…CF card yang berisi gambar LEBIH BERHARGA dari camera dan lens2 yang anda ada. Sama nilaiannya malah lebih dari kerjaya anda. Jadi, labelkan CF card anda dengan nama anda dan no. telefon. Jika dalam kes anda tercicir sekalipun, kalau jatuh ke tangan orang yg baik hati macammana mereka nak pulangkan kalau tak ada contact no. anda.

Simpan CF / SD card anda dalam pocket yang berkunci. Ingat, pencuri berminat dengan kamera anda sahaja bukan gambar kahwin yang anda ambil yg masih berada dalam card. Gambar2 tu tak ada nilai bagi pencuri tapi sgt bernilai dan tidak ada gantinya untuk pelanggan.

Berpakaianlah mengikut dress-code. Ramai photographer masih lagi pakai vest camera yang pada saya sesuai untuk semua keadaan kecuali dalam wedding. Bila kita berpakaian seperti Tan Sri berpakaian, kita akan ada 1 power…power untuk bercakap dengan mereka tanpa rasa “rendah diri” yg terlampau. Penampilan kita meyakinkan dan tentunya pergerakan kita juga akan jadi meyakinkan.



FOTOTIPS NO.3

Datang awal setengah jam atau 1 jam ke lokasi. Dengan datang awal anda boleh merancang pergerakan anda, angle, white balance dan pelbagai bacaan teknikal untuk camera anda. Dan yang paling penting, dengan datang awal anda ada masa untuk beramah mesra dengan subjek anda. Dengan mengenali pengantin, anda akan ada chemistry dalam gambar anda. Kerana hanya dengan PR dgn subjek anda akan dapat gambar2 yang sangat natural. Kalau tak ada PR tu yg gambar jadi kaku. Tak kira lah sehebat mana skill teknikal anda. Tanpa PR yg baik, anda adalah STRANGER yang dibayar untuk berada bersama pengantin. Kesudahannya…pengantin akan rasa canggung dan pastinya, ekspresinya akan jadi hambar.



FOTOTIPS NO.4

Sentiasalah standby deodorant dan perfume dalam beg camera anda. Terutama sekali jika anda mempunyai event sepenuh hari. Dari pagi hingga malam dan anda tidak ada masa rehat untuk mandi, tetapi anda perlu pastikan anda tidak busuk. Kerja sebagai jurugambar wedding adalah sebahagiannya dinilai dari penampilan. Bagaimana kita nak orang rasa selesa dgn kita jika kita angkat camera sahaja orang lain semua tutup hidung. Kerja sebagai jurugamabr wedding MEMANG SANGAT MEMENATKAN dan banyak mengeluarkan peluh. Bila kita tampil segak dan wangi, secara automatik pun, kita akan jadi lebih YAKIN dan mudah untuk berurusan. Fototips kali ini tidak ada kena mengena dgn teknikal fotografi.




PHOTOTIPS NO.5

Rancang shooting anda baik-baik. Rancang penggunaan memory, penggunaan battery dan pengunaan lens. Saya ada lens yang seberat 10kg in total. Kalau saya bawa semua, sebelum majlis tamat pinggang saya dah patah dulu. Sentiasa bersedia untuk backup plan. Backup memory card, backup body camera, backup battery kerana client bayar kita BUKAN untuk dengar ALASAN. Mereka mahukan hasil.


Petikan daripada http://blog.saifulnang.net/ sebagai rujukan dan pelajaran kita bersama.
Terima kasih kepada Saiful Nang diatas nasihat dan sumbangan idea yang diberikan kepada semua.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...