Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.4.10

Insentif menarik warga sekolah akan diumum pada Hari Guru



Insentif menarik warga sekolah akan diumum pada Hari Guru Terbit dalam Utusan Malaysia- Rabu 14 April 2010 KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira latar belakang sekolah berkenaan. “Berdasarkan pencapaian tahun ini dengan didokong oleh Pelan Penambahbaikan Sekolah (SIP) dan tool kit pembangunan prestasi sekolah (SIT), kita akan menilai semua ini untuk diberi pengiktirafan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Khas Warga Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Perlis di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat. Muhyiddin berkata, pengiktirafan itu juga bertujuan agar tidak ada sekolah-sekolah terutama di pedalaman dan luar bandar yang berasa terasing dan terpinggir. “Kita tidak mahu walaupun sebuah sekolah yang berasa terasing seolah-olah hanya sekolah ini (Sekolah Berprestasi Tinggi -SBT) sahaja yang diberi perhatian, sekolah lain tidak diberi perhatian,” katanya. Menurut beliau, terdapat ruang yang ketara berhubung pencapaian sekolah di seluruh negara terutama di Sabah. “Bukan saya hendak memperkecil-kecilkan rakan kita di Sabah tetapi saya lihat mutu pembelajaran lebih rendah berbanding negeri lain berdasarkan keputusan peperiksaan,’’ katanya. Namun beliau berkata, setelah diteliti, keadaan tersebut berlaku bukan kerana pelajar tidak cerdik dan tidak cerdas atau guru yang tidak melaksanakan tugas tetapi disebabkan oleh prasarana yang tidak lengkap. Justeru kata Muhyiddin, perkara penting yang harus diberi perhatian dalam tahun-tahun akan datang ialah untuk merapatkan jurang perbezaan secara beransur-ansur. “Mungkin tidak secara drastik tetapi satu peratus sehingga lima peratus setiap tahun,” katanya. Dalam pada itu beliau berkata, bagi meningkatkan prestasi sukan, sebuah sekolah sukan akan dibina di Perlis dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Katanya, tapak bagi projek pembinaan sekolah itu telah disediakan dan beliau berharap ia dapat dilaksanakan demi kepentingan pembangunan sukan negara dan sejajar program Satu Pelajar Satu Sukan. “Saya juga tidak mahu alasan tidak ada padang atau stadium mahupun dewan untuk menerapkan program ini kerana dahulu semua kemudahan ini tiada tetapi bidang sukan boleh maju,’’ katanya

Tema2 hari guru



1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 1975 Guru Dengan Pembangunan Negara 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan 1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 1989 Guru Pembena Budaya Ilmu 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

18.4.10

The Door to Hell - by CasCD



Tempat yang menyeramkan ini berada di negara Uzbekistan, yang berada di kota kecil Darvaz.gerbang neraka 1 300x200 Gerbang Neraka di Bumi Masyarakat setempat mengelarkan tempat ini sebagai “The Door to Hell” atau “Gerbang Neraka”..nama yang cukup seram membuatkan bulu roma menegak..asalny tempat ini memang sudah lebih dari 37 tahun di jumpai. Ahli geologi menjumpai tempat ini secara tak tersengajadi mana mereka menggali sebuah kawasan untuk mencari sumber asli. Gua/lubang ini yang penuh dengan gas berbahaya menyebabkan tidak ada orang yang berani pergi ke tempat tersebut. Oleh itu, mereka membakarnya dengan api sehingga gas beracun hilang. Itu yang menyebabkan lubang tersebut berapi sehingg kini dengan luas yang besar. Tiada seorang pun yang tahu berapa Tan gas dalam lubang tersebut dan tempoh pembakaran yang berlaku sehingga gas tersebut habis. Kesimpulannya, kita tak tahu adalah benda ini wujud secara kebetulan atau memang telah menjadi flow takdir. Kita tunggu hingga ke hujung dunia dengan penuh keimanan supaya tempat begitu bukan untuk kita..

Sejarah Facebook - by CasCD




Mustahil anda yang tahu tentang internet tidak mengenal Facebook, sebuah laman sosial yang sangat popular sekarang. Tapi anda tahu tak sejarah Facebook?siapa pengasas Facebook? Berdasarkan kajian, Facebook di asaskan oleh seorang graduan sains komputer dari Universiti Havard iaitu Mark Zuckerberg. Zuckerberg adalah anak pasangan yahudi, Edward dan Karen Zuckerberg yang di besarkan di Amerika Syarikat. Bapaknya seorang doktor gigi manakala emaknya seorang pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yang genius komputer sejak kecil lagi. Malah di ceritakan pada umur belasan tahun, dia telah mencipta satu permainan komputer yang di namakan Risk dan permainan musik synapse. Facebook telah di lancarkan dari Zuckerberg pada 4 Februari yang bertujuan memudahkan mahsiswa Havard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapu, atas permintaan ramai, ia telah di kembangkan ke universiti di sekitarnya lantas ke seluruh pelusuk dunia..ada kisah di sebalik facebook yang anda semua harus tahu..ada masa nanti saya akan ceritakan lebih detail. Jangan ketinggalan untuk artikel lain di lapadeh.com. Begitulah kisah ringkas facebook..bagi kita, memang seronok berfacebook. Tetapi berhati hatilah. Dunia sekarang sedar dan faham apa yahudi, apa Israel. Jadi, kepada rakyat Malaysia, buat lah satu halaman web sosial yang setanding atau lebih baik dari yang sedia ada milik orang luar. Sekarang ni dah banyak dah di Malaysia. Cuma belum nampak lagi hasilnya. Antaranya ialah Rumahpanjai.com. Sebuah laman sosial yang agak menarik.okehh.. setakat ini dulu post kali ini. Anda bagi la komen. Tak kisah macamana pun. Yang Penting komen.hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...