Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

30.6.10

Kenapa masalah perlu ada?



1. Menyedarkan kita bahawa kita tidak sempurna
2. Mendidik kita untuk melihat ia sebagai cabaran yang boleh diselesaikan
3. Mendewasakan kita untuk pengalaman berguna
4. Kita hadapi agar ia menjadi didikan (perkongsian) kita untuk orang lain pula
5. Supaya hidup tak boring sangat bagi sesetengah orang
6. Kita semakin proaktif memikirkan cara mengatasinya
7. Kita akan sedar tentang siapa pencetus / penyelesai / pemujuk etc
8. Supaya kita ada pula hari bahagia/ gembira di lain masa
9. Supaya sesekali kita sakit/ rehat/ MC/ masuk hospital dan boleh lah kita berehat (dalam erti kata sebenarnya)
10. Baru la kita tahu bahawa ada KAUNSELOR yang sudi mendengar MASALAH anda :)

(jangan mare, nanti aku pula ditimpa masalah :)

29.6.10

MINDA POSITIF




Permulaan hari anda selalu bermula dengan minda anda pada hari tersebut. Minda yang sentiasa positif akan membuat corak pemikiran anda bersifat positif dan memberi kesan positif juga kepada persekitaran anda. 

Andaikata tayar kereta @ motor anda pancit, pastinya dorongan kesabaran akan datang dalam minda anda dan bukan kata2 kutukan atau sumpah seranah. Sama juga jika anda di 'hon' oleh orang lain. Mungkin anda akan menyumpah. Tetapi jika aliran pemikiran positif tadi masih ada pada anda, anda akan lebih suka untuk berkata pada diri sendiri bahawa anda perlu lebih berhati2 semasa memandu. 

Banyak perkara akan berlaku pada hari tersebut dan jika hal2 negatif telah menguasai anda maka persekitaran anda juga akan mudah berubah menjadi negatif. 

Justeru, mulakan hari anda dengan MINDA POSITIF

28.6.10

Sikap Manusia



Berfikir sejenak mengenai tajuk diatas membuatkan saya terfikir, kenapa sukar untuk mengubah sikap manusia. Khususnya yang perangai yang mgkin x dsnangi dll. Dulu saya fikir . . takan diorang x tahu bahawa sesuatu yang dilakukan itu salah @ tidak patut dll. Namun, sikap sebegitu masih juga berlaku. Fikir2kan butiran dibawah
  • ada yang memang tak sedar sebab ia adalah tabiat sebenar seseorang itu. dalam keadaan ini orang yang akan memaklumkan, menasihati akan berdepan dgn 2 perkara. Terima @ tidak terima nasihat dr org lain
  • Yang hanya cenderung utk berubah adalah individu yang sedar sdiri dan mahu berusaha mengubah sikap itu. Realitinya bukan mudah utk mengubah sikap sebenar kita. Namun jika nak seribu daya tak hendak seribu dalih.
  • Bagi yang memiliki sikap yang baik, rasa2nya amat patutlah kita bersyukur kerana kita sekurang2nya akan mampu berhadapan dgn pelbagai perkara dan kita akan positif dalam segala hal
  • Sikap yang kurang baik jika tidak ditangani sebaik2nya boleh membawa kesan kepada kehidupan, keluarga, perkhidmatan, masyarakat sekeliling dan dalaman kita secara peribadi. Sebab itu ada yang tidak menerima diri mereka masing2 bila mereka berdepan dgn perkara sebegini. ada yang malah membenci dirinya sendiri
  • Bagi kita yang cenderung utk menasihati dan mendorong orang lain, masa yang paling baik adalah dimana kita melihat bahawa individu itu sendiri seolah2 mulai mencari nilai2 positif, bertanya tentang hal2 yang berkaitan. Itulah masa yang paling baik utk menasihati dan mendidik orang lain.
  • Namun jika difikirkan semua ini berpunca dari corak pemikiran kita juga. Contohnya bagaimana kita menilai seseorang, apakah pendirian kita terhadap sesuatu perkara dan apakah respon kita. Dengan ini ia akan membawa kepada perubahan dalam sikap kita.
  • Saya berfikir mmg susah utk mengubah sikap tapi ada juga yang berjaya sehingga mengajar dan memberi harapan kepada saya utk bertindak sedemikian dalam usaha membantu dan membimbing orang. So hidup2 kita ini penuh dgn pelbagai warna kehidupan yang hanya kita perlu hadapi dgn cara yang pelbagai. Itulah keindahan hidup ini sebab ia fleksibel dalam banyak perkara dan seterusnya mendidik kita dari satu hari ke hari esoknya yang tidak akan pernah sama
  • Mudah2an info ini membantu dan tujuannya adalah utk sama2 menaikan nilai hidup sesama kita dan menceriakan dunia kta pada setiap hari. :)

23.6.10

The last lecture by Dr. Randy Pausch



Bila melihat video klip oleh Dr Randy, saya tertarik utk menonton atas sebab . . kenapa ia lecture yang terakhir. Di awal perkongsian, beliau mendedahkan bahawa dia akan mati disebabkan kanser. Saya mulai faham kenapa ia diberi tajuk lecture yang terakhir. Namun sekarang saya ingin mengetahui apa amanat serta idea orang seperti ini utk dikongsikan kepada orang lain.

1. Hiduplah dalam kehidupan yang baik
Seringkali kita berasa sedih menderita dll bila mengenangkan kehidupan kita ini. Walhal pada dasarnya kita boleh bahagiakan diri kita dalam kehidupan kita di setiap peringkat. Misalnya jika kita miskin dan sedih kerana tidak dapt memiliki pelbagai keperluan hidup. Dalam situasi ini kita telah lebih memikirkan kebendaan dari berusaha utk membahagiakan diri seadanya kita. Jika ini berlaku di setiap peringkat sosial kehidupan, maka sampai ke tahap orang kaya juga akan merasa tidak cukup @ tidak puas kerana keinginan masing2. Sebaliknya jika bersyukur dgn apa yang sedia ada, ia akan mampu mengubah pemikiran kita utk hidup dalam kebahagian.

2. Nilai terhadap manusia dan benda
Kita kadang2 marah bila kereta atau benda2 dirosakkan oleh anak @ sesiapa shj. Sedangkan jika difikirkan itu hanyalah sekadar brg2 shj yang tidak bernilai jika dibandingkan kerosakan yang boleh berlaku kepada manusia (anak2 serta keluarga yang lain). Namun, manusia normal, malah dewasa ini telah ada satu corak pemikiran akan pentingnya barang2 dalam kehidupan kita sehingga mengabaikan jiwa manusia. Termasuklah kes2 seperti merompak, menyamun, membunuh dan menculik. Demi wang dll seseorang itu sanggup menamatkan nyawa seseorang. mana nilai kemanusiaan pada setiap individu sekrang ini? Sebab itu mulai ada ceramah2 tentang pemilihan tepat utk setiap pembelian iaitu adakah ia satu keperluan @ satu keinginan. Kalau dahulu Hanphone adalah satu keperluan tetapi ia mulai berubah juga sekarang ini bila seseorang memiliki 2 @ 3 hanphone. Walaupun atas kepentingan dan keperluan tertentu ia mula mengarah kepada keinginan peribadi.

Apapun saranan dlm pnulisan ini, ia hanyalah sedikit info yang boleh kita pelajari bersama2 dalam membina satu kehidupan yang lebih baik dari hari semalam. Berjalan2 bersama keluarga tidak semestinya shopping @ mengeluarkan duit belanja. Sebaliknya perbualan ringan di taman2 akan lebih bermakna buat semua. Termasuk juga bermain bersama anak2 di taman berbanding dgn menonton TV di rumah.

Cari kualiti dalam masa anda hari ini. . . .



18.6.10

Problem Solving 2



Kita . . bila berdepan dgn mslh . . cenderung utk berfikir dan terus bfikir sehingga mengambil masa berjam2 @ hingga menggangu tidur, hidup @ kerja kita.

hari ini saya ingin mengajak semua utk bertindak lebih rasional iaitu dgn menulis sgl permslhn/ idea anda di atas sekeping kertas (dgn ruangan kosong di sebelah kanan utk menulis cara mengatasinya).

Tuliskan semua apa yang difikirkan. jgn fikir cara menyelesaikan dulu. tinggalkan kmudian. Beri tumpuan pada segala sesuatu yang merisaukan anda sehingga mendatang stres, rasa marah, tertekan dll. Mulakan dari yang paling kritikal hingga yang paling ringan.

Kemudian diruangan sebelah kanan, fikirkan cara mengatasi setiap mslh @ cabaran tadi. Hanya dgn cara ini semuanya akan lebih mudah kerana anda tidak perlu memikirkan semua perkara sebaliknya satu persatu dilakukan dgn lebih fokus pd sesuatu mslh itu. Jika dpt dselesaikan bagus, jika tidak pergi ke perkara seterusnya. Bila semuanya selesai, ia dapat mengurangkan kekhuatiran anda sebab anda melihat semuanya scr lebih realistik. Ada yang akan dpt dselesaikan dan x perlu lah memikirkan ia lagi sbaliknya pergi pula kpd hal kedua iaitu aplikasi tindakan yang perlu dbuat.Jika strategi ini tidak dilakukan, kita cenderung utk merasa bhw terlalu byk mslh sdangkan hanya bbrp pekara shj.Strategi ini juga boleh dilakukan dalam penjimatan bajet harian, bulanan anda.

Perkara ke 3 - Disiplin dlm mengambik tindakan
Selalunya wpun kita dah ada langkah mengatasi namun, kita cenderung utk delay @ kata tak apa. Ini pula adalah cabaran kita iaitu tidak berdisiplin dlm mencapai matlamat yang telah dkenalpasti. Kita perlu lebih tegas. Hanya dgn ini barulah kejayaan akan dapat dicapai. Cthnya jika kita dah tahu x boleh berbelanja lebih utk prepaid maka, anda hanya perlu menelefon @ SMS utk pkara yg perlu shj. Begitu juga utk makanan. anda boleh membawa bekal agar tidak makan di pekan @ makan di kedai yang lebih ekonomi

Kesimpulan:
Jika semua ini dilakukan nescaya anda akan berjaya dalam banyak perkara

Selamat mencuba

Problem Solving 1



saya teringat dgn idea ni

Ilustrasi : Memasukkan batu besar, kemudian batu kecil, pasir dan akhirnya air ke dalam gelas. Ia boleh dilakukan. Tapi jika yang sebaliknya dilakukan dgn pengisian pelbagai bahan tersebut secara tidak teratur @ sebarang shj. maka ia tidak akan mungkin. Jika air diisi dahulu dan batu besar kemudian, air tersebut pasti melimpah dan membasahi sekitarnya.

Apa mesej disini? 
 
Kita perlu menangani setiap perkara dgn bijak, mengambil keputusan yang tepat pada masa yang betul dan mendahulukan apa yang penting diikuti perkara yang kurang penting. Sama juga menyelesaikan mslh yang besar @ segera dahulu diikuti oleh mslh2 yang kecil @ ringan. PASTI nya semuanya dapat diselesaikan dgn baik dan effisien. Namun ramai orang dewasa ini tidak bertindak sedemikian. buat keputusan sesuka hati @ terburu2 sehingga ia mendatangkan kesan yang lebih teruk lagi.

Mari pada hari ini, tangani mslh anda secara bijak, step by step dan pasti ia akan dapat diselesaikan dgn baik. dan apa yang lebih baik ialah . . anda akan berkongsi kejayaan anda ini kepada orang lain pula.

Kaunselor Organisasi Padawan nak berkongsi



Buat rakan kaunselor organisasi (KO) yang baru menerima tawaran kerja di mana2 PPD, mudah2an saranan ini akan dapat membantu. Maklum lah tugas KO adalah utk membantu, justetu saya bantu la dalam penulisan blog kali ini. Lagi pun akan ada lebih byk lagi guru kaunseling yang akan ditarik masuk dlm jwtn KO ini.

Tips serta keperluan yang harus ada utk terus bergerak @ bekerja.


1. Komputer - kalau ada di pejabat bagus la. Kalau xde kena guna sendiri punya dulu supaya keperluan segera utk membuat borang2 dll akan dapat dilakukan dgn cepat.
2. Printing - Kalau nak print pula, boleh save dalam pendrive je dan print di tempat lain. dunia kaunseling mmg kena banyak print. Macam2 yang nak diprint, borang, buletin, ran thnn, takwim, surat2, memo, pekeliling dll
3. Cari borang - dari JPN, rakan kaunselor lama, web (byk juga dalam web). Kemudian edit mengikut keperluan anda, kerja dan PPD masing2. Kalau nak harap sgt orang bagi agak lambat dan kena proaktif la sikit. Kalau dah x dpt juga guna je borang2 kaunseling di sekolah dulu. Cuma ia perlu diubah berdasarkan dunia pekerjaan dan bukan menjurus kepada budak2 pula. Cthnya No fail, alamat sekolah, dll
4. bilik kena kondusif (buat la interior design sdiri); senyap dan ada privasi (penting sbb mmg akan ada komunikasi di pejabat).
5. borang2 (cadangan / saranan) :


  • Borang Biodata Klien
  • Borang Kontrak Bertulis Klien
  • Borang Kebenaran Meninggalkan Tugas (untuk rujukan majikan)
  • Borang Akuan Terima Sesi Kaunseling (untuk rujukan majikan/ perujuk)
  • Borang Rekod Daftar Sesi (untuk rujukan majikan/ perujuk)
  • Laporan Sesi Kaunseling (Individu / Kelompok)
  • Laporan Sesi (Kemajuan/ Pemantauan) 
  • Borang Rujukan (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Temujanji Individu (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Temujanji Kelompok (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Maklumat Guru & Staf  Bermasalah (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Maklumat Penyesuaian di Tempat Kerja



So macamana ? Konsep kerja lebih kurang juga dgn sewaktu di sekolah cuma borang2 perlu di ubah mengikut keperluan klien sekarang (guru/ staf).

Apa2 . . email @ call je k. sebab bagus juga kalau dapat buat jalinan KO yang mantap di Sarawak ni

16.6.10

16 JUNE - Happy birthday to ME



*taken from my FB

Whats so special about it? Is it the numbers.. but some say its doesn't matter. Is it the wishes ? but what about if we forget the day. what will happen? Or is it because of the wishes from friends, relatives etc? But what if we don't have any. Is it the occasion, having a nice n wonderful dinner at home cooked by wife @ mum @ at a nice place in town. Or is it because of the presents given by others? Perhaps, but for some . . . its only a day that will past by. So whats so special about it. Is it because we knew that God still with us n its a sentimental, precious moment for us to acknowledge Him in our life. To those who doesn't have one ?

Dipendekkan cerita (malas pulak nak menaip) heheh.
Its because of everything - kerana kawan, saudara, isteri, keluarga, adik beradik, rakan sekerja, wishes, boy/girl friends n GOD. hadiah pun ya, makan malam pun ya

So thank you very much to all the posts/ messages given by YOU on my FB n it keeps coming while i'm typing this notes. May God bless U n your family too

cheer !!

15.6.10

Info IT




Background bertukar jadi hitam ialah kesan genueine software validation yang telah dikeluarkan oleh Microsoft untuk membendung kegiatan cetak rompak(piracy)

Cara tersebar:-* Apabila mengaktifkan Automatic Upadates* Software tersebut akan di install secara automatic kedalam sistem anda* Arahan yang dikeluarkan oleh software tersebut akan menyahaktifkan(disable) background anda dan beberapa fungsi penting(key features) lain..

Cara mengatasi:-
Buka Windows Task Manager.
Matikan(end) wgatray.exe process in Task Manager.
Restart Windows XP dalam Safe Mode.
Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32.
Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32\dllcache.
Buka RegEdit.(-taip di RUN..)
Cari(browse) lokasi ini:-HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify
Delete folder ‘WgaLogon’ dan kesemua isinya.
Reboot Windows XP.Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...