Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

18.6.10

Kaunselor Organisasi Padawan nak berkongsi



Buat rakan kaunselor organisasi (KO) yang baru menerima tawaran kerja di mana2 PPD, mudah2an saranan ini akan dapat membantu. Maklum lah tugas KO adalah utk membantu, justetu saya bantu la dalam penulisan blog kali ini. Lagi pun akan ada lebih byk lagi guru kaunseling yang akan ditarik masuk dlm jwtn KO ini.

Tips serta keperluan yang harus ada utk terus bergerak @ bekerja.


1. Komputer - kalau ada di pejabat bagus la. Kalau xde kena guna sendiri punya dulu supaya keperluan segera utk membuat borang2 dll akan dapat dilakukan dgn cepat.
2. Printing - Kalau nak print pula, boleh save dalam pendrive je dan print di tempat lain. dunia kaunseling mmg kena banyak print. Macam2 yang nak diprint, borang, buletin, ran thnn, takwim, surat2, memo, pekeliling dll
3. Cari borang - dari JPN, rakan kaunselor lama, web (byk juga dalam web). Kemudian edit mengikut keperluan anda, kerja dan PPD masing2. Kalau nak harap sgt orang bagi agak lambat dan kena proaktif la sikit. Kalau dah x dpt juga guna je borang2 kaunseling di sekolah dulu. Cuma ia perlu diubah berdasarkan dunia pekerjaan dan bukan menjurus kepada budak2 pula. Cthnya No fail, alamat sekolah, dll
4. bilik kena kondusif (buat la interior design sdiri); senyap dan ada privasi (penting sbb mmg akan ada komunikasi di pejabat).
5. borang2 (cadangan / saranan) :


  • Borang Biodata Klien
  • Borang Kontrak Bertulis Klien
  • Borang Kebenaran Meninggalkan Tugas (untuk rujukan majikan)
  • Borang Akuan Terima Sesi Kaunseling (untuk rujukan majikan/ perujuk)
  • Borang Rekod Daftar Sesi (untuk rujukan majikan/ perujuk)
  • Laporan Sesi Kaunseling (Individu / Kelompok)
  • Laporan Sesi (Kemajuan/ Pemantauan) 
  • Borang Rujukan (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Temujanji Individu (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Temujanji Kelompok (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Maklumat Guru & Staf  Bermasalah (diisi oleh perujuk/ majikan)
  • Borang Maklumat Penyesuaian di Tempat Kerja



So macamana ? Konsep kerja lebih kurang juga dgn sewaktu di sekolah cuma borang2 perlu di ubah mengikut keperluan klien sekarang (guru/ staf).

Apa2 . . email @ call je k. sebab bagus juga kalau dapat buat jalinan KO yang mantap di Sarawak ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...