Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

23.6.10

The last lecture by Dr. Randy Pausch



Bila melihat video klip oleh Dr Randy, saya tertarik utk menonton atas sebab . . kenapa ia lecture yang terakhir. Di awal perkongsian, beliau mendedahkan bahawa dia akan mati disebabkan kanser. Saya mulai faham kenapa ia diberi tajuk lecture yang terakhir. Namun sekarang saya ingin mengetahui apa amanat serta idea orang seperti ini utk dikongsikan kepada orang lain.

1. Hiduplah dalam kehidupan yang baik
Seringkali kita berasa sedih menderita dll bila mengenangkan kehidupan kita ini. Walhal pada dasarnya kita boleh bahagiakan diri kita dalam kehidupan kita di setiap peringkat. Misalnya jika kita miskin dan sedih kerana tidak dapt memiliki pelbagai keperluan hidup. Dalam situasi ini kita telah lebih memikirkan kebendaan dari berusaha utk membahagiakan diri seadanya kita. Jika ini berlaku di setiap peringkat sosial kehidupan, maka sampai ke tahap orang kaya juga akan merasa tidak cukup @ tidak puas kerana keinginan masing2. Sebaliknya jika bersyukur dgn apa yang sedia ada, ia akan mampu mengubah pemikiran kita utk hidup dalam kebahagian.

2. Nilai terhadap manusia dan benda
Kita kadang2 marah bila kereta atau benda2 dirosakkan oleh anak @ sesiapa shj. Sedangkan jika difikirkan itu hanyalah sekadar brg2 shj yang tidak bernilai jika dibandingkan kerosakan yang boleh berlaku kepada manusia (anak2 serta keluarga yang lain). Namun, manusia normal, malah dewasa ini telah ada satu corak pemikiran akan pentingnya barang2 dalam kehidupan kita sehingga mengabaikan jiwa manusia. Termasuklah kes2 seperti merompak, menyamun, membunuh dan menculik. Demi wang dll seseorang itu sanggup menamatkan nyawa seseorang. mana nilai kemanusiaan pada setiap individu sekrang ini? Sebab itu mulai ada ceramah2 tentang pemilihan tepat utk setiap pembelian iaitu adakah ia satu keperluan @ satu keinginan. Kalau dahulu Hanphone adalah satu keperluan tetapi ia mulai berubah juga sekarang ini bila seseorang memiliki 2 @ 3 hanphone. Walaupun atas kepentingan dan keperluan tertentu ia mula mengarah kepada keinginan peribadi.

Apapun saranan dlm pnulisan ini, ia hanyalah sedikit info yang boleh kita pelajari bersama2 dalam membina satu kehidupan yang lebih baik dari hari semalam. Berjalan2 bersama keluarga tidak semestinya shopping @ mengeluarkan duit belanja. Sebaliknya perbualan ringan di taman2 akan lebih bermakna buat semua. Termasuk juga bermain bersama anak2 di taman berbanding dgn menonton TV di rumah.

Cari kualiti dalam masa anda hari ini. . . .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...