Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

29.6.10

MINDA POSITIF




Permulaan hari anda selalu bermula dengan minda anda pada hari tersebut. Minda yang sentiasa positif akan membuat corak pemikiran anda bersifat positif dan memberi kesan positif juga kepada persekitaran anda. 

Andaikata tayar kereta @ motor anda pancit, pastinya dorongan kesabaran akan datang dalam minda anda dan bukan kata2 kutukan atau sumpah seranah. Sama juga jika anda di 'hon' oleh orang lain. Mungkin anda akan menyumpah. Tetapi jika aliran pemikiran positif tadi masih ada pada anda, anda akan lebih suka untuk berkata pada diri sendiri bahawa anda perlu lebih berhati2 semasa memandu. 

Banyak perkara akan berlaku pada hari tersebut dan jika hal2 negatif telah menguasai anda maka persekitaran anda juga akan mudah berubah menjadi negatif. 

Justeru, mulakan hari anda dengan MINDA POSITIF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...