Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

18.6.10

Problem Solving 2



Kita . . bila berdepan dgn mslh . . cenderung utk berfikir dan terus bfikir sehingga mengambil masa berjam2 @ hingga menggangu tidur, hidup @ kerja kita.

hari ini saya ingin mengajak semua utk bertindak lebih rasional iaitu dgn menulis sgl permslhn/ idea anda di atas sekeping kertas (dgn ruangan kosong di sebelah kanan utk menulis cara mengatasinya).

Tuliskan semua apa yang difikirkan. jgn fikir cara menyelesaikan dulu. tinggalkan kmudian. Beri tumpuan pada segala sesuatu yang merisaukan anda sehingga mendatang stres, rasa marah, tertekan dll. Mulakan dari yang paling kritikal hingga yang paling ringan.

Kemudian diruangan sebelah kanan, fikirkan cara mengatasi setiap mslh @ cabaran tadi. Hanya dgn cara ini semuanya akan lebih mudah kerana anda tidak perlu memikirkan semua perkara sebaliknya satu persatu dilakukan dgn lebih fokus pd sesuatu mslh itu. Jika dpt dselesaikan bagus, jika tidak pergi ke perkara seterusnya. Bila semuanya selesai, ia dapat mengurangkan kekhuatiran anda sebab anda melihat semuanya scr lebih realistik. Ada yang akan dpt dselesaikan dan x perlu lah memikirkan ia lagi sbaliknya pergi pula kpd hal kedua iaitu aplikasi tindakan yang perlu dbuat.Jika strategi ini tidak dilakukan, kita cenderung utk merasa bhw terlalu byk mslh sdangkan hanya bbrp pekara shj.Strategi ini juga boleh dilakukan dalam penjimatan bajet harian, bulanan anda.

Perkara ke 3 - Disiplin dlm mengambik tindakan
Selalunya wpun kita dah ada langkah mengatasi namun, kita cenderung utk delay @ kata tak apa. Ini pula adalah cabaran kita iaitu tidak berdisiplin dlm mencapai matlamat yang telah dkenalpasti. Kita perlu lebih tegas. Hanya dgn ini barulah kejayaan akan dapat dicapai. Cthnya jika kita dah tahu x boleh berbelanja lebih utk prepaid maka, anda hanya perlu menelefon @ SMS utk pkara yg perlu shj. Begitu juga utk makanan. anda boleh membawa bekal agar tidak makan di pekan @ makan di kedai yang lebih ekonomi

Kesimpulan:
Jika semua ini dilakukan nescaya anda akan berjaya dalam banyak perkara

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...