Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

28.6.10

Sikap Manusia



Berfikir sejenak mengenai tajuk diatas membuatkan saya terfikir, kenapa sukar untuk mengubah sikap manusia. Khususnya yang perangai yang mgkin x dsnangi dll. Dulu saya fikir . . takan diorang x tahu bahawa sesuatu yang dilakukan itu salah @ tidak patut dll. Namun, sikap sebegitu masih juga berlaku. Fikir2kan butiran dibawah
  • ada yang memang tak sedar sebab ia adalah tabiat sebenar seseorang itu. dalam keadaan ini orang yang akan memaklumkan, menasihati akan berdepan dgn 2 perkara. Terima @ tidak terima nasihat dr org lain
  • Yang hanya cenderung utk berubah adalah individu yang sedar sdiri dan mahu berusaha mengubah sikap itu. Realitinya bukan mudah utk mengubah sikap sebenar kita. Namun jika nak seribu daya tak hendak seribu dalih.
  • Bagi yang memiliki sikap yang baik, rasa2nya amat patutlah kita bersyukur kerana kita sekurang2nya akan mampu berhadapan dgn pelbagai perkara dan kita akan positif dalam segala hal
  • Sikap yang kurang baik jika tidak ditangani sebaik2nya boleh membawa kesan kepada kehidupan, keluarga, perkhidmatan, masyarakat sekeliling dan dalaman kita secara peribadi. Sebab itu ada yang tidak menerima diri mereka masing2 bila mereka berdepan dgn perkara sebegini. ada yang malah membenci dirinya sendiri
  • Bagi kita yang cenderung utk menasihati dan mendorong orang lain, masa yang paling baik adalah dimana kita melihat bahawa individu itu sendiri seolah2 mulai mencari nilai2 positif, bertanya tentang hal2 yang berkaitan. Itulah masa yang paling baik utk menasihati dan mendidik orang lain.
  • Namun jika difikirkan semua ini berpunca dari corak pemikiran kita juga. Contohnya bagaimana kita menilai seseorang, apakah pendirian kita terhadap sesuatu perkara dan apakah respon kita. Dengan ini ia akan membawa kepada perubahan dalam sikap kita.
  • Saya berfikir mmg susah utk mengubah sikap tapi ada juga yang berjaya sehingga mengajar dan memberi harapan kepada saya utk bertindak sedemikian dalam usaha membantu dan membimbing orang. So hidup2 kita ini penuh dgn pelbagai warna kehidupan yang hanya kita perlu hadapi dgn cara yang pelbagai. Itulah keindahan hidup ini sebab ia fleksibel dalam banyak perkara dan seterusnya mendidik kita dari satu hari ke hari esoknya yang tidak akan pernah sama
  • Mudah2an info ini membantu dan tujuannya adalah utk sama2 menaikan nilai hidup sesama kita dan menceriakan dunia kta pada setiap hari. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...