Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

21.7.10

Pemikiran terlalu objektif



Salam sejahtera untuk semua . .

Kadang2 bila difikirkan halatuju pemikiran dan emosi manusia sekarang terlalu bersifat objektif. Bermakna sentiasa mahukan sesuatu tanpa memikirkan apakah cara terbaik dalam mendapatkannya. Dimana2 sahaja mungkin berlaku desakan, arahan dan permintaan untuk sesuatu. Tapi jarang pula diterapkan dalam pemikiran dan sikap kita sewaktu meminta. Juster yang berlaku adalah emosi yang marah2, penggunaan status, kekuasaan dll. Akhirnya tiada lagi kemesraan, rasa tanggungjawab, keperluan sesama insan, nilai2 kemanusiaan. Ini membawa pula isu ini kepada mengutamakan diri dalam semua hal sehingga mula tidak mementingkan orang lain, jiran, kawan dan keluarga. Semuanya atas dasar keperluan masing2.

Mari saya mengajak kita semua untuk kembali memikirkan nilai2 murni yang pernah suatu ketika dulu kita amalkan. Memberi salam, memberi sedikit dari apa yang kita ada kepada orang lain, berkongsi dan saling membantu. Sekarang pastinya bukan mudah untuk dilakukan tetapi memang ada manusia di luar sana yang masih berusaha mengubah diri dan persekitaran mereka kearah yang lebih baik. Justeru untuk membantu mereka, mari bantu diri kita terlebih dahulu. Ingat . . . bila kita meminta sekarang ingat2 lah bagaimana harus bertanya @ meminta. Muda2han diluruskan liku2 hidup anda selepas ini.

TQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...