Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

24.11.10

Jenis2 manusia



Tadi sempat melihat satu minit cerita omputih dan yg terdetik dihati utk dikongsikan pada pagi ini adalah dimana tiba2 satu kereta melanggar sebuah kereta lain dihujung cerita tersebut dgn kelibat kereta yang melanggar itu amat singkat dan mungkin ada yang tidak perasan kedatangannya. Ini lah cerita pada pagi ini.

Rasa2nya jika klips ini diedit pendek dan ditayangkan sewaktu lecture di U kepada sekumpulan pelajar U, mesti ada beberapa kategori manusia yang akan terlihat iaitu sama ada dapat mengesan kedatangan kereta itu atau pun tidak. Ini kerana ia berlaku dalam sesaat sj. Antaranya kategori yang akan ada :
  • jenis x kisah
  • x tahu apa2 wpun dalam kelompok itu
  • nak tahu tapi x tahu juga
  • ada yang relax je tapi tahu bila memberi jawapan
  • ada yang aktif dan memberi jwpn berdasarkan arahan
  • ada yang akan menyebutnya lantang tanpa menghirau arahan yg mungkin diberikan
  • ada yg nak tgk keadaan dulu baru bertindak
  • ada yang suka2 je tgk keadaan
  • ada yg menyibuk
  • wah byk juga ni . . . .
Rumusan:
Beginilah wujudnya kategori mnsia dalam apa jua kes, situasi atau keadaan yang berlaku dlm khidupan ini sehingga membawa impak kepada pelbagai pelaksanaan sistem atau dasar, mahu pun undang2 dan perlembagaan kita. Ia juga sama dalam kes politik tanahair.

Semuanya bermula dari PERSONALITI masing2. Namun apa yang lebih penting adalah bukanlah cara kita respon terhadap semua itu tapi BAGAIMANA kita seharusnya RESPON dalam bentuk yang baik atau POSITIF. Rasanya2 semua kategori diatas boleh membawa kepada impak buruk namun jika halatuju setiap respon itu terarah kepada hal2 positif maka byk hal akan dpt diuruskan atau ditangani dgn baik.

Cthnya bagi yg suka menyibuk, mereka seharusnya tahu bhw tindakan sebegitu kurang elok dan harus mengambil tindakan positif lain selain mewujudkan huru-hara. Bagi yang buat dek je pula, mereka seharusnya memikirkan bgmn utk saling menjurus kepada kerjasama yang akan membuahkan hasil baik. Begitu juga bagi kategori yg sgt positif dalam melampiaskan apa yg difikirkan betul oleh mereka shj tanpa memikirkan kesan selepas itu. Misalnya dgn tidak mengendahkan arahan atau perasaan orang lain. Sikap proaktif melampau sebegini akan amat memberi kesan negatif shj. Berlainan jika idea bernas mereka dinyatakan dalam bentuk tertib namun bercirikan keyakinan.

Kategori sebegini ada dalam kelompok masyarakat sekitar kita dan kita sendiri juga termasuk dalam sebahagian dari kategori ini. Ia mgkin dalam kejiranan kita, rakan sekerja, sekelas dan masyarakat setempat kita. Apapun SARANAN akhir agar masing2 mengambil tindakan bercorak POSITIF bersesuaian dgn personaliti masing2 sebab ia akan membawa kepada implikasi lain jika dilakukan semberono shj.

Thanks for reading. Its only an idea, words of sharing for the good of everybody. All d best

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...