Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

15.12.10

Apa itu Wireless N?



Pada mulanya dipanggil 802.11a, kemudian 802.11b dengan kelajuan 11Mbps, diikuti 802.11g dengan kelajuan 54Mbps, dan kini dipanggil 802.11n. Juga disebut sebagai Wireless N. Teknologi wayarles yang terpantas digunapakai di pasaran saat ini.

Protokol 802.11n dibangunkan oleh IEEE atau Institute of Electrical and Electronics Engineers. Nombor "11" merujuk kepada kumpulan kerja IEEE yang ditugaskan dalam piawaian 802 dan angka "n" pula merujuk kepada kumpulan khas di dalam badan ini, juga dikenali sebagai TGn.

Piawaian teknologi 802.11n disaluti dengan beberapa isyarat radio untuk sampai ke destinasi dan kelajuannya adalah 12 kali berbanding teknologi 802.11g. Wireless N juga mampu melebarkan keluasan capaian rangkaian serta mengurangkan kesan titik mati atau dead spot yang sering terjadi kepada piawaian-piawaian lama.

Untuk mendapatkan gambaran kelajuan yang disukat dalam megabits per saat (mbps), rujuk jadual di bawah berikut:

802.11b (2.4 GHz): 5-11 mbps
802.11g (2.4 GHz): 25-54 mbps
802.11a (5.0 GHz): 25-54 mbps
802.11n (2.4 GHz): 100-200+ mbps


Gambarajah 1: Kebanyakan peralatan Wireless N di pasaran adalah serasi dengan peralatan wayarles G dan B.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...