Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

16.12.10

Info Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM




Profil Jabatan
JabatanBahagian Psikologi dan Kaunseling
Ketua JabatanSetiausaha Bahagian
Tuan Haji Masbah bin Dato� Haji Mohd Taha
AlamatBahagian Psikologi dan Kaunseling Blok B, Jalan P8C – 1, Presint 8,62250, Putrajaya
Nombor telefon03-8890 7800
Nombor faks03-8890 7959
Laman webhttp://www.moe.gov.my/bpsk
Alamat e-mel
PENGENALAN
Bahagian Psikologi dan Kaunseling telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Mac 2008 ekoran penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) berperanan dalam memenuhi aspirasi merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005 : Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia yang berbentuk penilaian, pembangunan personel, penyelidikan dan psikologi intervensi.

Bahagian Psikologi dan Kaunseling merupakan bahagian yang bertanggungjawab secara langsung dalam pembangunan kesejahteraan modal insan yang beramanah, berinteriti, produktif, kreatif serta inovatif dalam kontek Kementerian Pelajaran Malaysia. Inspirasi ini adalah selari dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik (terancang) dan berterusan berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Untuk mencapai matlamatnya, BPsK akan melaksanakan pelbagai jenis program berteraskan ilmu psikologi dan kaunseling yang berkaitan dengan perkhidmatan pembanguanan, pencegahan, pemulihan dan intervensi krisis.

Pelaksanaan perkhidmatan Bahagian Psikologi dam Kaunseling adalah melalui pendekatan  khidmat sesi kaunseling, konsultasi, advokasi serta pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan konvensyen, seminar, kursus, bengkel dan ceramah; menerbitkan risalah, modul dan jurnal mengenai hasil penyelidikan; mengujudkan program pemantauan dan latihan pemantapan kompetensi kaunselor organisasi; menyediakan kemudahan distress center dan membangunkan data-data warga KPM berkaitan pembangunan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

Fokus utama sistem penyampaian Bahagian Psikologi dan Kaunseling adalah selari dengan keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang menekankan impak secara signifikan terhadap hasil dan kualiti kepada pelanggan berteraskan visi nasional  “ 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”.
VISI
BERSAMA MENCIPTA KESEJAHTERAAN MODAL INSAN
MISI
MEMPERTINGKATKAN KESEJAHTERAAN MODAL INSAN MELALUI PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Psikologi dan Kaunseling berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi piagam pelanggan seperti berikut:
  1. pelanggan mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam tempoh 10 minit selepas mendaftar di kaunter;
  2. tempoh masa setiap sesi kaunseling adalah antara 45 minit hingga 60 minit;
  3. keputusan ujian psikometrik bagi setiap klien diperolehi dalam tempoh 3 hari bekerja;
  4. menentukan kerahsiaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling sentiasa diutamakan, selagi mana ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada klien ataupun pihak lain selaras dengan akta kaunselor 1998 (AKTA 580);
  5. laporan sesi kaunseling disiapkan dalam tempoh tiga (30 hari bekerja atas permintaan.
NILAI
  • Menghormati dan Menerima Klien Tanpa Syarat.
  • Menjaga Kerahsiaan Klien Pada Tahap Optimum.
  • Tidak Menghukum dan Melabel Klien.
  • Menanam Sifat Ikhlas, Jujur, Amanah dan Berintegriti (IJAB) Dalam Melaksanakan Tanggungjawab.
  • Mematuhi Etika Kaunselor Yang Digariskan Oleh Lembaga Kaunselor dan Badan-Badan Profesional Kaunseling Yang Lainnya.
OBJEKTIF
  1. Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  2. Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
  4. Memberikan pendidikan kesihatan mental dan fizikal kepada warga KPM.
  5. Membangunkan dan analisis keperluan aplikasi psikologi dan kaunseling berdasarkan data dan kajian secara kolaberatif .
  6. Menyediakan pelan dan laluan kerjaya kepada kaunselor KPM selaras dengan rakan profesional yang lain.
  7. Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
  8. Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.

Struktur Organisasi
  • Cawangan Pembangunan Psikologi Dan Kaunseling
  • Cawangan Pemantapan Psikologi Dan Kaunseling
  • Cawangan Profesionalisme Psikologi Dan Kaunseling
  • Cawangan Operasi Psikologi Dan Kaunseling
  • Unit Pentadbiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...