Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

31.1.11

Motosikal MOMOS MADASS



Berikut adalah beberapa gambar yang berkaitan dgn motor ni.
Madass 125
Golongan wanita turut berminat
Ubah suai: warna yang lebih menyerlah


Inilah rupanya jika dicuci - waterproof la tu


Ubah suai: Acc yang boleh digunapakai

Ubah suai: ini pun sama juga

Ubah suai: kalau letak alas bakul. macamni la rupanya

Ubah suai: ini pula  kalau ada bakul belakang

hampir sama dgn madass. Cuma ia lebih gempak ler

Ubah suai: bakul kat depan. ok gak ni


Watch this:
video n Video  n video

Klinik 1 Malaysia di Padawan batu 10 - Info net lain



KUCHING: Klinik 1Malaysia ba Kota Padawan udah berengkah bejalaika pengawa kena 6 Januari tu tadi.
Klinik tu bepalan ba Lorong 10 Kota Padawan berimbai enggau Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 10.
Taja pia enda mayuh orang nemu pasal klinik tu sebedau dipadahka Menteri Muda ba Opis Kepala Menteri Tan Joo Phoi kemari.
Nitihka penerang ari indu misi, klinik tu berengkah bejalaika pengawa kena 5 Januari lalu nyentukka hari Dua (18 Januari) tu tadi klinik tu udah nerima 276 iku pesakit.
“Sepengudah klinik tu berengkah dibuka, kami nerima urung 20 iku pesakit dalam kandang sehari,” ku iya lebuh dikerandau pemberita ba klinik nya kemari.
Iya madahka, klinik tu dibuka berengkah ari jam 10 pagi nyentukka 10 malam nyengkaum maya kemisi, lalu 20 iku pengereja pengawa enggau empat iku derisa tauka pemantu perubat (MA) ti bejalaika pengawa.
“Klinik tu dibuka ninting hari nyengkaum maya kemisi berengkah jam 10 pagi ngagai 10 malam, pengereja pengawa nyengkaum pemantu perubat bisi bejalaika pengawa nitihka syif sida,” ku iya.
Entara servis ti disediaka ba klinik tu iya nya peresa mit, pendispensan ubat, servis makmal sereta ngubat dulu pesakit ti udu sebedau dianjung ngagai sepital.
Nitihka indu misi nya, Sapit Menteri Datuk Yong Khoon Seng enggau Tan Joo Phui dipelabaka ngabas klinik tu saritu (20 Januari).

Rumusan :
  • Dibuka dari 10am - 10 pm
  • Termasuk waktu cuti

Cara baru 'printsceen' di komputer



Dulu ada la try printscreen. Kadang2 ok kadang2 ko. So bila terbaca entry blogger kat net so kira kita orang try la smua ni ye. add je benda di ( screen grab ) n install. try le

Pendrive keluar 'shortcut'. Eeeiii greamnyer



Dulu ada la kena kes camni dimana pendrive dgn data kita tertulis sbgi fail shortcut. Data masih ada kat situ kalau kita check properties, tapi bila nak buka x dapat. So korang try la cara ni yer

1. Buka ‘run’ (kalau tak jumpa, korang boleh cari di Search, taip je run)
2. Enter
3. Di ‘run’, taip cmd
4. Enter
5. Kemudian, taip f: attrib -r -h -s *.* /s /d
(f: tu korang kena tukar ikut lokasi pendrive korang)
6. Enter
7. Tunggu laptop korang siap run
8. Buka pendrive korang, dah dapat balik folder korang
9. Dah boleh delete folder shortcut

Tips: Rompakan dekat bank



Bila dibaca, logik juga idea ni. Cuma tak tau bila akan berlaku pada seseorang. Tapi ia adalah utk kita semua fikir2kan dan untuk makluman. Sila baca

Dear all,

 Pls be careful.
I drove to Maybank Seapark branch PJ last Friday evening at about 5.30pm, 29May09. I was pleased to find a vacant bay just outside the bank. I parked my car and went to do some banking at the machines, then I walked cross to Watson to get some toiletries. I came back to my car and noticed that the front right tyre was almost flat. Immediately I drove to the tyre shop nearby, which is about 100m away.

I told the shop keeper I had a flat tyre. His prompt response: "Did you go to the bank?" He told me a few similar cases happened. It was a clean cut on the side of the tyre, about 1 cm long.

I guess these evil-doers' tactic was to follow my car (if I had not
noticed the flat tyre) until I could not go further with the flat tyre. Then they would either rob me on the spot or force me to go back to the bank to
 withdraw money for them.

This reminded me of another time when I also parked in front of a bank in Uptown, Damansara Utama. I did not go to the bank that day. I had lunch with a friend near the bank. I sent her back to Taman Tun and came back home. One of the tyres was flat. There was a brand new nail stuck to the tyre. I suppose that evil person did not follow us as he noticed we did not go to the bank.

Please be extremely careful when you go to the bank.
DON'T PARK NEAR THE BANK YOU ARE GOING TO!!!
You don't know who is watching you!!!

I thank God for His protection.

Bahaya besi magnet pada peti sejuk anda



Sama ada anda percaya atau tidak, sama2 baca artikel dibawah dan buatlah penilaian anda sendiri.

Remove any decorative magnet from refrigerators,
and put it far away from any food. 
IMPORTANT ~ 
Interesting but very important finding!
A number of researchers at Princeton 's University have discovered something scary!

For several months, they were feeding two groups of mice:
The first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items.

Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the “radiated” food had as much as 87 % higher probability to get cancer than the other group of mice.
Inexplicably no Governments or health associations, institutions have given any statement in this regard.
However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators, and put it far away from any food.

Tarikh Unik di tahun 2011



This year we will experience 4 unusual dates.... 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11 ....
NOW go figure this out.... 
Take the last 2 digits of the year you were born plus the age you will be THIS year and it WILL EQUAL TO 111.
For example, 66+45= 111!
How Cool Is That!?!?!?

28.1.11

Sindiket Menipu Semasa





Masa ni mereka berjalan sambil seorang menyanyi dari 1 meja makan ke 1 meja makan yang lain. Errmmm apa cara mereka ni ? Rasa2nya idea ni korang akan guna tapi x elok lah kalau buat sebab . . . nama dah MENIPU, so kiran tak elokla. apa mereka buat?

1 orang nyanyi dgn gitar dan 2 @ 3 org akan bawa buku kecik dgn gambar kanak2 kecil sebagai mangsa dera, kemiskinan dll. Kira bantuan kemanusiaan la ni dengan TUJUAN MEMBERI DERMA /SUMBANGAN kepada golongan ini. Tapi apa yang membuatkan mereka ini nampak menipu . .

  1. Ada dikalangan mereka kata mereka dari Philipine (berdasarkan alamat bantuan tersebut) Namun, kali kedua kami makan kat situ, ada pula orang indon yang bersama mereka. Ia dicam dari bahasa mereka la.
  2. Buku kecil sebegitu amat mudah dibuat. Print sahaja gambar budak2 atau dapatkan sahaja dari internet.
  3. Setiap sumbangan itu mrk tidak beri resit. Kes sebegini. . . kalau masuk kocek sendiri, sapa tau
  4. Waktu makan orang selalu happy, santai2 bersama rakan. So inilah peluang utk mrk ambik duit kita. Walaupun sikit tapi kalau dah setiap malam . . boleh tahan tu. Sebab ada yang bagi 10 dan lebih dari itu.
  5. Senarai nama penderma dan jumlah sumbangan mereka sentiasa nampak baru je dan sentiasa dimuka depan shj dgn tiada rekod penyumbang2 terdahulu. Pendek kata, bila dah ramai mereka buat @ guna yang baru sbb takut kita belek2 buku tu n tau brp sumbangan orang lain dan semakin menimbulkan syak wasangka kita.
  6. Kalau dah warga luar, pastinya mereka sanggup dan berani utk berbuat demikian tanpa rasa segan dan malu. Sebab xde orang kat sini yang kenal mereka. Samalah juga kalau kita yang buat mcmtu dinegara luar. Kira dapat la kita. Xde la malu sangat kan.
  7. Dulu aku bagi la, tapi bila dah  fikir punya fikir dan memerhatikan mereka waktu mereka berada di meja lain . . maka timbullah idea2 sbegini. 
  8. Pendek kata. korang jangan bagi la. Ada saluran2 sah yang boleh kita pakai utk menderma kepada badan2 tertentu. 
All d best

Barbeque dan masak sup sekaligus



 Dah puas makan, nak main2 pula
 Inilah dia masak 2 style sekaligus


 Inilah jadinya
 Nak ayam pun boleh

Bila nak makan kat sini, memang rasa berbaloi dan puas. Apa tidaknya dengan garha RM18 soerang. kita boleh makan apa sahaja dan sebanyak mana kita suka. Aiskrim tak payah cakap la. Nak letak kat mangkuk, icc cream con . . semua boleh. Tapi rasa2nya tak eloklah selalu sangat sebab kolestrol daging2 ayam, lembu, kambing, sotong, udang dll tu memang dahsyat juga.

ancaman virus



Inilah masalah bila x kisah sangat dengan anti virus. Bila fail dah kena !!!!! barulah tercari2 dan scan sana sini.

Apapun, hari ini buat pengguna2 IT yang baru berkecimpung dlm dunia IT. saya suka nak cerita sikit pasal benda ni setelah membelek2 dan mendapat info dari pelbagai sumber.
  1. antivirus biasa : lebih murah. Elok untuk PC kat rumah je la dan tiada atau kurang digunakan secara online
  2. Anti virus - internet security : Wajib dipakai kalau selalu online; buka web/ blog sana sini dan ada urusan ONLINE BANGKING. Walaupun pihak bank ada security sendiri tapi HACKING/ firewall sistem kita akan mudah kena dan maklumat2 akan dicuri.
  3. Anti virus lebih kurang sama je fungsi nya: apa pun jenama yang dipakai fungsinya lebih kurang sama je. Bezanya sikit harga turun naik oleh kerana persaingan harga yang toke2 sendiri buat bagi melariskan jualan. Daripada dok simpan dalam kedai je.
  4. Ada pengguna yang hebat yang tidak mahu pakai AV : sebabnya dia akan back fail selalu; kalau ada mslh dia akan format komputer sendiri dan hidupkan semula
  5. 1 user : kalau nak beli agak mahal so elok beli 3 @ 5 user; boleh bagi @ jual kat sapa2 je. Tapi sekali sorang dah activate maka tarikh utk semua user yang lain tu pula akan automatik bermula. So kena cari user lain cepat2 ler.

27.1.11

Samarahan to PPD Padawan



Eerrmmm rupa2nya tak la jauh sangat bila aku guna jalan tabuan/ bdu/ hui sing/ keretapi dan terus ke office d PPD. lebih kurang 19-22 km je. Jauh lebih dekat bila guna jalan Batu 7. Ermm ok la tu.

26.1.11

Derma darah boleh sihatkan tubuh



KEMPEN derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa. 
Bagi kita yang sihat, keperluan menderma darah mungkin tidak meresap ke dalam jiwa.

Sesekali luangkan masa melawat wad kanak-kanak, khususnya yang menempatkan pesakit kecil penghidap talasemia dan leukemia. Mungkin selepas lawatan singkat ini, anda akan faham perasaan ibu bapa pesakit apabila hospital tidak dapat membekalkan darah sesuai untuk anak mereka.

Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.

Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.

Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.

Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.

Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.

Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.

Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.

Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.

Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

Penerima darah

Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai. Antaranya ialah:

-Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.
-Pesakit talasemia.
-Pesakit leukemia.
-Pesakit haemofilia.
-Individu yang mengalami masalah anemia.
-Mangsa kebakaran.
-Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
-Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
-Mangsa demam denggi.


Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.

Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.

Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).

Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan.

Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.

Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.

Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:


-Berumur 18 hingga 65 tahun.
-Berat badan melebihi 45 kilogram.
-Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-Tidak menghidap penyakit kronik.
-Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.


Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:

-Demam.
-Berat badan kurang 45 kilogram.
-Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
-Tidur kurang lima jam.
-Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
-Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
-Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
-Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
-Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.


Paling penting, jangan menderma darah jika anda:

-Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
-Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
-Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
-Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Mengambil dadah secara suntikan.

Punca batu karang



Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air
ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Ujian awal kesan sakit buah pinggang



RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.


Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Ujian awal kesan sakit buah pinggang




RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.


Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

HYPERTENSION



What causes Hypertension?
There are two types of hypertension:

1. Primary (Essential) Hypertension - there is no known cause. Only lifestyle modificaiton and medicines can control the blood pressure.

2. Secondary Hypertension - These cases are due to specific conditions. Treatment of these conditions may bring down the blood pressure. (Less than 10% of hypertension cases are secondary hypertension)

Conditions that can cause high blood pressure are:

- Kidney failure
- Aortic Stenosis - A disease of the large blood vessel
- Renal Artery Stenosis - narrowing of the blood vessel to the kidney
- Cushing's Syndrome - excessive steroid hormones from adrenal tumour or excessive intake of steroids
- Conn's Syndrome - excessive aldosterone hormone
- Phaeochromocytoma - high blood pressure during pregnancy
- Certain medicines - steroids, contraceptive pills

Symptoms of hypertension:

Most patients suffering from hypertension do not have any symptoms eventhough their blood pressure is high. The diagnosis is only made by physical examination (e.g. during medical examination for job application or prior to going Mecca for Haj or when we see a doctor for some other complaint like fever or cough). Many patients however finds out that they have hypertension only when develop complications like heart attacks or stroke. Nevertherless patients with hypertension my have the following symptoms:

- Headaches or giddiness
- Blurred vision
- Chest pain

What are the effects of hypertension on the organs?

The main effect of hypertension is on arteries. High blood pressure causes the artery wall to become thickened (hypertrophy) and the lumen becoms narrowed. Damage to the internal surface of the artery wall results in the formation of atheromatous plaque which diminishes blood flow. A blood clot can form on the plaque. Pieces of clot may break off and travel with the blood downstream and cause obstruction of the smaller blood vessles.

All parts of our body have blood vessels. Hence, high blood pressure can damage all organs in our body. The most serious damage occurs in the following organs:

1. Heart
2. Brain
3. Kidneys
4. Eyes

Managing your ANGER



Anger is a normal and usually a healthy human emotion. However, it could also turn out to be destructive when it gets out of control. It could also lead to problems at work, in your personal relationships and in the overall quality of life. Uncontrolled anger makes you feel as though you're at the mercy of an unpredictable and powerful emotion.
What is Anger?

The Nature of Anger
Anger is an emotional state that varies in the intensity from mild irritation to intense fury and rage. Similar to other emotions, it is accompanied by physiological and biological changes. Your heart rate and blood pressure increases when you get angry.

Both external and internal events could cause anger. You could be angry at a specific person or your anger could be caused by worrying about your personal problems. Memories of traumatic events can also trigger angry feelings.

Expressing Anger
The natural way to express anger is to respond aggressively. Anger is a natural and an adaptive response to threats; it inspires powerful, very often aggressive feelings and behaviours, which allow us to fight and to defend ourselves when we are attacked. Henceforth, a certain amount of anger is therefore necessary to our survival.

On the contrary, we can't physically lash out at every person or object that irritates or annoys us. There are laws, social norms, and the common sense that place limits on how our anger can take us.

People use a variety of both conscious and unconscious processes to deal with their angry feelings. The three main approaches are:

Expressing
Expressing your angry feelings in an assertive manner is the healthiest way. To achieve this, you have to larn how to make clear what your needs are, and how to get them met, without hurting others. Being assertive literally means being respectful of yourself and others.

Suppressing
Anger can be suppressed, and then converted or redirected. This happens when you hold in your anger, stop thinking about it, and focus on something positive. The aim is to suppress your anger and convert it into more constructive behaviour. The danger in this type of response is that your anger can turn inward - on yourself. Anger turned inward may cause hypertension, high blood pressure, or even depression. Unexpressed anger can create other problems. It can lead to pathological expressions of anger, such as passive-aggressive behaviour (getting back at people indirectly, without telling them why, rather than confronting head-on). It could also lead to a personality trait that seems perpetually cynical and hostile. People who are constantly putting others down, criticising everything, and making cynical comments haven't learned how to constructively express their anger. Not suprisingly, they are not likely to have many successful relationships.

Calming
Finally, you can calm down inside. This means not just controlling your outward behaviour, but also controlling your internal responses, taking steps to lower your heart rate, calm yourself down, and let the feelings subside.

When none of these three techniques work, that's when someone or something is going to get hurt.

Anger Management

The objective of anger management is to reduce both your emotional feelings and the physiological arousal that anger causes. You can't avoid the things or people that enrage you, nor can you change them within a short period, but you can learn to effectively control your reations.

Strategies in Anger Management

Relaxation
Simple relaxation tolls, such as deep breathing can help calm down angry feelings. If you are involved in a relationship where both partners are hot-tempered, it might be a good idea for both of you to learn these techniques:

Some simple steps you can try:

1. Breathe deeply from your diaphragm; breathing from your chest would not relax you. Picture your breath coming up from your gut.

2. Slowly repeat a calm word or phrase such as "relax", "take it easy". Repeat it to yourself while breathing deeply.

3. Visualize a relaxing experience through imagination.

4. Yoga-like exercises can relax your muscles and make you feel much calmer.

** Practice these techniques daily. Learn to use them corectly when you are in a tense situation.

Tip kurang kadar kolesterol dalam tubuh



UNTUK mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh seseorang, ia boleh dilakukan dengan terapi nutrisi iaitu melalui pengambilan makanan anti kolesterol yang boleh diperoleh dalam hidangan seharian individu. Hakikatnya, anda boleh membuat pilihan hidangan tepat dengan menggantikan lemak jahat dalam tubuh kepada lemak bermanfaat. Limau nipis
Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.
Ikan Tuna
Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.
Tempe
Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.
Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung
Mangga
Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.
 

Perut buncit berisiko mati awal?





KEGEMUKAN merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.
Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.
Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.
Untuk menjalankan kajian ini, para penyelidik telah membuat analisis data daripada lebih 44,000 orang wanita diikuti dengan sejarah kesihatan lebih 1,000 jururawat berdaftar di 11 negeri.
"Seperti apa yang dapat diperoleh daripada kajian NIH Obesity Research Task Force, kesan cabaran akibat obesiti, penemuan terbaru menunjukkan bahawa penyelidikan dapat memainkan peranan dalam pemahaman tentang risiko obesiti," jelas Pengarah NIH, Elias A. Zerhouni.
Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut diketuai oleh Cuilin Zhang dari NIH, Eunice Kennedy Shriver dari Institut Kesihatan Kebangsaan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia (NICHD).
Dana untuk menjalankan kajian ini pula diperoleh daripada NIH, Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Diabetis, Pencernaan dan Buah Pinggang Kebangsaan. Kajian ini disokong oleh Institut Darah, Paru-paru dan Jantung Kebangsaan. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Internet menerusi laman web Circulation.
Semakin hari semakin banyak bukti yang mengaitkan lemak berlebihan di abdomen dengan risiko penyakit diabetes dan jantung. Bagaimanapun perkaitan antara obesiti di bahagian abdomen dengan risiko kematian masih belum dikaji secara meluas.
Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal.
Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 44,000 wanita telah mengikuti rekod sejarah kesihatan dan gaya hidup mereka.
Disebabkan majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu ialah wanita kulit putih, para penyelidik tidak begitu pasti sama ada hasil kajian mereka boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki daripada bangsa lain.
Semua wanita yang terlibat dalam kajian pula terdiri daripada jururawat berdaftar. Pada awal kajian dibuat, mereka diminta untuk mengukur ukur lilit pinggang dan paha mereka.
Setiap dua tahun, kumpulan wanita ini diminta untuk mengisi borang kaji selidik tentang kesihatan mereka, memberikan maklumat tentang umur, tahap aktiviti luar, status merokok, diet, tekanan darah dan paras kolesterol.
Para penyelidik ini turut mengkaji punca kematian bagi wanita yang didapati meninggal dunia ketika tempoh kajian ini berlangsung iaitu sebanyak 3,507 kematian dan daripada jumlah itu 1,748 diakibatkan oleh kanser, manakala 751 kerana penyakit berkaitan jantung.
Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.
Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.
Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.
Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka.
BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.
Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity.
Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat.
Menurut Dr. Zhang, dalam tahun 2004 lebih daripada satu setengah orang dewasa Amerika mengalami abdominal obesity.

Stres mungkin baik untuk anda






BARU-BARU ini seorang ibu membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun menemui doktor pakar setelah anaknya mengalami demam yang berpanjangan sejak memasuki tahun satu sekolah rendah pada 5 Jan lepas. Sebelum ini, doktor yang merawat budak lelaki tersebut telah menyatakan bahawa dia bebas daripada penyakit yang serius.
“Setiap kali saya bawa anak ke klinik atau hospital, mereka (doktor) hanya bagi ubat untuk demam. Ujian darah pula menunjukkan tiada apa-apa penyakit”, ibu tersebut, yang hanya mahu dikenali sebagai Rahimah, memberitahu penulis di sini baru-baru ini.
“Anak anda adalah normal. Mungkin dia stres kerana masih belum dapat menyesuaikan diri di persekitaran baru sekolah”, itulah antara kata-kata oleh pakar kanak-kanak tersebut kepada Rahimah semasa sesi rawatan di kliniknya.
APA ITU stres?
Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.
Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.
Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.
Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.
Sukar untuk didefinisi
 
Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.
“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.
“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.
“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.
Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.
“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.
Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.
“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.
Risalah Kementerian Kesihatan
 
Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.
Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.
Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Air buang lemak : Elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan




PERNAHKAH anda kecewa dan hampir putus asa apabila usaha mengurangkan makan dan kesanggupan berlapar masih tidak berjaya menggerakkan jarum alat penimbang seperti diharapkan?

Sebenarnya ramai orang di dunia ini berkongsi pengalaman sama dengan anda. Ini antara cabaran yang dilalui semua orang.

Bezanya, ada orang mempunyai keazaman lebih tinggi untuk mencapai cita-cita mereka, walaupun banyak halangan.

Untuk mengurangkan berat badan, menahan makan saja tidak cukup. Ia perlu disertai dengan senaman dan minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.

Air adalah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak, kata Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul Faridah Kamarul Zaman.

Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Air penting sebagai bahan ‘pembersih’ kerana ia memudahkan proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.

Namun, ramai keliru dengan isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari.

Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali anda terasa lapar. Tidak mengapa jika terlebih minum kerana kesan sampingannya hanya kita kerap berulang ke tandas.

Jika terlebih makan, kesannya lebih payah kerana ia merumitkan masalah berat badan berlebihan yang sedia ada. Jangan tunggu hingga terlalu dahaga untuk minum kerana ia sebenarnya menandakan badan kita mengalami masalah kekurangan air (dehidrasi).

Tidak perlu tunggu terasa dahaga untuk minum kerana badan kita memerlukan kira-kira satu liter air sehari untuk berfungsi dengan baik.

Usah risau minum banyak air kerana ia tidak mengandungi kalori. Malah, ia baik untuk buah pinggang yang bertugas menapis darah dan menyingkir bahan toksik daripada badan.

Bagi individu yang mahu menurunkan berat badan, minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kita makan banyak.

Bagaimanapun, jangan sampai tidak makan kerana apabila terlalu lapar kita terdorong untuk makan lebih banyak melebihi keperluan. Lapar menandakan badan kita kekurangan glukos dan meningkatkan keinginan untuk makan banyak.

Air yang dibincangkan di sini ialah air masak atau mineral iaitu air yang tiada kalori. Pun begitu, ia bukan bermakna anda tidak boleh minum air manis tetapi ia tidak disarankan bagi individu yang mahu menurunkan berat badan.

Jus buah juga antara pilihan baik untuk diambil sebelum makan, tetapi pastikan ia tidak ditambah gula bagi memperbaiki rasanya.

Lebih baik jika serat buah berkenaan dimasukkan bersama kerana ia bukan saja membuat anda berasa lebih cepat kenyang, bahkan melancarkan proses penghadaman.

Jus buah mempunyai banyak manfaat kerana ia mengenyangkan, banyak khasiat dan kaya serat. Kandungan gula semulajadinya memenuhi keinginan anda untuk minum atau makan makanan manis.

Malah, makan buah-buahan juga cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Namun, jangan terlalu gembira jika berat badan turun mendadak walaupun anda sentiasa dahaga dan kerap buang air kecil kerana ini tanda utama penyakit kencing manis.

Biasanya pesakit tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Masalah sentiasa dahaga meningkatkan keinginan untuk minum lebih banyak air manis tanpa menyedari ia hanya memburukkan keadaan.

Kencing manis berlaku apabila badan mengalami kekurangan insulin untuk menghadamkan glukosa (gula) untuk dihantar kepada sel.

Sel yang tidak menerima gula akan mati dan ini sebabnya berat badan turun mendadak. Jadi, jika tiga tanda ini ada pada anda, segera jalani pemeriksaan kesihatan bagi mengelak penyakit melarat.

Bagaimana air dapat membantu mengurangkan berat badan? Air tidak mengandungi kalori, justeru ia boleh diambil dalam kuantiti banyak pada bila-bila masa. Ia membantu mengurangkan kuantiti kalori yang diambil setiap hari.

Walaupun ia juga tidak mengandungi khasiat, air penting untuk membolehkan badan berfungsi secara normal dan menjaga kesihatan.

Selain mematuhi jadual makan, mengurangkan jumlah makanan dan minum banyak air, individu yang mahu menurunkan berat badan mesti bersenam. Tiada kaedah singkat dan cepat untuk mendapat berat badan seimbang.

Paling penting ialah kesabaran dan bersenam secara teratur. Tambah waktu senaman antara 10 hingga 15 minit setiap hari dan tukar rutin senaman anda. Dua kaedah ini sebenarnya ‘mencabar’ dan meningkatkan kadar metabolisme untuk membakar lebih banyak kalori.

Penurunan berat badan melalui senaman dan penjagaan makanan adalah kaedah terbaik. Prosesnya perlahan, tetapi berat badan yang hilang tidak kembali jika ia dijadikan amalan sepanjang hayat.

Memahami khasiat air



BERAPA gelas anda minum air setiap hari? Dua, tiga, empat...atau lebih? Soalan tersebut memang kerap kita dengar terutama ketika berjumpa doktor atau pakar pemakanan.
Mungkin ada yang menganggap ia soalan remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk mengingatkan anda supaya minum lebih banyak air.
Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah diet makanan yang seimbang, senaman yang kerap, rehat, sentiasa gembira dan ketawa.
Pengambilan air juga merupakan salah satu daripada asas utama ini. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Fakta-fakta di bawah mungkin membuatkan anda mula memikirkannya.
Mengapa tubuh memerlukan ‘bekalan’ air baru setiap hari?
Antara 55 peratus hingga 75 peratus berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh. Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air.
-Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
-Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
-Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7
 
-Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran
-Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.
-Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari)
Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.
Senarai di bawah menunjukkan bagaimana tubuh boleh kehilangan air.
-Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter setiap hari.
-Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu bandan dan menjadikan anda berasa selesa.
-Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.
-Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1-3 gelas air.
-Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.
Tahukah anda?
Air adalah penahan selera secara semula jadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Jadi minum segelas besar air sebelum anda makan keran itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.
Adakah anda penyahhidratan (dehydaration)
Ramai yang tidak menyedari tubuh sedang mengalami penyahhidratan dan. Di bawah adalah simptom-simptom menunjukkan tubuh sedang ‘dahagakan’ air.
-Pening - Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75 peratus air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening.
- Letih/Lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.
-Sembelit - Aiar melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.
-Mengurangkan pengeluaran air kencing/Airkencing kotor - Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.
-Mulut berbau - Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.
-Mulut kering - Air liur merupakan bahan ‘pelincir’ mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur.
 
Penyahhidratan yang teruk juga menyebabbkan:
-Ketegangan otot - Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.
 
-Kulit - Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan ia akan terlepas dengan serta merta.
-Mata - Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penyahhidratan yang teruk.
Jadikan pengambilan air sebagai habit
Matlamat anda sekarang ialah untuk minum air secara kerap sepanjang hari. Bagi beberapa hari pertama mungkin anda akan berasa kerap ke tandas, ini kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian. Anda juga akan berasa berat badan berkurangan memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur anda melepaskannya.

Kemurungan perlu dirawat - info net lain




RASA sakit dan lesu seluruh badan biasanya disebabkan keletihan dan kerja keras, namun tidak ramai daripada kita yang mengaitkannya dengan masalah kemurungan.
Keadaan itu menyebabkan ramai mereka yang mengalami kemurungan tidak menyedari mereka mempunyai masalah tersebut kerana menyangkakan sakit badan yang dialami adalah sakit biasa.
Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil, berkata, sememangnya ramai yang tidak sedar bahawa kesakitan yang tidak dapat dijelaskan ini sebenarnya berkait rapat dengan kemurungan
Katanya, para penyelidik mendapati bahawa 82 peratus daripada pesakit murung yang datang mendapat rawatan daripada pengamal perubatan pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.
Ini menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan sewajarnya, sementara 18 peratus lagi hanya menerima ubat anti kemurungan.
Beliau yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata, pemahaman mengenai hubung kait kesakitan dan kemurungan amat penting bagi memudahkan proses rawatan penyakit tersebut.
"Ini terutama bagi pesakit yang berada di tahap yang lebih kronik sehingga terdorong kepada perasaan ingin membunuh diri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Bengkel Kesakitan dan Kemurungan, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Bengkel tersebut ditaja oleh Eli Lilly (M) Sdn. Bhd., dengan kerjasama AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
Dr. Mohammad Hussain berkata, kemurungan merupakan penyakit yang melanda kira-kira 121 juta manusia di seluruh dunia.
Malam menurut Laporan Kesihatan Sedunia 1999 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan merupakan penyakit keempat paling ramai dihidapi di dunia yang boleh menimbulkan ketidakupayaan individu.
"Perlu untuk diberitahu kepada masyarakat juga bahawa kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan.
"Ia adalah satu penyakit yang memerlukan rawatan dan banyak mempengaruhi kehidupan lebih-lebih lagi dalam negara yang mengalami krisis ekonomi," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, terdapat beberapa simptom kemurungan yang boleh dikenalpasti secara mata kasar.
Ini termasuk hilang minat atau keinginan terhadap aktiviti yang lazim dilakukan seperti bersukan, riadah bersama keluarga, seks dan sebagainya.
"Pesakit juga mudah dilanda rasa sedih, cepat marah, hilang tumpuan dan lebih teruk lagi timbul rasa ingin bunuh diri.
"Kemurungan tidak mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada kanak-kanak semuda usia lima tahun dengan simptom yang berbeza," tambah beliau.
Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 2:1.
"Antara sebabnya ialah perubahan peringkat hormon yang dialami wanita. Itu sebabnya, kemurungan berlaku ketika wanita mengalami peredaran haid, hamil selepas bersalin dan putus haid.
"Biasanya wanita akan menunjukkan tanda-tanda kemurungan seperti putus asa dan tidak berupaya manakala lelaki pula bersikap berang atau cepat marah," jelas beliau.
Dari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin.
Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf pusat dan perubahan paras serotonin dalam otak boleh mengubah mood seseorang.
Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia mempunyai hubung kait dengan faktor genetik.
Sementara itu, perunding psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Penyakit Kronik dan Hubung Kaitnya dengan Kemurungan dan Kesakitan pula menjelaskan, kemurungan di kalangan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti barah, jantung, strok dan parkinson boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.
"Hubung kait kemurungan dan penyakit kronik amat tinggi. Kesakitan menyebabkan kemurungan dan kemurungan menyebabkan kesakitan.
"Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan keadaan psikologi pesakit, seterusnya membawa kepada kemurungan.
"Kemurungan pula boleh memburukkan lagi keadaan kesakitan dan menjejaskan keadaan fizikal yang mengganggu keberkesanan rawatan penyakit tersebut," jelas beliau.
Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini ialah untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan penyakit tersebut.
"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada tahun 1996 menyatakan 10.7 peratus daripada orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas menghadapi masalah kesihatan mental.
"Kemurungan menyumbang 11.8 peratus kepada masalah psikologi paling umum dihadapi oleh para responden. Walaupun peratusan itu tidak tinggi, ia telah menunjukkan tanda-tanda amaran.
"Didapati hanya sebilangan kecil pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan am untuk mengatasi masalah kemurungan manakala hanya segelintir yang terus berjumpa dengan pakar psikiatri," jelas beliau.
Dr. Jesjeet menambah, masalah kemurungan ini boleh dirawat namun ramai pesakit yang enggan atau keberatan untuk berjumpa pengalam perubatan.
"Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang akan dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah di tempat kerja dan mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap sebagai mempunyai masalah emosi atau kurang keazaman," ujar Dr. Jesjeet.
Pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Ting Joe Hang menegaskan kemurungan bukan satu kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak dan memerlukan rawatan segera.
"Sekiranya pesakit mempunyai empat atau lima simptom tetapi tidak tahu apakah sebabnya berkemungkinan mereka menghidap kemurungan.
"Pesakit tidak harus berdiam diri, mereka perlu berjumpa dengan doktor dan utarakan kemungkinan menghidapi kemurungan supaya mereka boleh dirujuk kepada doktor pakar. Perkara yang tidak harus dilakukan oleh doktor ialah dengan menganggap kesakitan fizikal ini sebagai sakit biasa," ujar beliau.
Menerusi satu kajian kes yang dijalankan, beliau mendapati bahawa seorang suri rumah yang mengadu mengalami sakit gigi masih mengalami kesakitan tersebut walaupun giginya telah dicabut.
"Menerusi perbualan dengan pakar psikiatri, menemukan hasil bahawa wanita tersebut sebenarnya mengalami kemurungan sejak tiga tahun lalu iaitu sebelum dia mengalami kesakitan gigi.
"Wanita itu juga mengakui sukar tidur, hilang selera makan, tidak lagi gemar berkebun seperti dahulu dan mudah sensitif.
Setelah diagnosis dijalankan, rawatan melibatkan ubat, terapi dan sokongan sosial terbukti membantu wanita tersebut mengembalikan keceriaan hidupnya. Bukannya kesakitan gigi yang menyebabkan beliau sakit, tetapi apa yang dipendam menjadi punca kemurungan tersebut," kata beliau.

25.1.11

Blog saya hari ini





Kemalangan Ngeri di Kcuhing



Cuba korang tengok gmbr ni. Memang ngeri juga rasanya kalau kita yang tersepit kat situ. Apakan daya sebab bas tu besar dan tidak nmpk kalau ia tiba2 berhenti mengejut. Itulah akan berlaku dengan motosikal masuk kebawah bas dan mangsanya adalah badan kita yang lembut ni.

Moral of the story: Bawalah motor pelan2 dan biarlah ikut belah kiri je kalau dapat

Ramai juga yang selalu meninggal di bilik mandi / jamban. Kenapa agak?



Kes-kes kematian sebegini mmg biasa didengar. Justeru terfikir pula saya ttg kenapa byk juga kes2 sebegini yang berlaku sama ada di bilik mandi @ jamban. Ada faktor licin, tergelincir, jatuh dll. Tapi kenapa mesti kat situ kan. Kalau jawapan . . dah ajal . . apa boleh buat. berhenti kat situ je la cerita ni. Cuma tu la, tefikir2 juga aku

200 Kes Rogol



Agak mengejutkan juga bila melihat berita ini. dimana ada 200 kes yang melibatkan kes2 rogol yang banyak melibatkan remaja dalam lingkungan umur 16- 17 tahun. Memang tidak dinafikan pada peringkat ini remaja cenderung bertindak liar atau luar biasa. Ini kerana pada peringkat ini jangkauan keluarga ke atas mereka akan berkurangan dan mereka banyak mendengar kata2 rakan mereka. Selain itu, peringkat ini adalah dimana lebih amat terdedah dan terpengaruh kepada budaya cuba2 hingga natijahnya membawa kepada pelbagai isu negatif yang akan memberi kesan besar dalam hidup mereka.

Banjir di Samarahan (2010)




Inilah keadaan yang akan berlaku pada setiap kali banjir di sebuah sekolah di jalan muara tuang, Samarahan. agak2nya lengoh la tukang cuci membersihkan tempat ini.

24.1.11

Naikkan rangking blog anda



Sebelum ni xdelah saya kesah sangat dgn kenaikan rangking blog. Ini kerana ia sekadar luahan idea biasa sahaja. Tapi bila ada yang mulai sign in dan expose blog mereka, akhirnya saya pun terfikir juga tentang hal itu.

Ini ideanya . . .
Kalau korang nak promote blog sendiri, maka pada masa yang sama korang kena juga follow blog lain dan akhirnya ia akan menjadi saluran promosi percuma kepada blog anda.

apa komen anda? Boleh pakai tak.
Kalau korang ada idea2 best pulak, khobar2 la kat sini ye

21.1.11

e-Penyata Gaji: thanks to syazalina83



Mulai November 2010, semua penjawat awam perlu mencetak sendiri penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia e-Penyata Gaji & Laporan Tatacara penggunaan sistem ini :

ancaman virus



Sebagai pengguna komputer, ada beberapa langkah yang dapat kita lakukan untuk menghindari sistem kita dari ancaman virus maupun akibat-akibat buruk yang ditimbulkannya:

1. Pasang Anti Virus pada sistem anda Sebagai perlindungan di garis depan, penggunaan anti virus adalah wajib. Ada banyak anti virus yang beredar di pasaran saat ini. Yang cukup handal dan booming di Indonesia saat ini adalah Kaspersky .

2. Update database program anti virus secara teratur Ratusan virus baru muncul setiap bulannya. Usahakan untuk selalu meng-update database dari program anti virus yang anda gunakan. Database terbaru dapat dilihat pada website perusahaan pembuat program anti virus yang anda gunakan.

3. Berhati-hati sebelum menjalankan file baru Lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didapat dari mendownload di internet atau mengkopi dari orang lain. Apabila anda biasa menggunakan sarana e-mail, berhati-hatilah setiap menerima attachment dalam bentuk file executable. Waspadai file-file yang berekstensi: *.COM, *.EXE, *.VBS, *.SCR, *.VB. Jangan terkecoh untuk langsung membukanya sebelum melakukan scanning dengan software anti virus.

4. Curigai apabila terjadi keanehan pada sistem anda Menurunnya performa sistem secara drastis, khususnya saat melakukan operasi pembacaan/penulisan file di disk, serta munculnya masalah pada software saat dioperasikan bisa jadi merupakan indikasi bahwa sistem telah terinfeksi oleh virus. Berhati-hatilah!

5. Backup data anda secara teratur Tips ini mungkin tidak secara langsung menyelamatkan data anda dari ancaman virus, namun demikian akan sangat berguna apabila suatu saat virus betul-betul menyerang dan merusak data di komputer yang anda gunakan. Setidaknya dalam kondisi tersebut, anda tidak akan kehilangan seluruh data yang telah anda backup sebelumnya.

website yang paling popular di Malaysia: siapa kalahkan siapa?



  • Mengikut Alexa, website yang paling popular di Malaysia adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Facebook yang sudah jauh meninggalkan google dan yahoo di belakang. 
  • Antara website yang mencuri tumpuan ialah Mudah.my yang sudah berada di ranking ke-12 iaitu di atas Twitter dan Myspace. 
  • Berikut ialah senarai Top 20 ranking website yang paling popular di Malaysia:-
  • 1) Facebook 
  • 2) Google.com.my 
  • 3) Yahoo.com 
  • 4) Google.com 
  • 5) Youtube 
  • 6) Blogger 
  • 7) Windows Live 
  • 8 ) Wikipedia 
  • 9) MSN 
  • 10) Maybank2u 
  • 11) Wordpress 
  • 12) Mudah.my 
  • 13) The Star Online 
  • 14) Malaysiakini 
  • 15) Twitter 
  • 16) Myspace 
  • 17) Lowyat.Net 
  • 18) MediaFire 
  • 19) Cari Malaysia 
  • 20) Rapidshare.com
Errmmm . . . facebook mengalahkan google dan yahoo; blogger mengalahkan wordpress dan Mybank2U online banking utama

Statistik Facebook di Malaysia 2010 : Msia no 16



Berikut ialah statistik pengguna Facebook di Malaysia untuk tahun 2010:-

1) Jumlah pengguna facebook :- 8 163 300 orang
2) Bilangan pengguna Facebook lelaki :- 4 208 300 orang
3) Bilangan pengguna Facebook perempuan :- 3 856 320 orang
4) Peratusan peningkatan penggunaan Facebook :- 30.24%

Berikut adalah ranking dunia pengguna Facebook:-
1) United States (US)
2) United Kingdom
3) Indonesia
4) Turki
5) Perancis
6) Itali
7) Filipina
8) Canada
9) Mexico
10) India
11) Argentina
12) Columbia
13) Spain
14) Germany
15) Australia
16) Malaysia (wowww!!) 
17) Chile
18) Venezuela
19) Taiwan
20) Brazil
Updated data: 22/8/2010

Ciri-ciri ketagihan facebook:



1. Tidak dapat berenggang dg. internet 2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah. 3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline, 4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline 5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv 6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook. 7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong. 8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan. 9. Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen. 10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.

How to save fuel /petrol ???



1. Slow down - just follow the speed limit 2. Check your tire pressure - at least once a month, in cool condition. 3. accelerate moderately 4. turn off air conditioner - (only applicable at night) 5. keep the original - don’t upgrade your car with fancy rim or tyre 6. reduce your car weight 7. downsize - use a smaller car (CLK? Cute Little Kancil.) 8. Don’t drive - those without driving license don’t spend much on fuel 9. Avoid extremely high speeds 10. Don’t brake hard 11. Keep windows closed at high speed (of course with air-con on) 12. Service vehicle regularly 13. Maintaining a constant speed 14. Avoid long idles - turn it off if it is going to be idle for more than 1 minute 15. Warming up engine is not necessary 16. Be sure the automatic choke is disengaged after engine warm up 17. Buy fuel during coolest time of day - early morning or late evening is the best. 18. Use credit card with fuel rebate 19. Never fill gas tank past the first “click” of fuel nozzle, if nozzle is automatic. 20. Manual shift driven cars allow you to change to highest gear as soon as possible, thereby letting you save fuel. 21. Think ahead when approaching hills. If you accelerate, do it before you reach the hill, not while you’re on it. 22. Avoid rough roads whenever possible - dirt or gravel rob you of up to 30% of your fuel mileage. 23. Use alternate roads when safer, shorter, straighter. 24. Place gear into neutral position when waiting at traffic light 25. Park car so that you can later begin to travel in forward gear 26. Inspect suspension and chassis parts for occasional misalignment. 27. Set air conditioners to auto if available 28. Car pools reduce travel monotony and fuel expense 29. Do whatever possible online, by phone etc such as banking, document delivery, shopping etc 30. when filling up, don’t squeeze the trigger of the nozzle to the fastest mode 31. Fill up when your tank is half full 32. Sometime it is worth to pay the toll 33. Look further to anticipate obstacle - don’t tailgate 34. Park at shaded car park - save your air-con 35. No unnecessary external accessories 36. Monitor your odometer or tripmeter 37. Use K-link fuel saver? If it really works, you don’t have to advertise it in this desperate situation. 38. Plan ahead by combining your errands into one trip 39. Plan your trips so you go out during less-congested times of day. 40. Work from home 41. Take public transportation (I am just kidding) 42. Cycling to work - it might be better than taking the public transportation 43. Use NGV - read this real experience by Fathersez 44. When going downhill, ease your throttle down and work with gravity to build up speed. 45. Move nearer to your work place 46. Use cruise control only on flat road 47. When there is a timer on traffic light showing “99? seconds and stays still, off your engine. 48. Scrap your car if all the above fail.

Lelaki VS Wanita (Edisi Gurau²) - thanks to grOundnUt si kAcAnG tAnAh



Sedikit info yang aku pernah baca dalam satu tabloid semasa...Mungkin info ini dapat membantu para lelaki dan wanita kat dOnea ni berpikir sejenak tentang info² ini... Cuma aku nak tahu gak pendapat korang betOi ka info² ni?silap² kene bahan plak aku ngan blogger² lain...^^' * Lelaki akan bayar RM20 bagi barang berharga RM10 yang di perlukannya...(yE kE?) * Wanita pula akan bayar RM10 bagi barang berharga RM20 yang tidak diperlukan..(yE kE?) * Wanita bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat suami...(yE kE?) * Lelaki tidak pernah bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat Isteri..(yE kE?) * Lelaki yang berjaya adalah yang berupaya membuat duit lebih daripada yang mampu di habiskan oleh isterinya. (yE kE?) * Wanita yang berjaya adalah yang berjaya menemui lelaki di atas tadi..(yE kE?) * Lelaki yang sudah berkahwin hidup lebih lama berbanding lelaki bujang, tetapi lelaki yang sudah berkahwin itu biasanya mempunyai keinginan yang lebih tinggi untuk mati cepat (yE kE?) * Seorang wanita mengahwini lelaki dengan harapan lelaki itu akan berubah, tetapi selalunya tidak!(yE kE?) * Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan dengan harapan wanita itu tidak akan berubah, tetapi tidak!(yE kE?) * Seorang wanita memberikan kata putus dalam setiap pertengkaran. Apa saja yang disebut oleh lelaki selepas itu, walaupun sepatah, bermakna akan mencetuskan satu lagi pertengkaran!!(yE kE?) Oleh itu, lelaki dan wanita tak mempunyai sifat yang sama...maka perah² kan lah otak tu yer untuk menilai baik dan buruk sifat jantina ini...^^'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...